Tuesday, June 25, 2024

ISU PARALLEL PATHWAY, PPIM BUAT LAPORAN POLIS - SIDANG MEDIA PPIM - 25/06/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan membuat laporan polis dan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang enggan melibatkan pakar perubatan dan pemegang taruh dalam perbincangan mengenai Parallel Pathway.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata tindakan itu merupakan langkah terbaik untuk meminta campur tangan semua pihak menilai semula cadangan KKM dalam isu tersebut.

"Tidak masuk akal untuk mewujudkan arahan berbeza antara universiti tempatan dan antarabangsa untuk kelayakan pendaftaran sebagai doktor pakar, negara sudah ada undang-undang sedia ada, sepatutnya diguna pakai untuk semua dan tidak ada pilih kasih," tegasnya.

Nadzim berkata beliau sangsi dengan kedegilan Menteri Kesihatan yang seolah-seolah menurut sahaja kehendak universiti luar negara yang mahu menembusi dan menentukan bagaimana pakar perubatan negara diberikan kelayakan.

"Jika universiti luar mahu diiktiraf, mohon sepertimana Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, UiTM dan semua universiti tempatan mohon di MQR dan MQA, tidak boleh ada jalan pintas," katanya.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan di Pejabat PPIM, Kondominium Villa Puteri Kuala Lumpur.

Turut serta, Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan@toqqi, Ketua Kumpulan Prof Kesihatan & Perubatan Prof Dr Noorhassim Ismail, Bekas Professor Paediatric Surgery UKM Dr Dayang Anita Abd Aziz, , Muhammad Shahrin Satheer Panel Peguam PPIM dan Dr Amir Shahmi Panel Doktor PPIM.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...