Monday, August 27, 2012
612) PPIM wakili suara pengguna bukan parti politik
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pertubuhan badan bukan kerajaan itu lebih condong menyokong kerajaan dalam isu-isu berkaitan pengguna.
Sebaliknya, kata ketua aktivisnya, Datuk Nadzzim Johan, PPIM sentiasa menyelesaikan isu-isu berkaitan pengguna dengan berpegang kepada ciri-ciri berhemah tinggi, kewajaran serta kebijaksanaan seperti terkandung dalam prinsip dan dasar perjuangannya tanpa dipengaruhi mana-mana parti politik.
"Kalau sesiapa menyatakan PPIM ini menyokong buta apa yang dilakukan oleh kerajaan maka sebenarnya itu amat tidak benar.
"Kita lihat hari ini ada pihak-pihak tertentu (terutamanya) pihak pembangkang sendiri kadang-kadang yang menyokong PPIM bila kita menegur kerajaan tetapi sebaik sahaja bila kita bercerita pasal benda yang tidak disukai (parti pembangkang) maka kita (penyokong pembangkang) terus melenting," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Antarapos di rumahnya di sini, baru-baru ini.
Pada sesi wawancara selama sejam itu, Nadzim turut menasihati penyokong Pakatan Rakyat supaya menerima setiap teguran secara positif dan berfikiran terbuka serta tidak menuding jari ke PPIM semata-mata.
"Kalau kita nak kira, (kita) nak (kena) menegur (semua), kalaulah kita menyokong kerajaan (semata-mata) maknanya kita tidak (akan) menegur (kerajaan) kita menegur dengan cara yang agak cukup lantang dan cukup jelas.
"Tetapi kadang-kadang malangnya orang (penyokong Pakatan) yang hendak mendengar itu hanya mendengar apa yang dia hendak dengar (satu pihak) jadi kita rasa itu sangat tidak benar, sangat tidak benar," ujarnya.
Diminta mengulas kenyataan PPIM yang seringkali bertentangan dengan NGO yang menyokong penganjuran perhimpunan, Nadzim berkata, pertubuhan itu membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya perhimpunan haram kerana ia menyusahkan pengguna.
"Pasal kita (NGO) tempat menerima aduan, memang ramai ada yang kata suka (perhimpunan) nak buat tetapi ramai juga ada yang tidak suka benda (perhimpunan) itu dilakukan.
"Contohnya kita menerima aduan orang ramai yang kehidupan terganggu disebabkan perhimpunan-perhimpunan (haram) ini.
"Kita merasakan kebebasan itu ok tetapi (perlu) ada limitiasinya sehingga ia tidak harus menyusahkan orang lain pasal orang lain pun ada kebebasan dan ada juga hak orang lain jadi ini secara sepintas lalunya ia hanya begitu," katanya lagi.
Sumber : ANTARA POS
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WpbZpo#.UDru_5hI818.facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2012
(166)
-
▼
August
(22)
- 615) METRO AHAD : Ibu bapa perlu awasi kegiatan a...
- 614) HARIAN METRO 25/8/12 : Buat pertimbangan wajar
- 613) BERITA HARIAN 26/8/12 : VIP mangsa along
- 612) PPIM wakili suara pengguna bukan parti politik
- 611) BERITA : Cari formula sekat kes curi kredit t...
- 610)VIDEO:Man without Hands but faithfully worship...
- 609) RENUNGAN : Agar engkau menjadi wanita tercantik
- 608) EMEL PILIHAN-AMALAN AYAT AL-QURAN
- 607) Powerful Words by Powerful Person
- 606) BINCANG-TENTANG MELAYU
- 605) KOD BABI PADA MAKANAN BERKEMAS
- 603) BAHAN BACAAN-Better than Sulaiman Al-Rajhi’s ...
- 603) EMEL PILIHAN-Car stolen at KLCC, then home ro...
- 602) AKTIVITI PPIM : Program Cuci Masjid Di Bulan ...
- 601) SANA SINI-SEMANGAT ORANG KOREA
- 600) Many people think animals don't have emotions
- 599) SAYU DI SYRIA...(Sebarkan)
- 598) EMEL PILIHAN-From Bikini to Hijab.....
- 596) ADUAN PILIHAN-PETRONAS GUNA MODEL LUAR
- 595) EMEL PILIHAN: MALAYSIAN!
- EMEL PILIHAN:it is always good to refresh, though ...
- 593) PPIM BUAT LAPORAN POLIS MINTA SIASAT PELABURA...
-
▼
August
(22)
1 comment:
Post a Comment