Friday, August 30, 2024
AKTIVITI | PERJUMPAAN KHAS PIMPINAN DPMM BERSAMA NGO-NGO MTEM & GABUNG - PPIM - 30/08/2024
Wednesday, August 28, 2024
AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA PENGARAH SPRM WPKL - PPIM - 27/08/2024
27 Ogos 2024 - Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Fauzi Bin Husin @ Che Mamat.
Tuesday, August 27, 2024
AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN SEMINAR TEKNIKAL ISSA 2024 - PPIM - 27/08/2024
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Perasmian Seminar Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) 2024 berkenaan Keselamatan Sosial untuk Pekerja Sendiri dan Pekerja Platform anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Majlis dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Monday, August 26, 2024
AKTIVITI | MUKTAMAR MASJID SE-MALAYSIA UNTUK PEMBEBASAN AL-AQSA DAN PALESTIN - PPIM - 25/08/2024
25 Ogos 2024 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk pembebasan Al-Aqsa dan Palestin sempena sambutan Hari Masjid Sedunia 1446H anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Muktamar telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saturday, August 24, 2024
AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN KECANTIKAN, KESIHATAN DAN PRODUK HALAL 2024 - PPIM - 24/08/2024
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi mengahadiri ke majlis perasmian Karnival Keusahawanan Kecantikan, Kesihatan dan Produk Halal 2024 anjuran UTV Media Malaysia dengan kerjasama Persatuan Media Digital Kreatif, Yayasan Wilayah Persekutuan, Persatuan Penduduk B & C PPR Hiliran Ampang dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Dewan Komuniti Lestari B&C PPR Hiliran Ampang, Ampang.
Friday, August 23, 2024
PELANCARAN PERSIDANGAN MEJA BULAT KEPIMPINAN NGO MALAYSIA DAN MASYARAKAT - KACA TV - 23/08/2024
Pelancaran persidangan Task Force Rakyat yang menghimpunkan 100 NGO utama seluruh negara.
Task Force Rakyat ini bagi membincangkan tindakan segera berkenaan isu-isu yang mendesak demi kepentingan rakyat dan membawa Negara ke arah keharmonian yang berkekalan serta lebih bermakna.
Persidangan yang dijadualkan berlangsung pada 7 September 2024 bertujuan untuk membentangkan cabaran dan permasalahan kritikal serius yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia, terutamanya akibat kelemahan pentadbiran dan agensi, ahli-ahli politik, pengaruh kartel, tonto, GLC, penguasaan kapitalis, isu tanah, pendatang haram, kesihatan termasuklah campur tangan globalis dalam sistem pentadbiran negara-negara membangun serta memahami cabaran negara berhadapan dengan kuasa-kuasa besar dunia yang menekan kerajaan, rakyat dan kemanusiaan.
Isu-Isu Tumpuan Mendesak Yang Dibawa Kepada Task Forca Rakyat:
Isu Utama:
- Isu rakyat & ancaman : Balckrock - Agen Israel - Pelancong china lesap - Ekonomi - Hutang negara.
- Polisi kesihatan di Malaysia : Kematian mengejut - Kelahiran menurun - Kesan AEFI - Detox - Program vaksinasi kerajaan.
- Ancaman dan tekanan terhadap rakyat : Akta 342 - Akta 775 – IHR2005.
- Krisis perlembagaan : Rezab tanah - Krisis kuasa suruhanjaya diraja - Hak kebebasan rakyat.
- Isu agama perpecahan - Peranan agensi agama - Status Stateless - Fatwa.
Sumber: Kaca TV
PELANCARAN PERSIDANGAN MEJA BULAT KEPIMPINAN NGO MALAYSIA DAN MASYARAKAT
HARGA AIR MINERAL TAK MASUK AKAL, LEBIH MAHAL DARI RON95 #MGFLASH - MALAYSIAGAZETTE TV - 22/08/2024
Kajian perbandingan harga yang dilakukan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendapati air mineral berisipadu 600 mililiter jauh lebih mahal daripada petrol RON95.
Sumber: Malaysia Gazette TV (YouTube)
HARGA AIR MINERAL TAK MASUK AKAL, LEBIH MAHAL DARI RON95 #MGFLASH
Thursday, August 22, 2024
AIR MINERAL LEBIH MAHAL DARIPADA RON95 - NADZIM JOHAN - MALAYSIA GAZETTE - 22/08/2024
KUALA LUMPUR – Kajian perbandingan harga yang dilakukan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendapati air mineral berisu padu 600 mililiter (ml) jauh lebih mahal daripada petrol RON95.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, menurut kajian itu, sebotol air mineral 600 mililiter (ml) berharga RM1.90, manakala RON95 pada kuantiti sama berharga RM1.23 , menjadikan air mineral 54 peratus lebih atau RM0.67 lebih mahal berbanding bahan bakar itu.
“Walaupun air mineral telah lama dianggap sebagai minuman utama bagi banyak pihak, persoalan itu dibangkitkan kerana perbezaan harga ketara berbanding sumber bahan api seperti RON95,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Nadzim berkata, kos untuk menghasilkan 500ml air mineral dikatakan kurang dari 30 sen, menyebabkan penelitian terhadap harga runcit boleh melonjak sehingga RM3 dalam beberapa kes.
“Kami percaya adalah penting bagi pengguna untuk memahami mekanisme penetapan harga di sebalik barangan harian seperti air mineral.
“Perbezaan antara kos pengeluaran dan harga jualan air mineral menimbulkan kebimbangan tentang ketelusan pasaran dan amalan penetapan harga yang adil,” katanya.
Menurut Nadzim, isu kenaikan harga dalam industri minuman menjadi tumpuan kepada pengguna yang semakin sedar tentang tabiat berbelanja mereka.
“Dengan peningkatan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi, PPIM meminta pengilang dan peruncit lebih telus, terutamanya apabila ia berkaitan dengan barangan penting seperti air,” katanya.
Selain itu, Nadzim juga menggesa peniaga untuk mengamalkan penetapan harga beretika dan memastikan pengguna tidak dibebani secara tidak adil oleh harga yang melambung.
“Dengan memberi penerangan tentang percanggahan dalam penetapan harga dan menggalakkan dialog antara pihak berkepentingan, penyokong berharap dapat memupuk pasaran lebih saksama dengan mengutamakan hak dan kesejahteraan pengguna,” katanya.
Katanya, berdasarkan penemuan itu, PPIM menggalakkan pengguna untuk sedia maklum tentang penetapan harga produk harian.
“Pihak berkuasa perlu kawal selia untuk menangani kebimbangan mengenai penetapan harga yang adil dan amalan pasaran,” katanya.
Artikel oleh: Malaysia Gazette
AIR MINERAL LEBIH MAHAL DARIPADA RON95 - NADZIM JOHAN
https://malaysiagazette.com/2024/08/22/air-mineral-lebih-mahal-daripada-ron95-nadzim-johan/
HARGA AIR MINERAL SUDAH 50% LEBIH MAHAL DARI PETROL - PPIM - MALAYSIAKINI - 22/08/2024
Harga sebotol air mineral 600ml kini 54 peratus lebih mahal daripada harga minyak petrol RON95.
Perkara itu diketengahkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) setelah membuat perbandingan harga baru-baru ini.
Menurut kajian itu, kata mereka, sebotol air mineral 600ml berharga RM1.90, manakala RON95 pada kuantiti yang sama berharga RM1.23 saja.
Ini menjadikan air mineral 54 peratus atau RM0.67 lebih mahal berbanding RON95.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata kos menghasilkan 500ml air mineral dikatakan kurang daripada 30sen, tetapi harga runcitnya boleh melonjak sehingga RM3 dalam beberapa kes.
"Kami percaya adalah penting bagi pengguna untuk memahami mekanisme penetapan harga di sebalik barangan harian seperti air mineral.
"Perbezaan antara kos pengeluaran dan harga jualan air mineral menimbulkan kebimbangan tentang ketelusan pasaran dan amalan penetapan harga yang adil," katanya.
Nadzim Johan |
Ini bukan kali pertama rungutan ini kedengaran.
Nazim malah pernah membangkitkan isu sama sembilan tahun lalu.
PPIM ketika itu bersama 20 NGO menggerakkan kempen boikot tiga bulan terhadap penjualan air mineral 500ml yang melebihi harga RM1.
Artikel oleh: Malaysia Gazette
HARGA AIR MINERAL SUDAH 50% LEBIH MAHAL DARI PETROL - PPIM
PERSATUAN PENGGUNA PERSOAL PERBEZAAN KETARA HARGA AIR MINERAL DAN HARGA RON95 - KENYATAAN MEDIA PPIM - 22/08/2024
Kajian perbandingan harga baru-baru ini yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mendedahkan perbezaan harga antara air mineral dan petrol gred RON95 telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pengguna Malaysia.
Menurut kajian itu, sebotol air mineral 600ml berharga RM1.90, manakala RON95 pada kuantiti yang sama berharga RM1.23 sahaja, menjadikan air mineral 54% atau RM0.67 lebih mahal berbanding RON95.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata, walaupun air mineral telah lama dianggap sebagai minuman utama bagi banyak pihak, persoalan dibangkitkan mengenai perbezaan harga yang ketara berbanding sumber bahan api seperti RON95.
Nadzim berkata kos menghasilkan 500ml air mineral dikatakan kurang daripada 30 sen, menyebabkan penelitian terhadap harga runcit yang boleh melonjak sehingga RM3 dalam beberapa kes.
"Kami percaya adalah penting bagi pengguna untuk memahami mekanisme penetapan harga di sebalik barangan harian seperti air mineral.
"Perbezaan antara kos pengeluaran dan harga jualan air mineral menimbulkan kebimbangan tentang ketelusan pasaran dan amalan penetapan harga yang adil," katanya.
Isu kenaikan harga dalam industri minuman telah menjadi tumpuan kepada pengguna yang semakin sedar tentang tabiat berbelanja mereka.
Dengan peningkatan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi, PPIM meminta lebih banyak ketelusan daripada pengilang dan peruncit, terutamanya apabila ia berkaitan dengan barangan penting seperti air.
Ketika pengguna terus mengharungi cabaran yang dibawa oleh pandemik global, PPIM menggesa perniagaan untuk mengamalkan penetapan harga yang beretika dan memastikan pengguna tidak dibebani secara tidak adil oleh harga yang melambung.
"Dengan memberi penerangan tentang percanggahan dalam penetapan harga dan menggalakkan dialog antara pihak berkepentingan, penyokong berharap dapat memupuk pasaran yang lebih saksama yang mengutamakan hak dan kesejahteraan pengguna," tegasnya.
Berdasarkan penemuan ini, PPIM menggalakkan pengguna untuk kekal maklum tentang penetapan harga produk harian dan untuk melibatkan diri dengan perniagaan dan pihak berkuasa kawal selia untuk menangani kebimbangan mengenai penetapan harga yang adil dan amalan pasaran.
Wednesday, August 21, 2024
AKTIVITI | MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT MAJLIS AMAL ISLAMI MALAYSIA YADIM - PPIM - 21/08/2024
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di YADIM Putarajaya.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.
Tuesday, August 20, 2024
AKTIVITI | PERTEMUAN TOQQI BERSAMA TENGKU RAZALEIGH HAMZAH - PPIM - 20/08/2024
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bertemu YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah di pejabatnya untuk membincangkan isu semasa yang melibatkan ekonomi, politik dan sosio-budaya negara. Susulan itu toqqi meminta nasihat YBM Tan Sri Tengku dalam mencari penyelesaian yang konstruktif.
YBM Tan Sri Tengku turut amat bersetuju dan menyokong usaha murni PPIM dalam penganjuran persidangan Task Force Rakyat bagi menangani isu-isu rakyat yang akan dianjurkan pada 7 September 2024 ini.
AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA CEO MYCC - PPIM - 19/08/2024
19 Ogos 2024 - Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Encik Iskandar Ismail di Menara SSM Kuala Lumpur.
Friday, August 16, 2024
AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA KETUA SETIAUSAHA KPKT - PPIM - 16/08/2024
Sesi perjumpaan PPIM bersama Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Wira M Noor Azman Taib di Pejabat KPKT, Putrajaya.
Perjumpaan membincangkan beberapa isu berkaitan masalah perumahan. Antaranya, projek terbengkalai, projek sakit dan penipuan pemaju perumahan.
SIDANG MEDIA PELANCARAN PERSIDANGAN TASK FORCE RAKYAT YANG MENGHIMPUNKAN 100 NGO UTAMA - SUARA TV - 16/08/2024
Sidang media pelancaran persidangan Task Force Rakyat yang menghimpunkan 100 NGO utama seluruh negara.
Task Force Rakyat ini bagi membincangkan tindakan segera berkenaan isu-isu yang mendesak demi kepentingan rakyat dan membawa Negara ke arah keharmonian yang berkekalan serta lebih bermakna.
Persidangan yang dijadualkan berlangsung pada 7 September 2024 bertujuan untuk membentangkan cabaran dan permasalahan kritikal serius yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia, terutamanya akibat kelemahan pentadbiran dan agensi, ahli-ahli politik, pengaruh kartel, tonto, GLC, penguasaan kapitalis, isu tanah, pendatang haram, kesihatan termasuklah campur tangan globalis dalam sistem pentadbiran negara-negara membangun serta memahami cabaran negara berhadapan dengan kuasa-kuasa besar dunia yang menekan kerajaan, rakyat dan kemanusiaan.
ISU-ISU TUMPUAN MENDESAK YANG DIBAWA KEPADA TASK FORCE RAKYAT
ISU UTAMA:
1. ISU RAKYAT & ANCAMAN:
•BLACKROCK
•AGEN ISRAEL
•PELANCONG CHINA LESAP
•EKONOMI
•HUTANG NEGARA
2. POLISI KESIHATAN DI MALAYSIA
KEMATIAN MENGEJUT
KELAHIRAN MENURUN
KESAN ΛΕΤΙ
DETOX
PROGRAM VAKSINANSI KERAJAAN
3. ANCAMAN DAN TEKANAN TERHADAP RAKYAT
AKTA 342
ΑΚΤΑ 775
IHR2005
4. KRISIS PERLEMBAGAAN
REZAB TANAH
KRISIS KUASA SURUHANJAYA DIRAJA
HAK Kebebasan RAKYAT
5. ISU AGAMA:
PERPECAHAN
PERANAN AGENSI AGAMA
STATUS STATELESS
FATWA
Sumber: Suara TV (YouTube)
SIDANG MEDIA PELANCARAN PERSIDANGAN TASK FORCE RAKYAT YANG MENGHIMPUNKAN 100 NGO UTAMA
Thursday, August 15, 2024
JEMPUTAN SIDANG MEDIA PERSIDANGAN MEJA BULAT KEPIMPINAN NGO MALAYSIA & MASYARAKAT - SIDANG MEDIA PPIM - 15/08/2024
Telah berlangsung, satu sidang media bagi pelancaran persidangan Task Force Rakyat yang menghimpunkan 100 NGO utama seluruh negara.
Task Force Rakyat ini bagi membincangkan tindakan segera berkenaan isu-isu yang mendesak demi kepentingan rakyat dan membawa Negara ke arah keharmonian yang berkekalan serta lebih bermakna.
Persidangan yang dijadualkan berlangsung pada 7 September 2024 bertujuan untuk membentangkan cabaran dan permasalahan kritikal serius yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia, terutamanya akibat kelemahan pentadbiran dan agensi, ahli-ahli politik, pengaruh kartel, tonto, GLC, penguasaan kapitalis, isu tanah, pendatang haram, kesihatan termasuklah campur tangan globalis dalam sistem pentadbiran negara-negara membangun serta memahami cabaran negara berhadapan dengan kuasa-kuasa besar dunia yang menekan kerajaan, rakyat dan kemanusiaan.
Tuesday, August 13, 2024
SEMBANG KL | BELI ONLINE: HAK TERJAMIN; KEPALA TAK PENING - KLFM - 13/08/2024
Stesen : KLfm
Program/Slot : SEMBANG KL - ISU SEMASA
Tarikh : 13 Ogos 2024 (Selasa)
Waktu : 2.30 petang (LIVE DI KONTI & FB LIVE)
Tetamu dan Jawatan :
TOQQI @ NADZIM JOHAN
KETUA AKTIVIS
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
TAJUK : Beli Online - Hak Terjamin; Kepala Tak Pening
Penyampai : Ashila Ashura
Penerbit : Ridz
Sumber: Klfm-Rentak Interaktif Kota
SEMBANG KL | BELI ONLINE: HAK TERJAMIN; KEPALA TAK PENING
https://www.facebook.com/KlfmRentakInteraktifKota/videos/1662422671210246/
AKTIVITI | SESI TEMUBUAL TOQQI BERSAMA KLFM SLOT SEMBANG KL ISU SEMASA - PPIM - 13/08/2024
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi di sesi temubual radio secara langsung bersama KLFM, RTM.
Sesi temubual bertajuk "Beli Online, Hak Terjamin: Kepala Tak Pening"
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2024
(339)
-
▼
August
(21)
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KHAS PIMPINAN DPMM BERSAMA N...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA P...
- AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN SEMINAR TEKNIKAL ISSA ...
- AKTIVITI | MUKTAMAR MASJID SE-MALAYSIA UNTUK PEMBE...
- AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN ...
- PELANCARAN PERSIDANGAN MEJA BULAT KEPIMPINAN NGO M...
- HARGA AIR MINERAL TAK MASUK AKAL, LEBIH MAHAL DARI...
- AIR MINERAL LEBIH MAHAL DARIPADA RON95 - NADZIM JO...
- HARGA AIR MINERAL SUDAH 50% LEBIH MAHAL DARI PETRO...
- PERSATUAN PENGGUNA PERSOAL PERBEZAAN KETARA HARGA ...
- AKTIVITI | MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT MAJLIS AMA...
- AKTIVITI | PERTEMUAN TOQQI BERSAMA TENGKU RAZALEIG...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA C...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA KETUA SETIAUSAH...
- SIDANG MEDIA PELANCARAN PERSIDANGAN TASK FORCE RAK...
- JEMPUTAN SIDANG MEDIA PERSIDANGAN MEJA BULAT KEPIM...
- SEMBANG KL | BELI ONLINE: HAK TERJAMIN; KEPALA TAK...
- AKTIVITI | SESI TEMUBUAL TOQQI BERSAMA KLFM SLOT S...
- PENIPU KERETA MURAH - KOSMO - 05/08/2024
- KENA TIPU SEBAB MALAS MEMBACA - KOSMO - 05/08/2024
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE ATAS YB MENTER...
-
▼
August
(21)