Wednesday, April 6, 2011

ADUAN PILIHAN- ESQ : ANTARA FATWA DAN PENDAPAT MUFTI


EMEL 1
assalammualaikum.ingin berkongsi sesuatu.. sy seorang gadis biasa yang tidaklah sejahat mana juga tidak sebaik mana. namun, ada satu perkara yang membuat sy menjadi lebih baik,lebih mengenal Allah, lebih menyayangi Rasulullah.. mereka membuka mata dan Allah memberikan hidayah.. itulah esq. sesatkah esq? sedangkan orang yang menghadirinya menjadi manusia yang lebih baik? sesatkah esq? sedangkan orang yang menyertai esq yang sebelumnya hanya kenal Allah dan tidak menghayatinya.. tiba-tiba muncul isu esq sesat? jawapan kepada setiap soalan telah diberikan tetapi masih tidak dapat menerimanya. mengapakah keputusan fatwa kebangsaan dan keputusan mufti wilayah berbeza? kenapa negeri lain boleh menerima?mufti-mufti di ngeri lain menyokong esq dan hanya 1.. hanya 1 mufti tidak membenarkannya? yang manakah patut diikuti? majlis fatwa kebangsaan atau mufti wlayah? keputusan majoriti ataupun keputusan minoriti?

Emel 2
Assalammualaikum,

Saya merupakan salah seorang alumni ESQ. Saya ada baca artikel dlm internet yg mengatakan ESQ itu sesat. Jadi saya ingin tau apa status saya setelah mengikuti training itu adakah saya sudah sesat? Sepanjang perjalanan training itu, bnyk mengingatkan saya tentang knp saya diciptakan dan siapa pencipta saya...solat jemaah turut di lakukan bersama para trainer dan peserta..
Oleh itu saya betul2 perlukan penjelasan tentang ESQ dan kenapa ianya sesat..

yg keliru,
Lyn

Emel 3
Pagi!! itulah yg selalu diucapkan sepanjang prog esq yg membangkitkan dan menyegarkan saya kerana pagi itu melambangkan suatu permulaan bagi sesuatu. mulanya saya menyangka esq itu hanyalah satu program motivasi dan kepimpinan mcm biasa. Namun,setelah menghadiri program ESQ selama 2 hari, saya cukup terkejut. Saya tidak menyangka terdapat program seumpama ini yang diuruskan dgn cukup professional, dan saya terkejut bahawa ada pihak yang tidak menyukai program keagamaan seumpama ini. ESQ banyak mengajar saya tentang Islam dan kaitan nya dengan dunia sekarang. Mengingatan saya kembali pada pangkal Islam. Saya dan rakan amat berterima kasih kepada ESQ 165.syukran~

PPIM : Dengarkan Klinik Pengguna Isnin nanti untuk penjelasan daripada pihak yang berkenaan

52 comments:

miss said...

ermmm tak terpikir lak ESQ nie ada menyimpang dengan Islam..menarik..kene dengar jawapannya dari pihak berkenaan

Unknown said...

btol tu.....kene dengar jawapan daripada pihak yang berkenaan....

Unknown said...

sm2 kt mndngr klinik pengguna pd isnin miggu dpan...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

esq tidak menyimpang kerana panel syariah esq telah meneliti A-Z tentang esq,kalau ade org kata esq sesat,adakah panel esq pun sesat? panel syariah esq terdiri drpd mantan2 mufti.sian mereka

handsome guy said...

saya adalah manusia paling bahagia diatas muka bumi ini ketika esq difatwakan sesat. sagat luarbiasa kebahagiaan saya.

soalan saya kepada ary ginanjar sampai sekarang masih tidak dijawab.
NAK DIBAWA KEMANA ESQ NI?

Nur Suaidah Bachok said...

nak dibawa kemana pula soalan anda diatas ini?

saya pula merasakan diri adalah yang paling bahagia dalam dunia ini pada hari ketiga saya didalam training. Syukur kerana menjadi salah seorang yang dipilih Allah untuk berada didalam training dan menjalaninya. Baru sedar siapa diri, untuk apa hidup ini dan kemana arah tuju kehidupan saya kelak.

Unknown said...

Saya Muhammad Zuhair Al-Fateh, alumni ESQ angkatan ke-2 mahasiswa UTP, telah menghadiri kursus ini sejak 2 tahun lepas dan sudah beberapa kali sy menjadi fasilitator utk

program ini..bagi sy, tiada perkara yg menyimpang dari ajaran islam dalam program ini..

saya memang tidak layak utk menentukan adakah betul ESQ tidak menyimpang, tapi jika mufti2 di Malaysia (kecuali mufti wilayah) yg sudah menyatakan ESQ menepati syarak,

apa pula kata anda?

Ini adalah link utk sharing2 alumni2 yg telah menyertai program ini untuk tatapan anda sebagai bukti termasuklah:

1) Mufti Perak, Tan Sri Harussani
http://www.youtube.com/watch?v=eU1FBe-l7LQ

2) Syeikh Marwazi timbalan Mufti Kedah
http://www.youtube.com/watch?v=lRwXE9GsDlk

3) Majlis Fatwa Kebangsaan
http://www.youtube.com/watch?v=NV7EIBLDeR4

4) ESQ dalam RTM 1
http://www.youtube.com/watch?v=-My0wPty5EM

5) Pakar motivati terkemuka, Dr Rubiah
http://www.youtube.com/watch?v=HB9hcny3VS4

6) Alumni bukan Islam
http://www.youtube.com/watch?v=FBMzRNsHikk

7) Alumni mahasiswa
http://www.youtube.com/watch?v=W3sFOIDdj8w

Maka, dengan bukti2 yg telah saya tunjukkan kepada anda, dengan sukacitanya saya mengajak rakan2 sekalian utk menilai, sejauh manakah kebenaran fitnah yg telah ditaburkan

kepada ESQ selama ini...

Wallahu'alam

Yang benar,

Muhammad Zuhair Al-Fateh
Alumni ESQ,
Angkatan ke-2 Mahasiswa,
Universiti Teknologi Petronas

facebook: zu_58@yahoo.com

Unknown said...

agak2nya ciri2 org mcm "handsome guy' tu la yg baling batu masa baginda Nabi MUhammad s.a.w menyebarkan islam

faryfarah said...

salam...saya alumni angkatan pertama mahasiswa ILUVISLAM..tiada sesatnye ESQ kerana bersandarkan AL Quran dan Hadis...rasa dulu pengalaman,baru boleh nilai..

Fyeda PRa MirZaman said...

Assalamu'alaikum warahmatullah...
Saya Fyeda Pra Mirzaman, Alumni ESQ Sabah angkatan 04 Executive.
Adakah benar fitnah yang mengatakan ESQ Sesat??
Pada pendapat saya tidak, Program ESQ Way 165 ini tidak sesat apatah lagi berlanggar dengan hukum syarak.

Semasa ESQ dijalankan di negeri Sabah di bawah bayu, ramai perserta yang mengikuti program ini berasa amat bahagia, dan terus berjuang di jalan Allah.. insyAllah.. Dan ada juga perserta Non-muslim mengikuti program ini.. Dengan izin Allah lembut hati mereka dengan mengucap 2 kalimah shahadah... SUBHANAALLAH!!

Inikah yang dinamakan SESAT?

Yang Benar

Alumni ESQ Sabah

Facebook : fyda_mirzaman@yahoo.com

Unknown said...

kalau dilihat kepada ajaran ayah pin pun, semua org yg masuk kata ajaran tsbt tidak sesat, sama lah mcm ESQ ni,org yg sertai bnda ni akn kata tidak sesat, jd utk mengetahui perkara ini sesat atau tidak kita kena mendengar penjelasan pihak yg bertanggungjawab...jgn kita masing2 membuat andaian sendiri....

yes said...

Tolong siarkan hujah hujah mufti yang mengatakan ESQ itu sesat. Juga semasa Klinik penggunaan nanti jemput beliau beri penjelasan. Biar masyarakat dengar dua dua pehak.

Unknown said...

btol tu...kte kene dgr semue pihak yang berkenaan untuk mengetahui kebenarannya.....

Iyda Ikhlas said...

jgn menunding jari tanpa bukti.. jgn bahagia ats penderitaan org lain.. org yg brbahgia mngatakan esq sesat? pernahkah mengikuti esq? igtlah kbenaran slalu mnang..

Unknown said...

As salam...

Kepada Encik Fazil, saudara 'YES' dan cik dayang...

Jikalau mahu memberi komen di dalam sesebuah blog yang memerlukan pendapat, sila baca dari awal sehingga akhir..

Saya sudah memberikan bukti2 di atas..adakah bahasa saya sukar difahami oleh kalian?

Sila baca dan tengok segala link yg saya bagi seperti di atas ye..itulah bukti dan hujah yang kalian mahu...

Semoga mendapat apa yang tuan puan inginkan..

harap maklum..

Unknown said...

maaf sekiranya saya memberi mesej seperti itu...saya cuma keliru....tetapi selepas mendengar klinik pengguna PPIM, sy akur akan kebenaran ESQ ini...semoga Allah mempermudahkan urusan kita...

Unknown said...

Sebagai salah seorang alumni, saya merasa sangat hairan kenapa masih lagi terdapat segelintir masyarakat yang mengatakan ESQ menyesatkan aqidah. Hujah-hujan ilmiah telah diberikan malah badan ugama tertinggi di Malaysia pun memberi kebenaran untuk ESQ terus sebarkan misinya.
Saya amat tertarik dengan penjelasan Mufti Perak di Bernama Radio ketika disoal dalam Slot Pengguna bersama PPIM. Menurut beliau, ESQ tiada lansung unsur-unsur yang menyesatkan aqidah.
Menurut Tan Sri Harussani, “Saya telah ikuti ESQ ini bukan sahaja di Malaysia malah saya telah pergi ke Indonesia untuk mengkaji mengenai ESQ. Saya dapati tiada langsung unsur-unsur yang melanggar dari segi syarak. Cumanya terdapat kekeliruan dari segi istilah dalam buku ESQ yang memberi makna yang berbeza di negara kita ini tetapi istilah itu telah diubah untuk disesuaikan dengan negara kita. Sebagai contoh mengenai istilah zero mind process yang hangat diperdebatkan. Sangat membuka minda apabila menurut Tan Sri terdapat satu hadis yang memberi gambaran bahawa Allah memberi pujian kepada hamba-Nya dan akan dilindungi di Akhirat nanti di mana tiada perlindungan lain ketika itu apabila seseorang itu mengingati Allah dengan kosong di kepalanya sehingga menitiskan air matanya. Tan Sri sendiri berpendapat tiada masalah sebenarnya dari segi istilahnya.
Malah Mufti juga menjelaskan bahawa diperlukan satu modul yang dapat menyatukan umat Islam sebagaimana ESQ modul menyatukan pelbagai golongan masyarakat seperti di Indonesia. Menurut beliau, di Indonesia sahaja terdapat 230 juta dan 70 parti Islam yang mempunyai pandangan berbeza. Tapi dalam isu ESQ, ulama Indonesia telah ikuti dan sepakat menerima ESQ. ESQ dapat menyatukan semua peringkat masyarakat baik yang muda mahupun tua, tidak kira pada pekerjaannya samaada polis, tentera, guru dan juga ahli politik. Menurut beliau lagi, di Malaysia sahaja telah hampir 80 ribu telah ikut ESQ. Golongan yang dulunya tidak mahu ke masjid, tidak kesah pasal agama, telah mula mendekati masjid.
Mendengar ulasan seorang sarjana Islam yang penuh dengan ilmu agamanya, makin kuat hati ini menyatakan bahawa ESQ sangat membantu membentuk karakter masyarakat. Sangat bersetuju dengan ungkapan Mufti dari segi pandangan Islam, kita diharuskan untuk ikut pendapat jumhur (sepakat) Ulama. Saya akan terus sahut nasihat Tan Sri untuk sentiasa menyokong dan membenarkan sesuatu yang membawa kebaikkan.

Marhaini Yusoff said...

Isu ESQ di Malaysia telah berlarutan selama lebih 3 tahun. Apa yang kami harapkan adalah untuk membawa Islamic Solutions ke dalam HR sepertimana di dalam banking dengan perkara yang paling asas dalam Islam.

2. Dari awal, kami terbuka dan menghantar surat untuk dibimbing oleh para ulamak, namun tidak pernah diberi peluang oleh pihak tertentu untuk dibimbing.

3. Ramai alumni ESQ yang confuse dengan apa yang berlaku di kalangan ulamak walau JK Fatwa Kebangsaan memutuskan ESQ boleh berjalan dan percaya dgn kredibiliti ahli panel shariah yang telah ESQ lantik. Begitu juga Majelis Ulamak Indonesia telah keluarkan Sertifikasi Sesuai Shariah

4. YBhg SS Mufti Wilayah telah menghantar surat yang disertakan dengan Akta Jenayah. Ada surat yang melampaui sempadan WP. Ada juga surat rasmi yang disertakan tuduhan Yahudi yang dihantar sehingga ke Singapura dan Brunei

Para ulamak yang ikhlas dituduh telah di beli oleh ESQ, ia satu penghinaan kpd sesama ulamak.

Semoga ada jalan keluar daripada semua kemelut ini.

cik ika said...

Saya ingin memberi pandangan tentang isu pengharaman ESQ. Saya sudah menyertai pelbagai kursus yang melibatkan Jati Diri termasuklah ESQ. Bagi saya ESQ lain dari kursus-kursus yang pernah saya sertai. ESQ banyak memberi pendekatan yang lebih mendalam tentang Islam, Tuhan, Nabi dan peranan kita sbg umat Islam. Memberi pendedahan maksud ayat-ayat suci Al-Quran. Cara penyampaian memang amat berbeza dan amat berkesan. ESQ ini tidak menyesatkan sesiapa tapi diri kita sendiri yg boleh sesat kerana salah memahami apa yg disampaikan. Mereka cuma memberi & menyampai maklumat berdasarkan Al-Quran, Hadis yang sememangnya diperuntukkan untuk kita membaca & memahaminya. Saya amat berterima kasih kerana telah diberi peluang menyertai kursus ESQ ini. Saya harap program ESQ ini dapat diteruskan seperti sebelum ini. Niat murni seperti ini tidak sepatutnya disalah ertikan. Saya harap pandangan saya ini dapat dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.

Unknown said...

saya ada dapat makluman yang mufti kebangsaan meluluskan esq ni tapi ada dengar juga yang esq ni di haramkan oleh mufti wilayah...pelik lah. kot yer pun... tak boleh ker bincang dulu sebelum bagitau halal ker haram. bukan nyer jauh nor pun... dalam malaysia je pun. ni bikin kiteorang pinin la...

mr said...

Saya peserta ESQ training mahasiswa.. sebelum join ESQ saya saya ni mcm remaja2 lain yang suka melepak dan berhibur. tapi lepas pegi training dua hari kat flaminggo, hati sy terus cair dan timbul satu kesedaran untuk mnjadi lebih baik.. banyak perangai lama sy dh tinggalkan, dan saya dh bnyak berubah kepada kebaikan.. bila dengar isu ESQ ni sy mmg ras xlogik langsung.. program yg bgus mcm ni diorang kate haram.. kenapalah jadi macam ni...

satria165 said...

Assalamualaikum, saya adalah alumni ESQ angkatan 7 K.Lumpur. Training ESQ telah memberi impak yang sangat besar pada diri dan keluarga saya. Training ESQ membuatkan saya tersedar dan insaf tentang kebesaran ALLAH yang maha luas ini dan didalam diri saya sendiri sehinggakan air mata tak henti2 mengalir kerana merindukan sesuatu yg tak pernah dirasakan seumur hidup saya. Setelah menjadi Alumni ESQ terasa ingin membantu pihak ESQ dan telah menjadi ATS (Alumni Training Support). Saya dan isteri juga telah sama2 bersungguh ingin membantu agar insan2 diluar sana dapat merasai apa yang telah kami rasai. Sepanjang tempoh tersebut tiada satu yg janggal atau yg mencurigakan yg kami lihat drpd Trainer2 mahu pun kakitangan2 ESQ. Apa yang kami lihat cuma persatuan dan silaturrahim yg sungguh menyentuh dan kebahagian sebagai hamba ALLAH dan cinta hanya kerana ALLAH. Semuanya kerana ALLAH....jadi dimana sesatnya!!!!! Solat pun tak ada yg berubah hanya lebih khusyuk sebab sudah mengerti apa tujuan solat,puasa,zakat dan haji. Apapun saya amat terkilan kerana tak berkesempatan membawa kedua orang tua saya kerana telah awal menemui ALLAH. Saya hanya berdoa agar ALLAH mencurahkan segala kebaikan dan amal ibadat saya didunia ini tercurah kepada mereka berdua..AMIN.

No name said...

salam semuanya, pagi ! sy alumni angkatan pertama teens.. esq itu tidak sesat, malah isi sepanjang training nya b'landaskan alQuran dan Hadis.. kandungan training esq membantu kita lebih mengenal siapa pencipta kita, siapa di sebalik alam semesta ini.. untuk apa kita di cipta kan, untuk apa kita hidup dan apa tujuan kita hidup di muka bumi ini.. masih ada orang seperti "handsome guy" yg bahagia di atas penderitaan orang lain.. setuju apa yg saudari ZARINA kata kan, barangkali ciri2 orang seperti "handsome guy" ni lah yg baling batu semasa baginda Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan Islam..

Norliza Abu Othman said...

Syukur, alhamdulillah diberikan peluang untuk mengikuti training ESQ sejak 2008 sehingga ke saat ini. Tiada yg sesat malah kebaikan yang amat terbaik diperolehi bagi memperbaiki diri sebagai Hamba Allah dan masyarakat Islam seluruhnya. Sebuah training yang dianjurkan ESQ Leadership Training Center memang yang terbaik yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah dengan perjalanan yang membahagiakan. Terima kasih Allah. Tahniah dan syabas kepada penganjur, teruskan perjuangan.

Semoga Allah mengizinkan kepada semua yang belum merasai pengalaman yang terindah dengan mengikuti dan apa yg hendak disampaikan di dalam ESQ Training.

azree said...
This comment has been removed by the author.
azree said...

Allah SWT memperingatkan orang-orang yang dengan ‘gedebe’ dan berani memberikan fatwa tanpa berdasar pada Al Qur’an dan Hadits, atau orang-orang yang mengeluarkan fatwa sesuai ‘perasaan’ atau mungkin berfatwa kerana ‘pesanan’. Mereka disebut-sebut sebagai golongan yang mengada-adakan kebohongan dengan firman-Nya:
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung”(QS. An Nahl:116). Allahu’alam. (Disadur dari buletin Al-Islam-anNahdah).

Ohmysalatoh said...

Assalamualaikum....

Erm kenapa dikata ESQ training sesat n xboleh dilaksanakan ye? Mengharamkan sesuatu y halal... nauzubillah... susah nak memberi implikasi y besar buat hati2 ini. rasanya esq sgt terkesan bg mereka y awam... y mmg dr kecik xde pendedahan agama so bila join training esq br taw Maha Agungnya Allah itu mengingat kembali dr mana dtg kita ni.. Juga terkesan bg mereka y kian lama terlupa dr jalan sebenar... haramkah? spttnye memberi support pd perkara2 baik y memberi kebaikan kepada kemaslahatan ummah bukan menghuru-harakan keadaan hatta meragukan ummah...innama a`malu binniah... fikir2kan lah ... bersemuka dan berbincang(musyawwarah) adalah jalan terbaik sama2 berbincang utk kebaikan bersama...yang salah dibetulkan y baik diamalkan... fikir2kanlah... kepentingan harta,pangkat n segala keduniaan xsampai kemana...biar malu didunia jgn malu disana nnt....
jom muhasabah :)

ATS said...

Apa yang akan jadi pada tahun depan atau 10 tahun akan datang atau 20 tahun akan datang atau 30 tahun akan datang....semuanya BERGANTUNG pd tindakkan yang kita lakukan pada HARI INI.....
Sekiranya kita lalai dan juga tidak mahu belajar dari kesilapan kita.. Siapa kah kita yang bergelar ISLAM satu hari nanti...
Renung renungkan lah dan fikir fikirkan lah..
ESQ adalah hanya satu program bukan pemberi Hidayah..

Unknown said...

kalau esq tersilap perbetulkan lah. jgn mengharam kan nya...

Anonymous said...

Sesatkah ESQ?
Haramkah ESQ?

Persoalan yang sering berlegar di fikiran segenap rakyat Malaysia yang mendengar perkhabaran Larangan ESQ di Wilayah Persekutuan.
Saya sebagai salah seorang yang telah mengikuti training ESQ turut terkena tempiasnya.
Persoalan yang sama muncul di fikiran.
Tetapi,ada satu perasaan yang muncul menyebabkan saya 'put aside' 'larangan' tersebut.
Saya mengalami sebuah transformasi yang luarbiasa dalam kehidupan.
SubhanAllah,hidup saya lebih tenang.
Saya tidak menyatakan yang ESQ memberikan Hidayah @ kebahagiaan kepada seseorang,tetapi,ESQ merupakan pemangkin untuk saya berubah.Sesungguhnya Hidayah itu milik Allah.
Saya sangat berharap,ade titik temu antara ESQ dan Mufti Wilayah.
Janganlah buat judgement tanpa musyawarah terlebih dahulu.
Saya takut umat Islam di Malaysia akan memandang sesuatu fatwa itu sebagai personal decision daripada seorang mufti.
~Wassalam~

Paku Neraka said...

salam.

Saya tidak pernah menyertai sebarang program yang dijalankan oleh ESQ.Namun begitu ,
berdasarkan pembacaan dan sesi dialog bersama rakan yang pernah menyertai ESQ
yang menyatakan bahawa program yang dijalankan adalah berlandaskan quran dan sunnah serta mengenali Allah.
Saya berpendapat bahawa tidak wajar program ini diharamkan.Kiranya benar ESQ itu tidak
betul apa kata perbetulkan dan bukan mengharamkannya. Mungkin dengan cara yang
kreatif ni dapat menarik ramai anak muda mengenali tuhan mereka.Bukan ESQ
pemberi hidayah tetapi Allah. ESQ hanya medium. Bagi menetapkan sesuatu hukum tentang halal
haram bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kajian dan penelitian secara terperinci
daripada segenap aspek dan segi.Tambahan, sesi musyawarah juga perlu dilakukan
sebelum mebuat keputusan. Jangan menjumudkan ISLAM. jangan memandang islam
dari satu sudut sahaja. Islam itu bukan la sempit. Mungkin "mereka" yang lama2
ni masih berfikiran tradsional.Cth solat pantang pakai jeans , pergi masjid kena
pakai kopiah kalau ta ta bole. serban tu perlu untuk seorang ustaz.
pakai jubah bukan wajib kawan2. jangan jumud. Bukan benda tu tak bagus. Tapi ,
jangan sampai kata takde perkara macam tu kita tolak apa yang ada sekarang. Sama juga macam
ESQ . ESQ medium dakwah masa kini. Apa salahnya biar berkembang kalau baik untuk marhaen.
Banyak juga saya baca testimoni peserta dan alumni yang mengatakan bahawa berlaku
transformasi yang besar dalam hidup mereka selepas menyertai program ni.
ingat dakawah bukan hanya dimasjid . Prgi ceramah ke surau. dakwah bole dilaksanakan
dengan berbagai2 cara. Jgn pandang 1 sudut.Hati2 dalam memutuskan hukum.insyaallah usaha
dakwah diberkati.
Saya tak pernah join . Bukan ahli akademik atau ahli agama. Sekadar pendapat. maaf kalau tersilap.
sekian.

nuttiSan said...

ESQ BUKA MATA ANA KEMBALI KEPADA UNTUK MEMBACA ALQURAN DAN RASA NIKMAT SEBENAR SUJUD KEPADA ALLAH DAN RINDU TERTINGGI KEPADA NABI MUHAMMAD SAW ... KENAPA SAMAKAN DENGAN AYAH PIN YG AJAR PENGIKUT DIA ANGKAT DIA JADI NABI?? FIKIR LAH

JaLiFaH BinTi MuHaMiN said...

Apapun ESQ menerapkan nilai pemikiran positif yang bermanfaat terhadap insan-insan yang mengikutinya. Semoga perkara yang baik terus diberi sokongan kerana banyak lagi benda lain yang harus difikir-fikirkan. ^_^

Taj said...
This comment has been removed by the author.
Taj said...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, ALhamdulillah...Allahuakbar!

Segala puji dan hidayah hanya milik Allah..melalui method ESQ, hidayahnya sampai kepada jutaan hamba Allah di luar sana yg sangat dahagakan cinta Allah di tengah2 kemelut budaya hedonisme yang melampau..ESQ hadir membawa nafas baru dalam dunia HR training and motivation sminar.. menganggungkan kembali Allah, Rasul-Nya dan Al Quran, petunjuk sepanjang zaman..

sungguh bukan mata yg buta, tapi hati di dalam dada..... teruslah mencari kebenaran dan cinta-Nya..daftar segera utk ESQ training, rasai sendiri..feel the experience..

semoga tercipta tamadun emas yang mengagungkan nilai2 ihsan, iman dan islam...lahirnya pemuda pemudi yang berjiwa kental seperti Musab Bin Umair...Bilal Bin Rabah..Ali Bin Abi Talib...

Bismillahi Allahuakbar!
go fight win!

The Watery said...

To: hensem guy

MAU DIBAWA KE MANA HENSEMMU?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

saya dr Srwk dan xp'nh lg mengikuti ESQ...sy pun mendgr je ttg ESQ ni.....setelah m'bca komen2 di atas, sy teruja untuk mengikuti ESQ....ada x sape2 yg ada contact number untuk program ESQ di Srwk???

satria165 said...

To masna'layercake,

Alhamdulillah...jika anda berminat dan terbuka hati untuk mengikuti training ESQ, cuba layari website ESQ MALAYSIA www.esq.com.my untuk mendapat lebih info.

sahabat_islah said...

Assalamualaikum.PAGI!"Wahai Alumni esq Islam,mengapa kamu semua memilih Islam?Bukankah kamu semua ingin syurga?marilah kita p'tahankn yg HAK.klu begitu mengapa tunggu lg?".. Alhamdulilah ini merupakn 1 cabaran bg kita alumni Esq 165 utk mmpertahankn dgn cara "ISTIQOMAH".pokoknya setiap pejuangan pasti ada tentangan antara kita mampu utk hadapi @ tidak.hakikatnya hari ini kita b'hadapan dgn mereka yg faham tentang Islam..bknnya golongan sekular ini merupakn 1 cabaran yg hebat & dugaan dari ALLAH SWT.tp yg mnyedihkan sy golongan ini sanggup mengeluarkn hukum spt SESAT?HARAM?YAHUDI? apa semua ini?cara mcm inilah membuatkan masyarakat pening&pemikiran mnjadi terencat akan b'lakunya berpuak2 kesannya ISLAM FOBIA?jik pihak Mufti Wilayah P'sekutuan tidak b'puas hati sekali pun marilah duduk bersama dgn pihak atasan ESQ..dan sy yaki pihak ESQ terbuka.dari pengalaman sy mngikuti program ESQ amat sesuai sbagai bahan mendidik anak2 bangsa krn ia bersesuai dgn peredaran zaman..pokoknya ISLAM yg disampaikn.cuma teknik kaedahnya berlainan.mungkin di m'sia ini ramai fahamannya berbeza stlh belajar di luar negara..tp bila pulang tanah air biar lah bersesuai sbb kita pun Ahli sunnah wal jamaah jgn syadid(keras@ekstrim) sangat..biar kene pd tmptnya.sy mengharapkan kita(alumni esq) bykkan berdoa yg merupakan senjata umat ISLAM agar dibukakkan hati mereka ini tidak perlu kita berbalah-balah siapa betul siapa salah,mudah2an kita dpt bersama..salah silap sy mohon maaf..yg baik dtgnya dari ALLAH SWT.

Unknown said...

hi masna'layercake...
kalau tak silap kat sarawak pun ada juga program esq. cuba buka laman web esq (www.esq.com.my) ada kot detail tentang diorang. kalau tak de call je office esq (03-77251651.
hope this will guide u. ok bye

FaRyhA AreNis said...
This comment has been removed by the author.
FaRyhA AreNis said...

As salam...
Saya sebagai Alumni ESQ, sedikitpun tidak ragu akan intipati kursus tersebut. Ini kerana, selepas mengikuti ESQ Training pada tahun 2007, dengan izin Allah ia telah merubah corak pemikiran saya. Subhanallah, diizinkan Allah melihat kebesaranNYA melalui alat-alat canggih masa kini. Selain itu juga, pengisian program ESQ terutamanya kisah tentang Rasulullah S.A.W benar-benar menusuk ke sanubari saya. Saya benar-benar sedar, kebebasan & kemuliaan yang saya dapatkan kini adalah hasil dari perjuangan serta pengorbangan Rasulullah & para sahabat Baginda.Dan saya rasa peserta-peserta ESQ yang lain diluar sana turut merasai hal ini. Malah, ada di antara masyarakat yang belum berkesempatan merasai perasaan ini turut ingin merasa. Namun, mengapa ISU FATWA menjadi penghalangnya?
Persoalan berkaitan ESQ ini benar-benar membuat masyarakat keliru. Saya secara peribadi ingin memohon kepada YBhg. Dato' Mufti Wilayah Persekutuan agar dapat sama-sama berbincang dengan pihak ESQ untuk kebaikan umat Islam terutamanya di Malaysia. Semoga kita semua terus dalam bimbingan Allah S.W.T
Wallahua'lam

Unknown said...

maaf ye sekadar nak bertanya kepada Tuan mufti wilayah,
kalau esq tu diharamkan, macam mana pula dengan orang-orang yang bekerja dalam esq tu ek?
adakah gaji yang diorang dapat tu pun haram?
saya pernah dengar ustaz cakap, daging yang terhasil dari rezeki yang haram akan dibakar dengan api neraka. kesian kat anak-anak dieorang semua.

Germ Maya said...

....sesungguhnya hidayah itu hanya daripada ALLAH. Beruntunglah mereka yang mendapat petunjuk dan hidayah daripada NYA...dan merugilah mereka yang menghindarinya.

Raja Along said...

ESQ Way 165 ,TRAINING Executive 57 SEMALAM (24.4.2011) menjadi saksi bersama alumni dan alam semesta raya bersama malaikat atas kehadiran 165 peserta dan yang paling bahagia, kemasukan pasangan beragama Kristian kepada Islam...Maha Benar ALLAH dengan segala firmannya...165 menjadi aspirasi spiritual untuk kebangkitan Ummat dan tamadun..

Raja Along said...

1-IHSAN
6-RUKUN IMAN
5-RUKUN ISLAM

Unknown said...

dari takut kepada allah mejadi cintakan allah dan rasulullah. esq berjaya membawa saya kesitu...

Raja Along said...

Alhamdulillah..ternyata BENAR ESQ "TIDAK SESAT"
esq bukanlah pemberi hidayah yg selalu diperkatakan oleh org negatif..TETAPI!esq adalah platform untuk mendekat dan mencintai ALLAH S.W.T dan RASULLAH S.A.W..takbir!!!

rozie said...

ESQ bukannya mengajar sesuatu yang baru.. tapi di sampaikan sesuai mengikut peredaran zaman. Umpamanya dahulu Al-quran di baca dalam bentuk kitab.. tapi sekarang dah ada bentuk CD, MP3 malah pen bertajwid pun ada. Haram ke kalau teknologi ini membantu serta memudahkan sesuatu proses? ESQ mmg membuka hati saya untuk mencari "Apa islam yang sebenarnya.." "Kenapa hari ini saya seorang islam" yang membuat saya mencari siapa diri saya ini sebenarnya. Kalau inilah yang di katakan sesat.. Apakah alternatif lain yang di sediakan sementara ini?

Taikun Muslim said...

sejak ada ESQ, kalau kita renung ade banyak tranformasi yang positif tejadi,ini adalah salah satu cara kita dapat membangun Malaysia tercinta, dalam menuju tamadun emas, tidak mungkin hanya ada satu cara,tapi kita perlukan berbagai strategi untuk berjaya. Penyatuan ukhwah dan berbagai lagi. tidak akan berubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka tidak mengubah jiwa mereka sendiri, ESQ165 berkongsi ilmu yang diajarkan oleh Rasullulah untuk kita berjaya dunia dan akhirat. apakah ini juga salah?

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...