Wednesday, August 10, 2011

370) BERITA : Surat terbuka kepada MB Selangor


Surat Terbuka kepada Menteri Besar Selangor:

Penduduk mohon selesaikan Isu Pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke tapak baru di Seksyen 23.

Penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam mohon kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menyelesaikan isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke tapak baru di Seksyen 23. Selepas PR berkuasa pada Mac 2008 Wakil-Wakil Rakyat Shah Alam sudah berjanji kepada penduduk untuk selesaikan masalah kuil di Seksyen 19. Kemelut  dihadapi penduduk berpanjangan selepas pemindahan kuil ke Seksyen 22 dibatalkan. Semasa BN berkuasa di Selangor penduduk sudah berusaha menuntut kuil itu pindah seperti dijanjikan PKNS. Pada tahun 1987 PKNS maklumkan kepada penduduk kuil akan dipindahkan kerana di situ tapak 16 unit rumah teres seperti pelan asal Seksyen 19. Semasa penduduk pindah tahun 1988 kuil itu kecil dan usang terletak di kawasan semak terbiar, tidak ada bekalan elektrik dan air. Ketika itu kuil digunakan oleh penduduk setinggan dekat jalan keretapi. Selepas tahun 2000 kuil dibesarkan sedikit demi sedikit tanpa kelulusan PBT sebelum keramaian diadakan. Kebanyakan pengunjung kuil datang dari kawasan perumahan yang baru dibuka ketika itu di Seksyen 20. Mereka bergabung dengan penduduk setinggan mengaktifkan kuil itu. Pada tahun 2003 kuil diarah pindah ke Seksyen 18, tetapi telah ditolak. Pihak kuil dapat sokongan padu daripada komuniti dan pemimpin mereka sebab itu mereka dapat bertahan disitu. Semua penduduk kawasan setinggan dipindahkan pada tahun 2005. Aktiviti kuil semakin aktif selepas dimasukkan bekalan elektrik. Pada Jun 2006 ubah suai kuil dibuat besaran selepas bekalan air dimasukkan.  Penduduk membuat aduan kepada pelbagai pihak termasuk DYMM Sultan Selangor dan bekas MB Selangor kerana aktiviti kuil mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan majoriti Islam. Pada Julai 2007 aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam JPM dan Badan Pencegah Rasuah kerana kuil berjaya dibesarkan menjadi 5 bilik. Pada Disember 2007  MBSA maklumkan kuil akan dipindahkan ke Seksyen 22. 

Selepas PR berkuasa MAC 2008 penduduk mohon pemindahan kuil diberi perhatian oleh kerajaan PR. Tetapi pemindahan ke Seksyen 22 dibatalkan dengan alasan tapak itu jauh ke dalam. Usaha penduduk Islam bertahun-tahun minta kuil dipindahkan menjadi sia-sia. Pada April 2008 pihak kuil gantung bendera PAS dan PKR beritahu penduduk dua parti sudah sokong kuil tidak payah pindah. Aduan dan perjumpaan dibuat dengan wakil-wakil rakyat namun tidak ada tindakan untuk menurunkan bendera parti yang berkibar berhampiran kuil.  Gangguan kuil semakin bising dan banyak masalah sampingan mengganggu penduduk sekitar apabila mereka berkumpul ramai dikuil itu. Mereka langsung tidak ambil peduli sensitiviti penduduk majoriti Islam.

Penduduk mohon bantuan Pertubuhan NGO Islam pada Disember 2008 kerana pelbagai masalah gangguan menjadi-jadi pada Julai - Disember 2008. Pengunjung kuil sudah berani membuat pelbagai ugutan kepada penduduk. Keramaian bergendang sudah melepasi waktu tengah malam. Keadaan semakin teruk berbanding semasa BN berkuasa dahulu. Ubahsuai kuil dibuat lagi pada Disember 2008. Kedatangan NGO tidak disenangi YB Khalid Samad yang sanggup bertegang leher dengan pemimpin NGO yang datang membantu penduduk Islam. YB Khalid Samad, telah menulis artikel melalui blog  pada 10/01/2009 dan 12/01/2009 mengenai Persoalan Kuil di Seksyen 19. Beliau membuat tuduhan pertubuhan NGO sebagai gerombolan UMNO yang membuat provokasi kepada kuil Hindu. Adakah logik tuduhan itu?. Masakan penduduk minta bantuan UMNO sedangkan semasa BN berkuasa masalah penduduk tidak selesai, malah penduduk minta campur tangan Sultan, Biro Pengaduan JPM dan BPR.  Kenapa YB Khalid Samad tuding jari kepada pihak lain tanpa peduli masalah penduduk  menghadapi situasi sukar di kawasan sendiri?. Kenapa YB Khalid membela pihak yang membuat provokasi kepada penduduk Islam?. Mereka datang dari kawasan lain mengganggu ketenteraman dikawasan majoriti Islam. Kenapa tidak ada tindakan serius oleh pihak berkuasa dan Wakil-wakil Rakyat walaupun aduan sudah banyak dibuat?. Apabila penduduk minta bantuan NGO kenapa dikecam dan disindir oleh YB Khalid? Artikel tersebar luas dalam blog pro PR. Banyak komen positif memuji tindakan YB Khalid. Banyak komen negatif terhadap tindakan penduduk minta bantuan pihak luar. YB Khalid Samad marah sebab NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. Kenapa YB Khalid tidak menyalahkan pihak kuil yang enggan pindah malah begitu toleransi kepada mereka.

Pada Mei 2009 penduduk terima maklumat daripada YB Adun kuil akan pindah ke Seksyen 23. Penduduk Seksyen 23 membuat bantahan kerana tidak mahu kuil bermasalah pindah ke kawasan mereka. YB Khalid menulis dalam blog tapak itu 200 meter dari kawasan perumahan, tetapi bila penduduk Seksyen 19 dan NGO siasat tapak kuil baru  terletak diseberang padang permainan kanak-kanak. Apabila kepala lembu diusung sebagai tanda protes ramai melenting konon menghina agama Hindu. Kenapa ada sikap double standard dalam isu kuil itu?. Pihak kuil di Seksyen 19 buat perarakan bergendang di tengah malam bawa patung besar kuda terbang di hadapan rumah penduduk Islam jam 1 pagi, pada 26/07/2008. Suasana malam itu kecuh, penduduk tegur diugut bunuh. Polis sampai mereka jerit "Apa komplen Melayu Bodoh". Kenapa tidak ada tindakan segera wakil rakyat selepas aduan dibuat?. Tidakkah sedar tindakan mereka mengancam penduduk? Malah gangguan dihadapi semakin kronik hingga Disember 2008. Penduduk bimbang masalah semakin meruncing terpaksa mohon bantuan pihak luar.

Selepas campur tangan NGO kuil senyap selama 6 bulan, tetapi keramaian bergendang diadakan semula pada Julai, November dan Disember 2009. Pada bulan Ogos 2010 sempena bulan Ramadhan mereka mengadakan keramaian dikuil itu. YB Puan Rodziah Ismail, Adun Batu Tiga maklumkan kepada penduduk upacara keramaian besar diadakan pada 11/08/2010 - 15/08/2010 adalah upacara terakhir diadakan di kuil itu sebelum ia dipindahkan September 2010. Keramaian amat bising mengganggu ketenteraman dalam bulan Ramadhan. Tetapi, selepas berakhirnya September tidak ada pun pemindahan berlaku. Semasa perjumpaan YB Adun dengan penduduk pada awal November 2010, penduduk dimaklumkan pemindahan kuil selesai akhir November 2010. Tetapi hingga hari ini isu pemindahan kuil masih belum selesai seperti dijanjikan oleh YB Adun. Kuil masih terus diaktifkan dan upacara masih diadakan.  Gangguan bergendang dikuil itu berlaku lagi pada malam Jumaat 29/07/2011.

YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam membuat kenyataan melalui filem dokumentari "Kesah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah" yang di tayangkan di Menara PKNS Petaling Jaya pada 16/10//2010, memberitahu kuil di Seksyen 19 akan dipindahkan sebelum Hari Raya Haji November 2010. Tempuh yang dijanjikan untuk pindahkan kuil sudah lama berlalu. Kuil masih belum pindah seperti diumumkan. Mana janji YB Khalid Samad kepada penduduk Seksyen 19 pada malam 09/08/2008 di dewan Masjid Ubudiah untuk selesaikan isu kuil itu dalam tempuh setahun?.YB Khalid Samad membuat kenyataan melalui filem dokumentari, bahawa kuil di Seksyen 19 akan dirobohkan, rumah teres dua tingkat akan didirikan seperti dalam pelan asal Seksyen 19. Penduduk menunggu YB Khalid tunaikan janji kepada penduduk untuk selesaikan isu pemindahan kuil itu.

Pada 13/07/2011 DUN Selangor meluluskan usul iaitu semua rumah ibadat yang dibina sebelum tahun 2008 tidak boleh diroboh tanpa kelulusan Exco. Penduduk Seksyen 19 berharap usul itu tidak melibatkan kuil di Seksyen 19 kerana masalah penduduk akan berpanjangan jika kuil terus dibiarkan kekal di tapak itu. Adalah tidak adil kepada penduduk yang sudah dijanjikan selama 23 tahun oleh PKNS bahawa kuil itu akan pindah ketapak lain. Penduduk amat berharap kuil akan segera dipindahkan apabila kuil baru bersebelahan Nittodenko di Seksyen 23 siap untuk digunakan. Penduduk juga berharap pemindahan tidak akan ditangguhkan atau pun dibatalkan lagi. Penduduk kecewa pemimpin politik Islam terlalu menjaga sensitiviti masyarakat bukan Islam, tetapi dalam masa yang sama mengabaikan sensitiviti masyarakat Islam sendiri.

Penduduk menunggu tindakan selanjutnya dari pihak kerajaan Negeri Selangor untuk memindahkan kuil Seksyen 19 ke tapak baru Seksyen 23. Penduduk berharap kawasan tapak kuil itu segera didirikan rumah teres yang tergendala sebanyak 16 unit seperti dalam pelan asal Seksyen 19. Semoga aduan penduduk mendapat perhatian daripada pihak YAB MB, SUK, dan PKNS. Penduduk Islam Seksyen 19 akan terus berusaha sehingga masalah dihadapi oleh penduduk tempatan diatasi segera oleh MB dan Wakil-wakil Rakyat kawasan Shah Alam Selangor. Sekian sahaja dimaklumkan. Terima kasih.

Yang berharap, 
Penduduk Seksyen 19 Shah Alam.
1. DUN Selangor lulus usul rumah ibadat dibina sebelum 2008 tidak boleh diroboh
2. Risalah kerajaan Selangor September 2009 - Memahami isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. 
Lapuran yang berat sebelah banyak menyiarkan fakta yang banyak auta diberikan oleh pihak kuil.  Aduan kuil yang dikatakan diganggu oleh Pewaris dikeluarkan dalam lapuran itu. Bantahan dan aduan penduduk Seksyen 19 langsung tidak disiarkan dalam risalah itu walaupun aduan demi aduan, perjumpaan telah dibuat dengan wakil rakyat. Adilkah lapuran seperti itu?
 
Lain - Lain Sumber :  


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...