Tuesday, June 30, 2020

6071) SPRM DIPANTAU - 24 AHLI BADAN BEBAS SPRM TERIMA SURAT CARA DAN PELANTIKAN HARI INI - MACC TUBE - 30/06/2020


KENYATAAN MEDIA SPRM

24 AHLI BADAN BEBAS SPRM TERIMA SURAT CARA DAN PELANTIKAN HARI INI
SERAMAI tujuh ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa mulai 21 Mei 2020 sehingga 20 Mei 2023.

Pelantikan tersebut atas nasihat Perdana Menteri mengikut Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 (Akta 694).

Ahli-ahli LPPR terdiri daripada:
  1. YBhg. Tan Sri Abu Zahar Ujang (Pengerusi)
    Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara
  2. YBhg. Tan Sri Ismail Omar
    Bekas Ketua Polis Negara
  3. YBhg. Datuk Seri Azman Ujang
    Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)
  4. YBhg. Datuk Seri Akhbar Satar
    Presiden Persatuan Fraud Bertauliah Malaysia
  5. YBhg. Datuk Dr Hamzah Kassim
    Pengarah Urusan The IA Group
  6. YBhg. Datuk David Chua Kok Tee
    Pengarah Urusan DC&A Group
  7. YBhg. Professor Madya Dato’ Dr Mohammad Agus Yusoff
    Ahli Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia
Sementara itu, seramai 12 ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan lima ahli Panel Penilaian Operasi (PPO) telah dilantik oleh Perdana Menteri secara pentadbiran.

Tempoh PPPR berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2022 manakala PPO berkuat kuasa mulai 1 April 2020 hingga 30 Mei 2022.

Ahli-ahli PPPR terdiri daripada:
  1. YBhg. Tan Sri Borhan Dolah (Pengerusi)
    Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
  2. YBhg. Dato’ Manja Ismail
    Pengarah Urusan Berita Dan Hal Ehwal Semasa Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima
  3. YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin
    Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
  4. YBrs Prof. Dr Edmund Terence Eric Boniface Gomez
    Profesor Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya
  5. YBhg. Dato’ Chamil Wariya
    Pengerusi Malaysian Press Institute (MPI)
  6. YBhg. Datuk Freddie Fernandez
    Presiden Persatuan Karyawan Malaysia
  7. YBrs Saudara Jufitri Joha
    Presiden Majlis Belia Malaysia
  8. YBhg. Dato’ Dr Siti Norlasiah Ismail
    Bekas Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
  9. YBrs Cik Norita Che Ali
    Pengerusi Pertubuhan Ekonomi Wanita dan Kebajikan
  10. YBhg. Dato’ Nadzim Johan
    Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  11. YBhg. Datuk Md Yusof Md Aslam
    Pengarah Urusan Skop Productions Sdn. Bhd.
  12. YBhg. Dato’ Baljit Singh Sidhu
    Peguambela & Peguamcara di Shukor Baljit & Partners
Ahli-ahli PPO terdiri daripada:
  1. YBhg. Dato’ Ahmad Rosli Mohd Sham (Pengerusi)
    Bekas Timbalan Ketua Bahagian II Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara
  2. YBrs Dr. Hj Mazlan Haji Ahmad
    Bekas Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia
  3. YBhg. Dato’ Abdul Manap Dim
    Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Lembaga Hasil Dalam Negeri*
  4. YBhg. Dato’ Mohd Faudzi Hj Che Mamat
    Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
  5. YBhg. Dato’ Azimah Abdul Hamid
    Bekas Timbalan Ketua Pengarah ( Penguatkuasaan dan Pematuhan), Kastam
Kesemua 24 ahli yang dilantik tersebut terdiri daripada golongan profesional serta pakar pelbagai bidang yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat bagi memantau pelaksanaan fungsi dan operasi SPRM.

Surat cara dan pelantikan bagi menganggotai LPPR, PPO serta PPPR itu telah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
30 JUN 2020



Artikel oleh: MACC TUBE

SPRM DIPANTAU - 24 AHLI BADAN BEBAS SPRM TERIMA SURAT CARA DAN PELANTIKAN HARI INI

https://www.youtube.com/watch?v=fnsb6V3RJ1s&feature=youtu.be

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...