Saturday, April 17, 2021

5561) WUJUDKAN JAWATANKUASA KHAS ELAK HINA AGAMA - PPIM - KOSMO - 16/04/2021

 

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengukuhkan perpaduan di dalam negara ini.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, satu jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi mengelak kejadian seperti yang melibatkan dua individu dipukul oleh majikan kerana berpuasa berulang lagi.

“Rakyat di negara ini ada pelbagai bangsa dan agama. Kalau kita tidak saling menghormati, ia akan membawa kepada perkara tidak diingini seperti pergaduhan dan sebagainya.

“Kami mohon pihak kerajaan tubuhkan jawatankuasa, ambil kes ini sebagai penyebab hendak tubuh jawatankuasa yang akan mengubah keadaan di negara kita yang saya rasa diambil mudah,” katanya pada sidang akhbar PPIM hari ini.

Katanya, kerajaan perlu mencari kaedah terbaik untuk memastikan perkara sama tidak lagi berulang dan merugikan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai responnya terhadap satu video tular membabitkan sebuah syarikat judi Nadzim berkata, pihaknya mendesak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKM) mengambil tindakan tegas terhadap penularan video tersebut.

“Saya sendiri telah memaklumkan perkara itu kepada menterinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah namun belum mendapat sebarang maklumat balas.

“Kita takut benda ini tidak diambil serius. Saya harap beliau dapat melihat perkara ini secara betul-betul serius,” tegasnya.


Artikel oleh: Kosmo

WUJUDKAN JAWATANKUASA KHAS ELAK HINA AGAMA - PPIM

https://www.kosmo.com.my/2021/04/16/wujudkan-jawatankuasa-khas-elak-hina-agama-ppim/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...