Friday, October 12, 2012

631) AKTIVITI-Jemputan Untuk Mengembalikan Hak dan Maruah




Jemputan Untuk Mengembalikan Hak dan Maruah

Telah terlalu ramai pengguna dinafikan atau ditipu kerana kejahilan dan juga kelicikan para peniaga tidak beretika. Dalam kebanyakan keadaan, pengguna bukan lagi pengguna tetapi diperguna. Sehubungan dengan itu, jika kita merasakan kita pernah ;

•        Dinafikan hak sebagai umat Islam;
•        Dinafikan hak sebagai pengguna;
•        Dinafikan hak sebagai warganegara Malaysia;
•        Dianiayai oleh sesiapa atau mana-mana agensi, GLC, Bank-bank ;

Atau kita dizalimi dalam kehidupan kita dan ingin memperolehi maklumat yang boleh mengelakkan kita  daripada terus tertipu atau kita adalah mangsa mana-mana institusi kewangan atau mana-mana syarikat  (telco, perubatan, makanan dll). 

Jika kita memerlukan rujukan supaya tidak mudah tertipu atau kita mangsa yang menjamin atau diambil tindakan undang-undang/ dibankrapkan tanpa diberikan peluang yang adil atau sebab yang munasabah, sila hadirkan  diri ke Forum  Pengguna 2012.

Kami juga ingin menjemput wakil-wakil daripada organisasi Y Bhg Tan Sri Dato’ Sri bagi menambahkan ilmu dan maklumat penggunaan yang amat penting.

ATURCARA MAJLIS

Hari Pertama : Sabtu, 13 Oktober 2012

Sesi  1
8:00 - 9:00 Pagi              :  Pendaftaran Para Peserta
9:00 - 9:30 Pagi              :  Persembahan Video - "Perjuangan PPIM"
9:30 - 11:00 Pagi            :  Segmen Pertama :- GLC
          "Gagalkah GLC Dan Agensi Perlaksana Membantu /
           Memajukan Ekonomi Bumiputera?"

Sipnosis:-
Realiti / peranan GLC dalam membangunkan ekonomi Bumiputera dan sejauh mana aktiviti mereka memberi kesan berganda kepada ekonomi Pengguna Islam. GLC dan agensi sering dikatakan TIDAK memudahkan proses melaksana yang biasanya meletakan berbagai syarat dan memakan masa terlalu lama memproses permohonan. Benarkah?

11:00 - 12:00 Pagi         :  Sesi Soal Jawab.
12:00 - 2:00 Petang      :  Rehat


Sesi  2
2:00 - 2:30 Petang        :  Persembahan Video - "Perjuangan PPIM"
2:30 - 4:00 Petang        :  Segmen Kedua :- Perbankan Islam
         "Perbankan Islam Hanya Pada Nama?"

Sipnosis:-
Berbagai aduan berkaitan "kezaliman" perbankan Islam diterima oleh PPIM. Benarkah? Topik ini membincangkan realiti pelaksanaan Perbankan Islam dari sudut hukum. Sejauh mana ia menepati prinsip syariah terutama dalam kes Rumah Terbengkalai atau di manakah letaknya "konsep meringankan dan memudahkan orang berhutang?" Adakah unsur-unsur menekan berluasa?

4:30 ­- 5:00 Petang        :  Sesi Soal Jawab
5:00 Petang                    :  Bersurai

Hari Kedua : Ahad, 14 Oktober 2012

Sesi  3
8:00 - 9:00 Pagi              :  Pendaftaran Para Peserta                                         
9:00 - 9:30 Pagi              :  Persembahan Video - "Perjuangan PPIM"
9:30 - 11:00 Pagi            :  Segmen Ketiga :- Hutang
                                               "Hutang Untuk Hidup, Hidup Untuk Hutang?"

Sipnosis:-
Masalah kad kredit, pinjaman ah long, gores dan menang, kebankrapan  dll. Budaya berhutang menular dalam hidup Pengguna Islam. Kelihatan dari buaian ke liang lahad masyarakat kita berhutang yang membuatkan kita "miskin", sementara pula "kemiskinan membawa kepada kekufuran". Kegagalan ini menjadikan kita dibelenggu dan berhadapan dengan berbagai masalah masyarakat yang membuatkan kita hilang pedoman dan arah.  Marilah kita keluar daripada masalah.

11:00 - 12:00 Pagi          :  Sesi Soal Jawab
12:00 - 2:00 Petang      :  Rehat

Sesi 4
2:00 - 2:30 Petang        :  Persembahan Video - "Perjuangan PPIM"
2:30 - 4:30 Petang        :   Segmen Keempat :- Keberkatan Hidup
"Adakah Kaitan Antara Makanan Halal, Mencari Keberkatan Dan Keruntuhan Akhlak Dalam Masyarakat Kita Hari Ini?"

Sipnosis:-
Mengupas tentang sifat dan sikap alpa pengguna Islam yang membawa kepada keruntuhan akhlak dari sudut makanan, hiburan, pemakaian dan kelakuan yang natijahnya membawa kepada pembuangan bayi seperti membuang sampah.

4:30 - 5:00 Petang        :  Sesi Soal Jawab
5:00 Petang                      :  Bersurai

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL