Tuesday, June 30, 2020

6076) 24 AHLI BADAN BEBAS SPRM TERIMA SURAT CARA DAN PELANTIKAN - BERITA HARIAN - 30/06/2020


PUTRAJAYA, 30 Jun  -- Seramai 24 ahli badan bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menerima surat cara dan pelantikan hari ini.

Mereka, yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar pelbagai bidang mewakili pelbagai lapisan masyarakat, dilantik menganggotai Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) serta Panel Penilaian Operasi (PPO).

Surat cara dan pelantikan dalam badan bebas bagi memantau pelaksanaan fungsi dan operasi SPRM itu disampaikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki, di Ibu Pejabat SPRM di sini.

SPRM dalam kenyataannya hari ini berkata seramai tujuh ahli LPPR telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa mulai 21 Mei 2020 sehingga 20 Mei 2023.

Pelantikan tersebut adalah atas nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 (Akta 694), katanya.


Ahli-ahli LPPR : 

1. Tan Sri Abu Zahar Ujang (Pengerusi)
    Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara

2. Tan Sri Ismail Omar
    Bekas Ketua Polis Negara

3. Datuk Seri Azman Ujang
    Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)

4. Datuk Seri Akhbar Satar
    Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia

5. Datuk Dr Hamzah Kassim
    Pengarah Urusan The IA Group

6. Datuk David Chua Kok Tee
    Pengarah Urusan DC&A Group

7. Professor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
    Ahli Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia

SPRM berkata seramai 12 ahli PPPR dan lima ahli PPO pula dilantik oleh Perdana Menteri secara pentadbiran.

“Tempoh PPPR berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2022, manakala PPO berkuat kuasa mulai 1 April 2020 hingga 30 Mei 2022," katanya.


Ahli-ahli PPPR:

1. Tan Sri Borhan Dolah (Pengerusi)
    Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

2. Datuk Manja Ismail
    Pengarah Hal Ehwal Semasa dan Faktual TV dan Digital Primeworks

3. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin
    Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

4. Prof. Dr Edmund Terence Eric Boniface Gomez
    Profesor Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya

5. Datuk Chamil Wariya
    Pengerusi Malaysian Press Institute (MPI)

6. Datuk Freddie Fernandez
    Presiden Persatuan Karyawan Malaysia

7. Jufitri Joha
    Presiden Majlis Belia Malaysia

8. Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail
    Bekas Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

9. Norita Che Ali
    Pengerusi Pertubuhan Ekonomi Wanita dan Kebajikan

10. Datuk Nadzim Johan
      Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

11. Datuk Md Yusof Md Aslam
      Pengarah Urusan Skop Productions Sdn. Bhd.

12. Datuk Baljit Singh Sidhu
      Peguambela & Peguamcara di Shukor Baljit & Partners


Ahli-ahli PPO :

1. Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham (Pengerusi)
    Bekas Timbalan Ketua Bahagian II Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara

2. Dr. Hj Mazlan Haji Ahmad

    Bekas Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia

3. Datuk Abdul Manap Dim
    Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Lembaga Hasil Dalam Negeri

4. Datuk Mohd Faudzi Che Mamat Bekas
    Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

5. Datuk Azimah Abdul Hamid
    Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Kastam


-BERNAMA

Artikel oleh: Berita Harian

24 AHLI BADAN BEBAS SPRM TERIMA SURAT CARA DAN PELANTIKAN

https://www.bhplus.com.my/berita/nasional/2020/06/705706/24-ahli-badan-bebas-sprm-terima-surat-cara-dan-pelantikan

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...