Wednesday, November 22, 2023

JANGAN TAKUT PIJAK BENDERA ISRAEL DI MALAKAT MALL - UTUSAN MALAYSIA - 19/11/2023

 

CYBERJAYA: Pengunjung yang memasuki kompleks beli-belah Malakat Mall di sini tidak perlu bimbang memijak bendera Israel kerana ia sengaja diletakkan untuk tujuan itu.

Menurut pengasas premis komersial tersebut, Mohd. Fadzil Hashim, bendera rejim Zionis itu memang pun dipasang di lantai aras pertama di semua tiga pintu masuk pusat berkenaan.

“Jangan takut pijak sebab bendera ini diletak hasil idea pasukan pengurusan kami sebagai solidariti atas perjuangan Palestin melawan rejim Israel,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Lebih unik, kompleks perniagaan 100 peratus Muslim itu ujarnya, muncul sebagai gedung komersial yang pertama di Malaysia memasang bendera Israel untuk dipijak pengunjung.

Malah, gedung setinggi tiga tingkat tersebut juga menjadi satu-satunya yang berani tampil mengadakan perarakan ‘March 4 Gaza’ dengan disertai lebih 1,000 orang, baru-baru ini anjuran bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) dengan sokongan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, ramai pengunjung mengambil peluang memijak bendera negara haram itu sebagai tanda sokongan kepada Palestin yang ditindas Israel. – UTUSAN

Kapsyen: BENDERA Israel yang sengaja dipasang untuk dipijak oleh para pengunjung di semua arah pintu masuk Malakat Mall, Cyberjaya, Selangor. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR

Artikel oleh: Utusan Malaysia

JANGAN TAKUT PIJAK BENDERA ISRAEL DI MALAKAT MALL

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/11/jangan-takut-pijak-bendera-israel-di-malakat-mall/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...