Thursday, October 15, 2026

SYOR SEBAT, LUCUT HARTA PENJENAYAH PENIPUAN DALAM TALIAN PPIM - BERITA HARIAN - 13/10/2026

 

KUALA LUMPUR: Hukuman lebih berat termasuk sebatan, pelucutan harta dan tindakan mengikut Akta Langkah-Langkah Keselamatan Khas 2012 (SOSMA) perlu dipertimbang terhadap penjenayah penipuan dalam talian.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, berkata langkah itu bagi memastikan hukuman dikenakan setimpal dengan kerugian dialami mangsa.

"Ketika ini, hukuman dikenakan agak ringan iaitu denda RM3,000, sedangkan penipuan dilakukan membabitkan jutaan ringgit.

"Ribuan mangsa membuat aduan kepada PPIM dan ada yang mendakwa kerugian sehingga RM500,000 diperdaya sindiket penipuan dalam talian," katanya pada Bengkel Anti-Scam Internet Selamat (BASIS) Siri 1, di sini hari ini.

Menurutnya, cadangan hukuman itu perlu dibawa kepada penggubal undang-undang untuk diteliti bagi memperkukuh tindakan terhadap pelaku jenayah berkenaan.

Beliau berkata, ancaman jenayah penipuan dalam talian semakin membimbangkan apabila penjenayah menggunakan taktik penipuan dan helah psikologi yang dirancang untuk memperdaya mangsa.

"Mereka boleh menyasarkan sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau latar belakang. Anak saya turut menjadi mangsa penipuan sebelum pelaku berjaya dikesan dan ditangkap selepas usaha menjejakinya selama setahun empat bulan.

"Usaha mendidik masyarakat perlu dilakukan secara berterusan kerana penjenayah sentiasa mengubah taktik bagi memperdaya mangsa," katanya.

Nadzim berkata, bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa, PPIM menganjurkan bengkel berkenaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

Artikel oleh: Berita Harian

SYOR SEBAT, LUCUT HARTA PENJENAYAH PENIPUAN DALAM TALIAN PPIM

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/10/1667693/syor-sebat-lucut-harta-penjenayah-penipuan-dalam-talian-ppim

PPIM CADANG HUKUMAN LEBIH BERAT TERHADAP PENJENAYAH PENIPUAN DALAM TALIAN - HARIAN METRO - 13/10/2026

 

Kuala Lumpur: Hukuman lebih berat termasuk sebatan, pelucutan harta dan tindakan mengikut Akta Langkah-Langkah Keselamatan Khas 2012 (SOSMA) perlu dipertimbangkan terhadap penjenayah penipuan dalam talian.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu bagi memastikan hukuman dikenakan setimpal dengan kerugian dialami mangsa.

"Ketika ini, hukuman dikenakan agak ringan iaitu denda RM3,000, sedangkan penipuan dilakukan membabitkan jutaan ringgit.

"Ribuan mangsa membuat aduan kepada PPIM dan ada yang mendakwa mengalami kerugian sehingga RM500,000 akibat diperdaya sindiket penipuan dalam talian," katanya kepada media pada Bengkel Anti-Scam Internet Selamat (BASIS) Siri 1 di Dewan Serbaguna, Villa Puteri Condominium, di sini, hari ini.

Menurutnya, cadangan hukuman itu perlu dibawa kepada penggubal undang-undang untuk diteliti bagi memperkukuh tindakan terhadap pelaku jenayah berkenaan.

Beliau berkata, ancaman jenayah penipuan dalam talian semakin membimbangkan apabila penjenayah menggunakan taktik penipuan dan helah psikologi yang dirancang untuk memperdaya mangsa.

"Mereka boleh menyasarkan sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau latar belakang.

"Anak saya turut menjadi mangsa penipuan sebelum pelaku berjaya dikesan dan ditangkap selepas usaha menjejakinya selama setahun empat bulan.

"Usaha mendidik masyarakat perlu dilakukan secara berterusan kerana penjenayah sentiasa mengubah taktik bagi memperdaya mangsa," katanya.

Nadzim berkata, bagi mengelakkan lebih ramai masyarakat menjadi mangsa, PPIM menganjurkan bengkel berkenaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

Artikel oleh: Harian Metro

PPIM CADANG HUKUMAN LEBIH BERAT TERHADAP PENJENAYAH PENIPUAN DALAM TALIAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/10/1422523/ppim-cadang-hukuman-lebih-berat-terhadap-penjenayah-penipuan-dalam-talian

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YB DATUK SERI FAHMI FADZIL - PPIM - 14/10/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan perjumpaan bersama Menteri Komunikasi, YB Datuk Seri Fahmi Fadzil bagi membincangkan kesinambungan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman penipuan dalam talian (program anti-scam).

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada usaha meneruskan inisiatif kesedaran dan pencegahan scam demi melindungi masyarakat daripada menjadi mangsa penipuan.

BENGKEL ANTI-SCAM INTERNET SELAMAT (BASIS) SIRI 1 - PPIM - 13/10/2026

Sekitar Bengkel Anti-Scam Internet Selamat Siri 1 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang berlangsung di Dewan Serbaguna Villa Puteri Kondominium, Kuala Lumpur.

Bengkel ini disertai seramai 140 peserta yang terdiri daripada wakil agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), usahawan dan orang awam.

Wednesday, October 14, 2026

ANCAMAN SCAM DIGITAL SEMAKIN LICIK: BENGKEL ANTI-SCAM (BASIS) DIDIK MASYARAKAT SEDAR, SEMAK DAN BERTINDAK SEBELUM KENA - SIDANG MEDIA PPIM - 13/10/2026

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung ancaman jenayah penipuan dalam talian (scam) yang semakin berleluasa dan menggunakan taktik serta helah psikologi yang terancang untuk memperdaya mangsa.

PPIM menegaskan bahawa modus operandi penjenayah hari ini semakin kompleks sehingga sesiapa sahaja tanpa mengira umur, latar belakang pekerjaan mahupun tahap pendidikan berisiko tinggi untuk menjadi sasaran.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata, "Hari ini, penjenayah scam tidak lagi memilih mangsa. Mereka bijak memanfaatkan kemajuan teknologi dan memanipulasi emosi serta psikologi rakyat untuk mencuri wang simpanan yang dikumpul bertahun-tahun. Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh terperangkap sekiranya tidak mempunyai pengetahuan asas dan sifat waspada yang tinggi."

"Kita tidak boleh lagi mengamalkan sikap 'sudah hantuk baru ngadah'. Jangan tunggu wang simpanan lesap dalam sekelip mata baru kita mahu belajar mempertahankan diri. Prinsip kita cukup mudah – Sedar, Semak dan Bertindak Sebelum Kena."

"Justeru, ilmu pertahanan diri digital ini bukan sahaja penting untuk melindungi diri kita sendiri, tetapi amat krusial bagi menyelamatkan keluarga, rakan sekerja, dan komuniti di sekeliling kita daripada menjadi korban penipuan seterusnya."

Bagi mengelakkan lebih ramai rakyat menjadi mangsa, PPIM dengan kerjasama strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menganjurkan Bengkel Anti-Scam Internet Selamat (BASIS) Siri 1.

Bengkel ini dirangka khusus untuk memberikan pendedahan praktikal serta kemahiran penting kepada orang ramai, antaranya;

  • Mengenal Pasti Modus Operandi: Mempelajari taktik terkini dan helah psikologi yang digunakan oleh scammer.
  • Aplikasi Semakan Anti-Scam: Menggunakan platform dan aplikasi khas untuk membuat semakan nombor telefon atau akaun bank sebelum melakukan sebarang transaksi.
  • Langkah Pencegahan & Tindakan Pertolongan Cemas: Memahami tindakan pantas dan saluran betul yang wajib diambil sekiranya terperangkap atau menjadi mangsa penipuan.

PPIM menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk mengambil peluang hadir dan memenuhkan dada dengan ilmu perlindungan kewangan digital ini.

"SEDAR, SEMAK DAN BERTINDAK SEBELUM KENA."

SEDAR, SEMAK DAN BERTINDAK SEBELUM KENA! BENGKEL ANTI-SCAM INTERNET SELAMAT (BASIS) SIRI 1 - PPIM - 13/10/2026

Hari ini, scammer semakin bijak menggunakan teknologi dan helah psikologi untuk memperdaya kita. Sesiapa sahaja boleh menjadi sasaran tidak kira umur, pekerjaan atau tahap pendidikan.

Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menganjurkan Bengkel Anti-Scam Internet Selamat (BASIS) Siri 1.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya, YB Tuan Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Al-Hadad (Altimet).

Penganjuran bengkel ini merupakan kesinambungan daripada Program Kesedaran Nasional Anti-Scam pada 20 Ogos 2026 lalu yang telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, YB Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Bengkel ini bertujuan membantu masyarakat mengenal pasti scam, membuat semakan menggunakan aplikasi Anti-Scam, mengelakkan diri daripada terpedaya, serta mengetahui tindakan yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL