Sunday, February 6, 2011

PPIM LANCAR SLOT RADIO KLINIK PENGGUNA UNTUK BANTU MASALAH PENGGUNA SECARA TERBAIK





6 Februari 2011 -Pelancaran Slot Klinik Pengguna di Radio 24 telah berlangsung di Sembang-Sembang Cafe, The Mall, Kuala Lumpur.
            Program tersebut akan mula ke udara di 93.9 Bernama, Radio 24 pada setiap Isnin Jam 1.00tgh dan akan diulang siaran pada hari Sabtu jam 1.00tgh bermula pada hari esok, 7 Februari 2011.
            Antara matlamat program ini adalah untuk menyelesaikan masalah pengguna secara terbaik dan agar ianya menjadi panduan dan peringatan kepada pengguna lain agar mereka juga tidak terlibat dalam masalah yang sama.
Dr Ma’amor Osman, Setiausaha Agung PPIM berkata, ia merupakan siaran radio yang akan menyampaikan aduan dan masalah yang dihadapi dalam kehidupan rakyat yang telah diadu ke PPIM tetapi tidak menemui  jalan penyelesaian dan sebagai jalan terakhir adalah dengan menyiarkan aduan tesebut secara terbuka dan melalui Klinik Pengguna tersebut, aduan dan masalah tersebut dibawa kepada Pejabat Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Ketua Setiausaha Negara, kementerian, jabatan, agensi kerajaan, GLC, badan swasta, atau mana-mana organisasi yang berkaitan permasalahan tersebut.
Pendekatan ini diambil oleh PPIM kerana masih terdapat berbagai masalah yang tidak dapat dirungkai dan diselesaikan di atas sebab-sebab kelemahan pentadbiran atau kepentingan seseorang. Jalan terbaik adalah dengan membawa aduan-aduan ini kepada umum secara terbuka bagi mendapatkan penyelesaian dan keadilan. Rakyat juga akan berperanan menjadi hakim dalam kes-kes yang diadu. Ini amatlah bersesuaian dengan tema dan hasrat Kerajaan, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Semua organisasi yang berkepentingan seperti pihak media, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Persatuan Bank-Bank, PBT, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain jabatan juga akan diminta untuk  mengikuti siaran ini untuk bersama membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.
Salurkan sebarang permasalahan anda ke hotline PPIM 0193591000 atau emel ke muslimconsumers@gmail.com atau datang ke sekretariat PPIM di 70x, Jalan Keramat Hujung, atau di kaunter aduan PPIM di Sembang Sembang Café, The Mall.

11 comments:

administrator said...

Syabas pada PPIM atas usaha yang proaktif ini! Semoga PPIM terus maju dan aktif dalam memperjuangkan hak pengguna khususnya dan ummah amnya.

Ada satu perkara yang saya fikir perlu diberikan perhatian. Meskipun ia seakan isu kecil, namun implikasi kewangannya (yakni bagi keseluruhan komuniti pengguna) adalah besar.

Ia juga menunjukkan betapa etika perniagaan yang baik masih tidak dihayati oleh ramai peniaga di Malaysia. Jadi, isu ini perlu ditangani kerana jika tidak, ia akan terus membawa kepada ketidakdilan pada pengguna, sama ada dalam isu ini atau lain-lain isu.

Isu yang saya maksudkan adalah minuman kurang manis. Ya, isu ini pernah dibangkitkan beberapa minggu yang lepas. Namun adakah ia sudah diselesaikan secara tuntas? Isu ini lebih ketara bagi pengusaha makanan, yang mana mereka mengenakan caj yang sama bagi minuman kurang manis.

Apa yang menghairankan adalah apabila harga gula naik, mereka cepat-cepat ingin menaikkan harga minuman, walaupun kenaikan yang mereka lakukan tidak setara dengan kenaikan sebenar gula (effective increase).

Sebaliknya, tatkala orang memesan minuman kurang manis (iaitu kurang gula digunakan), mereka tidak pula mengurangkan harga bagi minuman itu.

Jika kenaikan harga gula dijadikan alasan bagi menaikkan harga minuman, maka bukankah harga perlu diturunkan apabila pengguna memesan minuman kurang manis, yang mana kuantiti gula yang digunakan berkurangan?

Selain itu, isu ini tidak hanya terpakai bagi pengusaha makanan, tetapi juga para pengilang.

Terdapat syarikat yang kini mengeluarkan bahan makanan dengan mendakwa bahawa makanan yang mereka keluarkan adalah kurang manis.

Ini dilakukan bagi menarik pembelian daripada pengguna, yang mana pengguna kini lebih peka tentang keperluan menjaga kesihatan.

Persoalannya adalah adakah harga bahan makanan/minuman kurang manis ini lebih murah daripada bahan makanan/minuman yang menggunakan kuantiti gula yang normal?

Kita tidak mahu pihak-pihak tertentu memperalatkan keinginan pengguna bagi menjaga kesihatan dengan menjual produk yang didakwa selaras dengan kehendak pengguna, tetapi pada masa yang sama, tidak adil kepada pengguna dari segi harga yang ditawarkan.

Memanglah berniaga hendak untung, tetapi marilah kita sama-sama sentiasa mencapai situasi menang-menang.

Usahlah ingin mencapai margin keuntungan yang tinggi dengan cara menzalimi para pengguna.

Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Unknown said...

semoga usaha yang baik ini dapat membantu pengguna.....insyaAllah...

mutiara hati said...

alhamdulillah masih ada yang sudi mengetengahkan masaalah yang dihadapi oleh pengguna bagi mendapatkan respon secara langsung dari pihak yang berkaitan

hijau said...

dgn adanya klinik ini mslh pengadu dpt diselesaikan dgn lbh cpat dn effectve...

Unknown said...

memang bagus la klinik pengguna ni..dah dengar semalam..buat orang atasan dan pemimpin lebih peka dan cepat bertindak untuk menyelesaikan masalah rakyat..

Unknown said...

Kewujudan slot klinik pengguna ini merupakan alternatif kpd pengguna yg menghadapi sebarang mslh mengenai isu kepenggunaan, di harap usaha ini dpt membntu pengguna drpd penipuan dan sbg nya.....

staff said...

saya amat berterima kasih kepada PPIM dan Radio24 kerana sudi mengetengahkan segala permasalahan rakyat kita. Dengan adanya slot selama sejam ini, InsyaAllah sedikit sebanyak masalah akan dpat di selesaikan secara baik dengan kerjasama pihak2 terlibat jgk..

durar said...

Tahniah kpd semua pihak y terlibt dlm menjayakn slot radio klinik pengguna ini...

miss said...

tahniah PPIM..Selangkah lagi maju kehadapan...

miss said...

tahniah PPIM..Selangkah lagi maju kehadapan...

Unknown said...

syabas dah tahniah diucapkan kepada ppim dan radio 24 di atas usaha yang diberikan..

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...