Wednesday, October 28, 2020

6033) TULAR! BERKAITAN PANDEMIK COVID-19. PERLU ULASAN SEGERA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA - PPIM - 28/10/2020

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara merungkaikan kekeliruan dan kebuntuan yang bakal tercetus berikutan kenyataan bersama World Doctors Alliance yang sebulat suara berpendapat bahawa pandemik COVID19 tidaklah seserius dan merbahaya seperti yang telah diwarwarkan melalui propoganda yang terancang sejak akhir tahun lalu.

Kenyataan kumpulan profesional ini telah membuat masyakarat Malaysia mula mempersoalkan tindakan kerajaan dalam menangani wabak ini.  Ini terutamanya ditimbulkan oleh golongan peniaga dan industri yang terpaksa menghentikan operasi atau menutup perniagaan mereka. Ada di antara mereka juga telah terpaksa menutup terus perniagaan. Yang lebih terkesan adalah ramai pengguna yang terpaksa berhenti kerja kerana aktiviti2 perniagaan terpaksa dihentikan.

Oleh yang demikian untuk meredakan keadaan ini, adalah perlu pihak kerajaan menerangkan pendirian mereka dan menganggap kenyataan kumpulan World Doctors Alliance adalah tidak tepat atau menyeleweng dari fakta sebenar.

PPIM menganggap isu ini berhak mendapat penjelasan dari pihak Kerajaan Malaysia memandangkan gejala ini telah mengakibatkan kesan yang teruk terhadap negara dan juga rakyat negara ini.

Kami berharap pihak berkaitan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara dapat memberikan penjelasan dari pihak berkuasa tentang kenyataan yang menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat yang telah menjejaskan kualiti hidup rakyat Malaysia.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...