Wednesday, April 13, 2011

Fw: Fwd: [sim] INFO : Serangan Jantung




"Baru tadi saya telah mendapat panggilan telefon dari seorang Wartawan dari Akhbar Tempatan yang bertanyakan mengenai fenomena serangan jantung yang semakin kerap didengar dewasa ini.

Saya telah mencadangkan supaya beliau e-mail pada saya soalan tersebut kerana lebih mudah saya menjawabnya di sana dengan lebih lengkap, berbanding melalui telefon.

Saya telah menjawab persoalan beliau melalui e-mail dan rasanya info ini amat bermanfaat dikongsi bersama masyarakat. Begini e-mailnya:

Salam En S. Saya Cik F. Wartawan dari Akhbar Tempatan. (017-xxx xxxx)

Saya harap En S dapat memberi sedikit ulasan dan pendapat mengenai beberapa isu kesihatan yang melanda di negara kita. Berikutan kes yang melanda jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor yang diserang sakit jantung sehingga di tahan di wad ICU baru-baru ini.

Soalan yang ingin saya tanyakan adalah:

1. Apakah punca sebenar yang boleh menyebabkan seseorang itu mudah mendapat serangan sakit jantung?

2. Apakah simptom-simptom yang boleh menyebabkan mereka terkena penyakit tersebut?

3. Apakah kaedah atau cara yang sesuai bagi mengatasi masalah kesihatan kronik di kalangan masyarakat di negara ini?

harap kerjasama daripada En S dengan segera.

terima kasih.


Ini E-Mail balasan saya:

Waalaikummussalam WBH Pn F

Terima kasih atas email dan pertanyaan Puan.

Malek Noor diserang penyakit jantung

Dalam tahun-tahun kebelakangan kita semakin kerap mendengar tentang kes-kes kematian mengejut akibat serangan jantung di media massa. Kita tentu masih ingat pelakon-pelakon terkenal seperti Hani Mohsin dan Faizal Yusof telah maut secara mengejut. Baru-baru ini seorang lagi nama besar di Malaysia, Datuk Malek Noor pula terkena serangan jantung. Serangan jantung ini tidak mengenal masa, tempat mahupun umur.

Pada tahun 2005, semasa di dalam sebuah perlawanan bolasepak Marc Vivien Foe, seorang pemain terkenal di Liga Premier England (EPL) diserang sakit jantung dan disahkan meninggal di atas padang. Beliau baru berumur 28 tahun. Padahal beliau tidak menunjukkan apa-apa tanda penyakit langsung sebelum bermain. Jika ada pasti sudah dapat dikesan staf-staf perubatan sebelum memberi kelulusan bermain kepada beliau. Persoalan anda sama seperti saya dan ramai lagi. Apa punca fenomena ini dan bagaimana untuk melindungi diri kita daripadanya?

Apa Punca Penyakit Jantung?

Penyakit jantung ialah pembunuh nombor satu di Amerika Syarikat. Seperti saya dahulunya, anda juga pasti berpendapat bahawa punca utamanya ialah kolesterol. Jika ya anda pasti terkejut seperti saya juga bila mengetahui punca utama sakit jantung ialah inflamasi saluran darah. Kajian Dr Ray Strand menunjukkan bahawa lebih separuh daripada semua pesakit-pesakit jantung di USA mempunyai kadar kolesterol yang normal!

Pada tahun 80-an, pakar-pakar telah menyatakan bahawa tidak semua kolesterol adalah buruk kepada manusia. Mereka telah menemui bahawa HDL (High Density Lipoproteins) adalah baik untuk manusia. Sementara LDL (Low Density Lipoproteins) adalah tidak baik kerana ia melekat pada dinding-dinding arteri dan apabila terlalu banyak ia bagaikan kotoran yang akhirnya akan menyumbat salur paip menyebabkan darah tidak dapat mengalir kerana tersumbat.

Ini menghasilkan inflamasi (bengkak) pada saluran darah. Kunci kesihatan jantung mengikut pengetahuan pada masa itu adalah mengimbangi antara kadar HDL dan LDL. Ini adalah sesuatu yang sudahpun lama diketahui umum. Adakah anda bersedia mendengar pengetahuan yang terbaru?

Kolesterol LDL teroksidasi menyumbat pembuluh darah

Kolesterol LDL bukanlah sesuatu yang buruk sebenarnya. Maha Suci Allah SWT dari melakukan kesilapan dengan menciptanya. Kolesterol LDL yang dikeluarkan oleh tubuh secara semulajadi adalah penting untuk membina membran, bahagian-bahagian sel, dan banyak hormon yang manusia perlukan. Kita tidak dapat hidup tanpanya. Malah jika kita tidak mendapatnya melalui pemakanan, tubuh kita sendiri berupaya untuk mengeluarkannya. Jadi jika kita diet dari memakan bahan yang berkolesterol sekalipun, sebenarnya tidak dapat mengubah tahap kolesterol kita.

Masalah berlaku apabila radikal bebas mengubah sifat asal kolesterol LDL. Ia dilakukan melalui proses oksidasi, seperti pengaratan pada besi. Pada tahun 1989, di dalam New England Journal Of Medicine, Dr. Daniel Steinberg mengeluarkan hasil kajian yang mana jika pesakit mengambil antioksidan dalam kadar yang mencukupi untuk melawan tindakan oksidasi terhadap kolesterol, kolesterol LDL tersebut tidak akan membahayakan kita.


Pada tahun 1997, Dr Marco Diaz telah membuat ulasan yang menyokong kajian Dr Steinberg. Dr Diaz membuat kesimpulan bahawa pesakit yang mempunyai kadar antioksidan yang tertinggi di dalam tubuh mereka ternyata mempunyai kadar penyakit koronari jantung yang paling sedikit.

Bagaimana untuk mengatasi Penyakit Jantung?

Kenyataan Dr Steinberg dan Dr Diaz tadi telah memberi kita beberapa petunjuk untuk kita menjaga diri dari terkena penyakit jantung.

Berita baiknya ialah pengambilan antioksidan dan nutrien-nutrien secara konsisten boleh mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan inflamasi di dalam arteri yang membawa kepada penyakit jantung ini. mari kita lihat beberapa nutrien yang menjadi kunci kepada penyelesaian penyakit ini:

Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan yang paling penting untuk menjaga arteri kita dari inflamasi dan tersumbat. Sebabnya ialah kerana vitamin E adalah larut di dalam lemak menjadikannya antioksidan yang paling mujarab di dalam dinding sel. Vitamin E boleh menggabungkan dirinya dengan kolesterol LDL. Lebih tinggi kadar vitamin E di dalam membran sel, maka lebih rendah kemungkinan kolesterol LDL diubah strukturnya menjadi buruk kepada arteri.

Vitamin C

Kajian terkini menunjukkan bahawa vitamin C adalah antioksidan yang terbaik di dalam plasma atau darah kerana ia larut di dalam air. Pemakanan vitamin C telah terbukti untuk menjaga dan melindungi fungsi endothelium. Ini kerana endothelium yang bermasalah adalah penyumbang utama kepada proses inflamasi (bengkak) di dalam saluran darah.

Vitamin C juga telah terbukti efektif untuk melindungi kolesterol LDL dari teroksidasi di dalam plasma darah. Seterusnya vitamin C juga berupaya menjana semula vitamin E dan glutathione di dalam sel supaya ia boleh digunakan semula.

Glutathione

Glutathione adalah antioksidan yang amat mujarab yang hadir di dalam setiap sel. pesakit yang mempunyai penyakit koronari jantung didapati mempunyai kadar glutathione yang lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai penyakit ini. Nutrien yang diperlukan untuk sel menjana glutathione di dalam sel ialah:

- Selenium
- Vitamin B2
- Niacin
- N-acetyl-L-cysteine

Bioflavanoid

 
Beribu-ribu bioflavanoid boleh didapati di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Cara terbaik ialah untuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam beraneka warna di dalam diet kita. Setiap warna berbeza mempunyai bioflavanoid berbeza.

Ia adalah anti allergen (anti-alahan) dan juga anti-inflamasi. Jus anggur misalnya mempunyai polyphenol yang boleh mengurangkan kadar kolesterol LDL yang telah teroksidasi yang melekat pada arteri. Ekstrak biji anggur pula dipercayai mempunyai antioksidan bioflavanoid yang terbaik untuk membantu mencegah inflamasi yang kronik.

 


PPIM : SERANGAN JANTUNG TIDAK MENGIRA USIA, WAKTU, TEMPAT DAN MASA


7 comments:

hijau said...

pyakit jantung koroner..skt jntg plg bhaya..

Unknown said...

tq ngn info

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Just nk kongsi, bru2 ini sy baca dlm surat khabar yg menyatakan, makan 3 biji pisang setiap hari dpt mengelakkan kita dr terkena penyakit jantung...so, mungkin ini slh satu cra kita nk cegah penyakit jantung ini sblm kita terkena.....

durar said...

amalkan gaya hidup sihat...

Unknown said...

malah pemakanan yg sihat pun penting...amalkan sebagaimana Rasulullah SAW amalkan....jangan lupa akan apa yg disuruh dalam Agama Islam itu sendiri...

taufiqism said...

daripda artikel saya dapat simpulkan, mengamalkan pelbagai sayuran dan buah-buahan antioksida adalah kunci utuk mengelak daripada jangkitan akibat kolestrol LDL teroksida.

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...