Tuesday, October 27, 2020

6024) PPIM GESA BOIKOT PRODUK PERANCIS - MALAKAT TRIBUNE - 27/10/2020

 


CYBERJAYA - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa orang ramai supaya memboikot produk dan perkhidmatan jenama Perancis berikutan beberapa insiden kekerasan yang dilakukan terhadap umat Islam di negara itu.

Menurut PPIM dalam satu kenyataan, disebabkan satu kenyataan yang berbau polisi pemisahan oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron baru-baru ini , umat Islam di negara itu kini hidup dalam ketakutan.

"Antara barangan pengguna Perancis yang popular ialah Perrier, Avian, Tefal, Peugeot, Renault, Michelin, BIC, Miko (Walls), Moulinex, Volvic, Loreal, Loreal, Lancome dan barangan jenama mewah seperti Chanel, Givenchy, Lacoste, Cartier, Yves Saint Laurent, Hermes dan lain-lain.

"Kami juga menggesa pihak kerajaan dan lain-lain pihak berkaitan menggantung semua urusan dengan konglomerat Perancis seperti Atos, Alstom, AXA, Total dan lain-lain.

"Boikot ini akan berkuatkuasa serta merta dan kami menyeru pengguna Islam seluruh Malaysia dan jaringan global kami untuk menggerakkan usaha yang sama sehingga kerajaan Perancis memberikan jaminan keselamatan dan keamanan, supaya umat Islam Perancis boleh mengamalkan Islam di negara itu," katanya.

Dalam pada itu, PPIM berkata, pihaknya juga sedang meneliti insiden ini secara dekat.

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya juga sedang menimbang untuk menganjurkan satu perhimpunan besar berikutan perkembangan ini dengan menghantar satu memorandum bantahan di kedutaan Perancis.


Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM GESA BOIKOT PRODUK PERANCIS


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...