Monday, April 25, 2011

BERITA : KENYATAAN MEDIA MENDESAK KEMENTERIAN KESIHATAN MENGKAJI SEMULA KEPUTUSAN PENJUALAN NASI LEMAK SEMINGGU SEKALI DI SEKOLAH


9 comments:

hijau said...

wlpun hanye ns lemak tp ia sgt berti u org Melayu...sdap pn sdap...

Unknown said...

Tahniah PPIM. Teruskan desakan ke atas pihak yang mahu menghapuskan identiti Melayu secara terancang dan halus.

Unknown said...

syabas kpd pihak PPIM....smoga usaha ini berjaya...

administrator said...

Berikut adalah antara makanan yang dibenarkan dijual di kantin sekolah, yakni berpandukan garispanduan yang baharu dikeluarkan:

1. Boleh dijual setiap hari – Kuey teow/mihun goreng.

2. Boleh dijual dua kali seminggu – Nasi lemak, nasi goreng, laksa.

3. Hanya boleh dijual sekali seminggu – Lontong, nasi pulut, mi kari.

Namun hakikatnya adalah kuey teow goreng adalah makanan berkalori tinggi (600 kalori), malah kalorinya lebih tinggi daripada nasi lemak (389 – 400 kalori).

Persoalannya adalah mengapakah makanan yang kalorinya lebih tinggi (kuey teow goreng) dibenarkan dijual setiap hari, manakala makanan yang kalorinya relatif lebih rendah (nasi lemak) hanya dibenarkan dijual dua kali seminggu?

Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

administrator said...

Harus diingat bahawa ini bukan isu perkauman tetapi adalah isu bagi memastikan situasi menang-menang bagi semua pihak, terutama sekali bagi golongan pelajar yang memerlukan makanan berkhasiat dan juga golongan peniaga yang memerlukan layanan yang adil.

Sudah tentu semua pihak dapat bekerjasama bagi memastikan periuk nasi para peniaga tidak terjejas dan pada masa yang sama, memastikan para pengguna utama yang terlibat, iaitu para pelajar mendapat makanan dengan kualiti yang terbaik dan pada harga yang berpatutan.

Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Unknown said...

TINDAKAN DATUK SERI KURANG BIJAK DAN TIDAK DIKAJI SECARA MENDALAM. bukannya nasi lemak itu penyebab obesiti dikalangan pelajar...patutnya diajar pelajar cara pemakanan seimbang dengan kiraan kalori yang betul dan juga pengharaman penjualan makanan ringan di sekolah dan luar sekolah adalah lebih wajar..kalau kita tengok senario di kawasan luar sekolah ..habis saja waktu sekolah pelajar berpusu keluar dari sekolah dan mengerumuni penjual makanan ringan di luar sekolah.......banyak lagi makanan berkolestrol tinggi..makanan deep fried..mee goreng lebih mendatangkan keburukan dengan kandungan asid borik dan sodium benzoate sebagai bahan pengawet..KENAPA TAK HARAMKAN PENJUALAN MEE?? penyebab obesiti pelajar sebenarnya disebabkan oleh pemakanan luar waktu sekolah..makanan segera (McD, Pizza, burger, hotdog, minuman berkarbonat, dll) serta kekurangan aktiviti riadah kerana lebih gemar videogames, melayari internet. seperti ada agenda tersembunyi disebalik larangan penjualan nasi lemak ini, kerana kebanyakan penjual nasi lemak adalah MELAYU...cuba fikir, kenapa tiba-tiba nasi lemak di jadikan sasaran kepada masalah obesiti pelajar....TAK LOGIK LANGSUNG....

p/s : lebih baik ajar budak-budak ni pemakanan seimbang...bukan nasi penyumbang masalah obesiti...

Unknown said...

saya merasakan menteri kesihatan kita tu tak berfikiran secara logik dan berasas...dia dah buat kajian ker?mana hasil kajiannyer....betulke nasi lemak punca kegemukan?
saya ni makan nasi lemak sejak kecil hingga dah tua ni tak ada pulak masalah obesiti....banyak lagi faktor kegemukan..contohnya budaya makan malam dikedai2 mamak dan makanan fast food...saya rasa kalau dibuat kajian pasti itu jawapannya...kelakar betul laaa..nasi lemak pulak di salahkan...harap menteri yang lebih bijaksana mengkaji semula larangan ini..

p/s: cube tgk..cadangan makanan yang dijual di kantin..ada diantara nya lebih tinggi kalori berbanding nasi lemak..pikir2kan lah??!!

azlyana said...

lebih baik ambil pendekatan yang lain..bukan hanya larangan..kalau nasi lemak punca obesiti, menteri haramkan nasi lemak...kenapa tak buat larangan keatas kereta kerana banyak kemalangan...kenapa tak haramkan babi kerana ada virus tersebar melaluinya...???

mutiara hati said...

Hm,mmg sgt pelik dgn tindakan yg di ambil,tak wajar nasi lemak yg dipersalahkan. Seharusnya manusia yg obesiti tu sendiri yg perlu diperingatkan dan mereka yg kuat makan serta mereka yg masih chat. Agar bijak dlm mengambil dan memilih makanan, perlu ada gaya hidup pemkanan yg shat,isu ini perlu dikaji dgn lebih dalam lagi.Tahniah pada mereka yg peka mengenai isu ini, nampak ringan, tapi memberi kesan yg sgt mendalam...

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...