Monday, October 12, 2020

5973) PPIM AJAK SEMUA PIHAK 'BERPERANG' DENGAN MACAU SCAM - ISMAWEB - 10/10/2020

 


CYBERJAYA, 22 Safar 1442H, Sabtu – Semua pihak digesa bekerjasama dan memainkan peranan dalam menumpaskan sindiket penipuan Macau Scam di negara ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, isu scam bukan sesuatu yang baharu, bahkan sudah berlaku lebih 12 tahun lalu bermula dari Scam Nigeria, ‘Black Money’ dan sebagainya.

Baginya, sindiket penipuan ini yang bermula secara kecil-kecilan sehingga bertambah besar berikutan kelemahan individu yang mengambil mudah perkara berkenaan.

“Justeru, semua pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara serta apa-apa badan berkaitan perlu bekerjasama. Jika tidak habislah kita kena tipu.

“Perkara ini berlaku terlalu lama dan sebenarnya salah kita kerana membiarkan ia menjadi besar,” katanya pada sidang media Majlis Menandatangani Memorandum dan Nota Permuafakatan bersama badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan syarikat korporat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai isu selebriti dan ahli perniagaan yang dikesan terbabit dalam aktiviti ‘mencuci’ wang sindiket Macau Scam.

Sebelum ini, sepasang suami isteri bergelar artis, dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Semalam dilaporkan, sembilan lagi pegawai kanan polis termasuk beberapa Ketua Polis Daerah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram.

Dengan perkembangan terbaru itu, sehingga ini seramai 17 pegawai dan anggota pasukan keselamatan itu disiasat oleh SPRM berkaitan kes berkenaan.

Sebelum ini lapan pegawai dan anggota polis ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes itu.


Artikel oleh: Ismaweb

PPIM AJAK SEMUA PIHAK 'BERPERANG' DENGAN MACAU SCAM

https://ismaweb.net/2020/10/10/ppim-ajak-semua-pihak-berperang-dengan-macau-scam/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...