Tuesday, April 20, 2021

5582) WUJUDKAN JAWATANKUASA KHAS KUKUHKAN PERPADUAN-PPIM - MALAKAT TRIBUNE - 16/04/2021

 


KUALA LUMPUR – Satu jawatankuasa khas bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama perlu ditubuhkan oleh kerajaan.

Ia bagi mengelak berlakunya kes sensitif seperti kes terbaru membabitkan dua pengawal peribadi dipukul majikan kerana berpuasa.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tiada sikap saling menghormati akan membawa kepada perkara tidak kita ingini seperti pergaduhan dan sebagainya.

“Saya mohon dan kita minta kerajaan tubuh jawatankuasa ambil kes ini, jangan ambil perkara ini secara tidak serius dan pandang mudah sahaja.

“Ketika ini rakyat kini sudah terlalu tertekan dengan keadaan semasa akibat pandemik COVID-19 serta kegawatan ekonomi.

“Justeru, kerajaan ujarnya perlu mencari kaedah terbaik untuk memastikan perkara sama tidak lagi berulang dan merugikan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Kita minta kerajaan ambil tindakan yang rakyat boleh terima. Jangan cerita pasal politik sahaja, kena ubah bangsa kita,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Ustaz Masrizi Sat pula berpendapat bahawa tindakan yang disifatkan menghina Allah SWT dan agama Islam itu adalah satu penghinaan yang melukakan perasaan umat Islam di negara ini.

“Walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) dah ambil tindakan, tetapi tidak cukup. Kemarahan rakyat bukan isu jenayah sahaja.

“Jenayah undang-undang mungkin polis boleh ambil tindakan, (tetapi) penghinaan menghina Allah, Umat Islam dan ibadah puasa itu membuatkan kita sangat marah dan terluka,” katanya.


Artikel oleh: Malakat Tribune

WUJUDKAN JAWATANKUASA KHAS KUKUHKAN PERPADUAN-PPIM

https://www.malakattribunenews.com/2021/04/wujudkan-jawatankuasa-khas-kukuhkan-perpaduan-ppim/


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...