Showing posts with label SUARA TV. Show all posts
Showing posts with label SUARA TV. Show all posts

Tuesday, June 16, 2026

NEGARA IBARAT DIKAWAL KUASA VIRAL, MASALAH BOLEH SELESAIA APABILA IA TULAR - PPIM - SUARA TV- 12/06/2026

KUALA LUMPUR – Negara ketika ini ibarat sedang dikawal oleh kuasa viral yang boleh memberi bermacam-macam kesan kepada masyarakat sama ada kesan buruk atau kesan baik.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata apabila sesuatu masalah atau isu tular melalui video atau gambar di media sosial, barulah semua pihak buka mata.

Menurutnya, pada ketika itu segenap lapisan rakyat dalam negara akan memberikan perhatian kepada isu berkenaan dengan serius tidak kira rakyat, pihak berkepentingan, pihak berkuasa atau kerajaan.

“Sudah banyak contoh masalah yang berlaku dalam negara yang berlarutan untuk jangka masa lama tetapi boleh selesai apabila perkara terbabit tular.

“Ada juga yang masalah yang sudah ada lama baru dilihat pihak berkuasa selepa ia viral,” katanya kepada Suara TV.

Kadang-kadang, wakil rakyat sendiri pun mula turun padang apabila masalah yang wujud viral.

Oleh itu, Datuk Nadzim menyifatkan sudah sampai masanya kerajaan dan rakyat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama-sama menguruskan pentadbiran negara dengan baik.

Beliau berkata jika wakil rakyat tidak mampu menjalankan tugas dengan baik, rakyat akan dibiarkan berdepan dengan masalah itu sendirian dan ia akan berlarutan sehingga ia semakin buruk.

“Apabila ia viral barulah ia mendapat perhatian,” katanya.

Artikel oleh: Suara TV

NEGARA IBARAT DIKAWAL KUASA VIRAL, MASALAH BOLEH SELESAIA APABILA IA TULAR - PPIM

https://suara.tv/12/06/2026/negara-ibarat-dikawal-kuasa-viral-masalah-boleh-selesai-apabila-ia-tular-ppim/

RAKYAT MESTI DIBERI PERANAN PENTING TADBIR URUS NEGARA BERSAMA BUKAN SEKADAR HANYA UNDI WAKIL RAKYAT - SUARA TV - 11/06/2026

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa supaya rakyat diberikan peranan yang lebih penting dalam soal pelaksanaan apa-apa perkara dan dasar kerajaan supaya ia boleh dipantau supaya tidak memberi kesan yang buruk kepada pengguna.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata rakyat perlu ada satu kaedah untuk menyampaikan apa-apa masalah yang dihadapi supaya ia dapat diselesaikan bersama.

“Saya tidak fikir rakyat seharusnya berterusan biarkan diri mereka seratus peratus diuruskan oleh orang yang kita (rakyat) pilih (undi) yang kadang-kadang amat menakutkan.

“Apabila pilihan (wakil rakyat) tidak seperti yang diharapkan, maka kita lihat kesan kepada pengundi akan menjadi bertambah teruk dan mereka kemudian dibiarkan sahaja menghadapi masalah,” katanya ketika dihubungi Suara TV hari ini.

Beliau berkata dasar perlu dilihat kembali untuk memberikan peluang kepada rakyat untuk terlibat bersama dengan bersungguh-sungguh supaya lapisan masyarakat paling bawah iaitu rakyat ada peranan yang kuat.

“Pada pilihan raya kali ini, rakyat diberi peranan untuk bersama mengurus tadbir pelaksanaan sesuatu perkara di dalam negara,” ujarnya.

Datuk Nadzim berkata setiap lima tahun rakyat akan mengundi calon mereka tetapi selepas dipilih pengundi akan dilupakan dan dibiarkan berdepan masalah setempat tanpa dibela.

“Ini sebenarnya peranan rakyat, sekarang tidak boleh lagi sekadar ikut sahaja, harga naik ikut, ada masalah ikut, tidak boleh lagi semua sekadar ikut sahaja,” katanya.

Pilihan yang dibuat ketika hari mengundi perlu memilih wakil yang boleh dan mampu membantu pengundi bukan sekadar pangkah di kertas undi dan calon berkenaan kemudian boleh jadi wakil rakyat, katanya.

Datuk Nadzim Johan mengambil contoh masalah pengurusan tanah rizab Melayu di Perak masih belum selesai.

“Tanah rizab Melayu ni, jika di Perak kalau ikut luas tanah jika kecil kira-kira 4,000 ekar, jika besar 40,000 ekar yang telah ditukar milik kepada orang bukan Melayu.

“Jadi, di mana hak orang Melayu dan apa hak di dalam undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu berkenaan?” katanya.

Selain rakyat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu dilibatkan bersama dalam urus tadbir negara kerana pihak NGO kebiasaanya begitu arif tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat di peringkat akar umbi.

Artikel oleh: Suara TV

RAKYAT MESTI DIBERI PERANAN PENTING TADBIR URUS NEGARA BERSAMA BUKAN SEKADAR HANYA UNDI WAKIL RAKYAT

https://suara.tv/11/06/2026/rakyat-mesti-diberi-peranan-penting-tadbir-urus-negara-bersama-bukan-sekadar-hanya-undi-wakil-rakyat-ppim/

Friday, August 16, 2024

SIDANG MEDIA PELANCARAN PERSIDANGAN TASK FORCE RAKYAT YANG MENGHIMPUNKAN 100 NGO UTAMA - SUARA TV - 16/08/2024

 

Sidang media pelancaran persidangan Task Force Rakyat yang menghimpunkan 100 NGO utama seluruh negara.

Task Force Rakyat ini bagi membincangkan tindakan segera berkenaan isu-isu yang mendesak demi kepentingan rakyat dan membawa Negara ke arah keharmonian yang berkekalan serta lebih bermakna.

Persidangan yang dijadualkan berlangsung pada 7 September 2024 bertujuan untuk membentangkan cabaran dan permasalahan kritikal serius yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia, terutamanya akibat kelemahan pentadbiran dan agensi, ahli-ahli politik, pengaruh kartel, tonto, GLC, penguasaan kapitalis, isu tanah, pendatang haram, kesihatan termasuklah campur tangan globalis dalam sistem pentadbiran negara-negara membangun serta memahami cabaran negara berhadapan dengan kuasa-kuasa besar dunia yang menekan kerajaan, rakyat dan kemanusiaan.

ISU-ISU TUMPUAN MENDESAK YANG DIBAWA KEPADA TASK FORCE RAKYAT
ISU UTAMA:

1.⁠ ⁠ISU RAKYAT & ANCAMAN:
•BLACKROCK
•AGEN ISRAEL
•PELANCONG CHINA LESAP
•EKONOMI
•HUTANG NEGARA

2.⁠ ⁠POLISI KESIHATAN DI MALAYSIA
KEMATIAN MENGEJUT
KELAHIRAN MENURUN
KESAN ΛΕΤΙ
DETOX
PROGRAM VAKSINANSI KERAJAAN

3.⁠ ⁠ANCAMAN DAN TEKANAN TERHADAP RAKYAT
AKTA 342
ΑΚΤΑ 775
IHR2005

4.⁠ ⁠KRISIS PERLEMBAGAAN
REZAB TANAH
KRISIS KUASA SURUHANJAYA DIRAJA
HAK Kebebasan RAKYAT

5.⁠ ⁠ISU AGAMA:
PERPECAHAN
PERANAN AGENSI AGAMA
STATUS STATELESS
FATWA

Sumber: Suara TV (YouTube)

SIDANG MEDIA PELANCARAN PERSIDANGAN TASK FORCE RAKYAT YANG MENGHIMPUNKAN 100 NGO UTAMA

https://www.youtube.com/watch?v=-LKFXY9wSQ8

Saturday, June 29, 2024

PENJAJAHAN BARU, ISU KG SUNGAI BARU, KAMPUNG BARU - SUARA TV - 28/06/2024

 

Pemilik terpaksa menanggung lebih banyak kerugian. Perlu melawan di mahkamah untuk mendapatkan pampasan yang setara. Mereka adalah pemilik rumah dan tanah bergeran, hak dan tuntutan mereka dinafikan.

Sumber: Suara TV

PENJAJAHAN BARU, ISU KG SUNGAI BARU, KAMPUNG BARU

https://www.youtube.com/watch?v=nvSrVyYgcK0

Monday, July 25, 2022

PPIM SUMBANG VAN JENAZAH, DANA RM65,000 - SUARA TV - 24/07/2022

 

MACHANG: Prihatin terhadap keperluan masyarakat setempat, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyumbangkan sebuah van jenazah dan dana RM65,000 bantuan baik pulih madrasah masing-masing di Kampung Raja Hilir serta Kampung Tirok, di sini semalam.

Serahan sumbangan itu turut mendapat kerjasama KINGZ Motorcycle Group (KINGZ MG) menerusi program Konvoi “Charity Ride” yang membabitkan sebanyak 20 buah motorsikal jenis Harley Davidson.

Sukarelawan PPIM dan kumpulan konvoi motorsikal KINGZ MG mula bertolak pada jam 8 pagi di Tol Gombak dan tiba di Kampung Raja Hilir sekitar jam 3 petang itu turut mendapat sambutan daripada persatuan penduduk di Kampung Raja Hilir, Kelantan.

Sumbangan yang diserahkan adalah hasil daripada sumbangan orang ramai di platform atas talian iaitu sumbangan.com

Bagaimanapun, dana sumbangan bagi Kempen Van Jenazah ini juga masih tidak mencukupi sebanyak RM30,000 untuk memastikan orang ramai mendapat manfaat menerusi kempen ini.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melayari platform sumbangan.com yang mensasarkan sumbangan van jenazah sebanyak 10 unit yang masih dalam senarai menunggu.

Ini kerana dana diperlukan bagi pembelian sebuah van jenazah baru yang siap diubahsuai adalah sebanyak RM165,000.

Kempen yang dikelolakan oleh Unit Kebajikan PPIM ini turut mendapat sokongan dan kerjasama dari KINGSZ Motorcycle Group, Berqat.com dan Harley Davidson Kuala Lumpur (HDKL).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Siti Khadijah di talian +6012-357 8663 (Pn. Siti Khadijah) atau Cik Anis Sakinah di talian +6018-967 2930.


Artikel oleh: Suara TV

PPIM SUMBANG VAN JENAZAH, DANA RM65,000

https://suara.tv/24/07/2022/ppim-sumbang-van-jenazah-dana-rm65000/

Tuesday, January 26, 2021

5325) PPIM GESA KERAJAAN BERI MAKLUMAT JELAS JIKA MAHU LAKSANA LOCKDOWN - SUARA TV - 25/01/2021



CYBERJAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap kerajaan memberi maklumat yang jelas tindakan bagi membendunv penularan jangkitan Covid-19.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata perkara itu penting agar rakyat dapat melakukan persediaan lebih awal.

Nadzim berkata beberapa perkara kini membelenggu rakyat semasa negara diserang Covid-19, antaranya dakwaan ‘lockdown’ sepenuhnya.

“Rakyat perlu dimaklumkan sebab rakyat sudah pandai menilai. Rakyat perlu diberi maklumat yang jelas supaya kita dapat buat sesuatu.

“Mungkin kita (rakyat) boleh membantu kerajaan juga. Sebagaimana kita tahu kerajaan juga rasa tertekan. Jadi bagaimana kaedah yang perlu kita buat.

“Apa juga yang kerajaan mahu buat perlu diteliti kerana jika sebaliknya kita akan kecundang. Kerajaan ditekan mungkin oleh kuasa-kuasa dunia, dan akhirnya yang akan menanggung akibat adalah rakyat,” katanya seperti dilapor sebuah portal hari ini.

Semalam, terdapat laporan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, iaitu dengan menutup hampir kesemua aktiviti ekonomi, akan dilaksanakan sekiranya kes jangkitan Covid-19 gagal dikawal menjelang 4 Februari.

Amaran itu diberikan Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) dalam satu surat kepada ahlinya.

Kandungan surat itu menyatakan perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lokman Hakim Ali semasa mesyuarat bersama EuroCham.

Namun, sehingga kini tiada kenyataan dan maklum balas daripada pihak kerajaan berkenaan isu terbabit.

Mengulas lanjut, Johan berkata, tidak perlu ada stigma perbezaan antara kerajaan dan rakyat kerana semua keputusan yang membabitkan penglibatan rakyat harus diumumkan segera.

Beliau berpendapat jika ‘lockdown’ sepenuhnya dilakukan, perlu ada kelongggaran yang diberikan kerajaan dari segi komitmen yang perlu ditanggung rakyat.

“Contohnya pengecualian dari bayaran bank, bantuan makanan daripada kerajaan, supaya rakyat tidak perlu keluar untuk cari makanan.

“Ini kerana, walaupun ‘total lockdown’ rakyat perlu juga keluar untuk mencari makanan. Jadi untuk itu kerajaan perlu teliti, kerana akan jadi huru hara sebab rakyat ada komitmen dan keperluan,” katanya lagi.

Berikutan itu, katanya, semua pihak harus bekerjasama untuk menghadapi apa juga tindakan yang akan diambil kerajaan untuk menjaga keselamatan rakyat bagi mendepani virus Covid-19.

Katanya, kerajaan perlu memastikan jika semua sektor ditutup, bantuan perlu benar-benar sampai kepada semua rakyat dan tidak terjadi lagi keciciran.

“Kerajaan tak perlu malu dan sorokkan situasi lagi. Rakyat boleh terima yang sekarang negara sedang usaha untuk jaga keselamatan dan membendung Covid-19.

“Kalau lockdown dibuat, jangan sampai menyusahkan rakyat. Sebab mungkin nanti akan dibuat lagi kerana Covid-19 masih ada dan kita tidak tahu bila ia berakhir,” katanya.

Artikel oleh: Suara TV

PPIM GESA KERAJAAN BERI MAKLUMAT JELAS JIKA MAHU LAKSANA LOCKDOWN


Friday, July 10, 2020

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL