Tuesday, February 8, 2011

MEDIA : PPIM Lancar Slot Klinik Aduan Pengguna Di Radio 24

06 Februari, 2011 16:43 PM

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Orang ramai kini mempunyai medium baru untuk mengutarakan masalah dan aduan kepenggunaan menerusi slot Klinik Pengguna anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada setiap Isnin di saluran 93.9 Radio 24 bermula Isnin.
Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'mor Osman berkata slot itu merupakan pendekatan terbaru PPIM dalam membantu pengguna mencari penyelesaian terhadap masalah yang menimpa mereka akibat kelemahan pentadbiran sesuatu agensi atau sengaja tidak diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Katanya slot berkenaan, yang disiarkan pada 1 petang menerusi talian 03-26927939, akan diulang siaran pada setiap Sabtu pada waktu sama sepanjang tahun ini.

"Pendekatan ini kita ambil setelah melihat keberkesanan PPIM dalam menyelesaikan pelbagai masalah kepenggunaan setelah 13 tahun ia ditubuhkan," katanya kepada pemberita pada sidang media pelancaran slot tersebut di sini Ahad.

Beliau berkata liputan meluas Radio 24 membolehkan masalah pengguna dapat didengari pihak terlibat dan ini secara tidak langsung akan menjadikan mereka lebih peka dan memberi kerjasama penuh dalam menyelesaikan masalah yang diadukan oleh pengguna.

Menerusi slot itu, setiap masalah pengguna akan dikumpulkan dan jika mempunyai asas dan bukti mencukupi, PPIM cuba menyelesaikannya dalam masa 45 hari.

"PPIM juga akan bertindak sebagai fasilitator di mana jika aduan tersebut memerlukan bantuan guaman, maka kami akan bantu pengguna tersebut dengan merujuk mereka kepada peguam," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=561780 

10 comments:

miss said...

tahniah PPIM..semoga kali ini kewujudan PPIM ini diketahui umum dan lebih meluas dalam membantu pengguna

Unknown said...

moga bertindak lebih cepat,pantas dan cekap dalam membantu menyelesaikan masalah pengguna.

Unknown said...

semoga usaha baik ini dirahmati oleh Allah.....

Unknown said...

tahniah..ni salah stu jln untuk pengguna boleh mendapat lebih info..smoga Allah ad bersama kita...

Unknown said...

terima ksih kpd radio 24 krn tlh bkrjsma dlm menjykan slot 'klinik penggna'...

mutiara hati said...

Tahniah pada pihak yang telah menjayakan slot ini... Semoga selepas ini segalah masaalah berkenaan kepenggunaan dapat dikurangkan...

Unknown said...

semoga usaha ini mendapat sambutan daripada orang ramai dan dapat memberi kesan yang terbaik kepada pengadu-pengadu dan pengguna seluruh Malaysia...

Unknown said...

semoga dengan adanya slot ini, masalah yg dihadapi rakyat akan dapat di selesaikan dgn baik.

bumi cantik said...

knp klinik ni xda dr dlu g?

Unknown said...

Syabas pada PPIM... teruskan usaha..

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...