Wednesday, May 12, 2021

5656) PENIAGA WAJAR MARAH KERAJAAN EKORAN KEPUTUSAN TERGESA-GESA TUTUP BAZAR - NADZIM - MALAYSIA GAZETTE - 11/05/2021

 


KUALA LUMPUR – Kekesalan para peniaga di bazar Ramadan dan Aidilfitri yang diarahkan menutup perniagaan masing-masing ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) adalah sesuatu yang wajar diambil perhatian oleh kerajaan.

Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, sememangnya baik untuk para peniaga melahirkan rasa marah mereka kepada kerajaan kerana ia dibuat tanpa kajian dan tergesa-gesa.

“Mereka terpaksa pinjam duit malah gadai segala yang mereka ada dan bersedia untuk berniaga tetapi tiba-tiba tidak boleh berniaga pula.

“Saya rasa kita tidak boleh benarkan rakyat kita menghadapi kesukaran, ini boleh dielakkan. Kita harap kerajaan serius dan melihat sebelum ini perkara ini terjadi.

“Saya pohon kepada pihak berkuasa untuk mengkaji dan mungkin ada pendekatan lain sebab perintah kawalan ini sudah setahun dilaksanakan, saya yakin ada kaedah lain,” katanya pada sidang media hari ini.

Nadzim berkata demikan ketika ditanya mengenai video tular peniaga marah kepada kerajaan yang bertindak menutup bazar Ramadan dan Aidilfitri.

Video berdurasi 1 minit 51 saat itu rata-rata memaparkan seorang peniaga wanita di Lorong Tuanku Abdul Rahman berang dengan tindakan kerajaan yang bertindak memberikan arahan untuk menutup bazar Ramadan.

Dakwa mereka mengikut jadual serta apa yang dimaklumkan melalui notis dan media sebelum ini, bazar berkenaan hanya akan ditutup pada Isnin dan mereka tidak dibenarkan untuk berniaga pada Ahad.

Justeru itu, Nadzim menggesa kerajaan lebih prihatin kepada nasib peniaga-peniaga yang turut terkesan dengan penularan Covid-19.

Katanya, pihak berwajib perlu lebih peka dengan tekanan ekonomi yang menghimpit para peniaga kini.

“Saya menyeru mereka yang menguruskan segala SOP dan perintah kawalan ini supaya lebih prihatin dan tidak boleh buat undang-undang yang tidak berapa pasti lagi.

“Bila sesuatu terjadi, buat undang-undang lain. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ada perancangan, jadi kita kena keluar daripada kelemahan ini sebab dalam konteks barang-barang ini kita kesian dengan mereka yang mencari kehidupan untuk berniaga,” katanya lagi.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

PENIAGA WAJAR MARAH KERAJAAN EKORAN KEPUTUSAN TERGESA-GESA TUTUP BAZAR - NADZIM

https://malaysiagazette.com/2021/05/11/peniaga-wajar-marah-kerajaan-ekoran-keputusan-tergesa-gesa-tutup-bazar-nadzim/


5655) MGNEWS: JANGAN BENARKAN RAKYAT MELALUI KESUKARAN - NADZIM JOHAN - MALAYSIA GAZETTE TV - 11/05/2021

 


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan bercakap pada media di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur.



Artikel oleh: Malaysia Gazette TV

MGNEWS: JANGAN BENARKAN RAKYAT MELALUI KESUKARAN - NADZIM JOHAN

5654) BOIKOT PRODUK ISRAEL - PPIM - BERITA ALHIJRAH - 11/05/2021

 


Sumber: Berita Alhijrah

BOIKOT PRODUK ISRAEL - PPIM 

https://fb.watch/5r3XUEWN-k/

5653) KRISIS PALESTIN-ISRAEL, PBB PERLU HANTAR PASUKAN PENJAGA AMBIL ALIH WILAYAH - GETARAN - 11/05/2021

 


KUALA LUMPUR - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) didesak menghantar Pasukan Penjaga Pendamai dari negara berkecuali untuk mengambil alih semua wilayah Palestin yang diduduki secara haram oleh Israel.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), berkata, PBB perlu bertindak segera susulan kemaraan terbaru tentera Zionis yang membantai rakyat Palestin tanpa belas kasihan.

Katanya, rakyat Palestin sudah lama menderita malah setiap tahun dunia disajikan dengan kisah serangan rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan itu.

“Baitulmuqaddis Timur terletaknya Masjid Al-Aqsa iaitu masjid ketiga paling suci bagi umat Islam dan ia diduduki secara haram oleh Israel sejak Perang Enam Hari 1967.

“Masyarakat antarabangsa menerima bahawa Baitulmaqdis Timur, yang merupakan sebahagian dari Wilayah Palestin dijajahi secara haram sedangkan ia adalah milik rakyat Palestin," kata persatuan itu.

Rejim Zionis jelas PPIM, tidak mempunyai hak untuk merampas tanah milik Palestin yang sedia ditindas.

"Ini adalah pencerobohan paling ketara terhadap rakyat Palestin. Ia mesti dihentikan,” kata PPIM lagi.

PPIM berkata, Pemerhati Hak Asasi Manusia pada April lalu menerbitkan laporan terperinci yang menuduh Israel melaksanakan pembasmian kaum.

“Serangan terbaru terhadap penduduk Palestin yang sedang bersolat di Masjid Al-Aqsa dipacu oleh peneroka Zionis berhampiran masjid ini.

“Warga Palestin di kawasan kejiranan berhak memberontak terhadap rampasan tanah haram atau rompakan siang hari ini dan mereka wajar untuk melawan penindasan serta pencerobohan ini sebagai pertahanan diri terhadap perampas tanah Zionis yang disokong oleh tentera Israel,” katanya. - Getaran, 11 Mei 2021


Artikel oleh: Getaran

KRISIS PALESTIN-ISRAEL, PBB PERLU HANTAR PASUKAN PENJAGA AMBIL ALIH WILAYAH

https://www.getaran.my/artikel/semasa/4594/krisis-palestin-israel-pbb-perlu-hantar-pasukan-penjaga-ambil-alih-wilayah

5652) BERSATU UNTUK MEMBELA HAK DAN KEBENARAN - SUMBERKINI - 11/05/2021

 


PPIM akan keluarkan senarai barangan berkepentingan Zionis Israel untuk diboikot sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin. Wartawan & Visual Editor: Faridah Amiratul | Jurukamera: Radzi Hashim


Artikel oleh: Sumberkini

BERSATU UNTUK MEMBELA HAK DAN KEBENARAN

https://www.youtube.com/watch?v=jHCXjW-KupU

5651) MALAYSIA KENA LEBIH KUAT BERSUARA KUTUK SERANGAN ISRAEL - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 11/05/2021

 



5650) MGNEWS: ISU PALESTIN...ZAMAN MAHATHIR ADA JUGA SUARA - MHO - MALAYSIA GAZETTE TV - 11/05/2021

 


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO), Dr. Noorazman Mohd Samsuddin bercakap pada sidang media mengutuk serangan zionis Israel terhadap Palestin di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur.

#malaysiagazette #mgtv


Artikel oleh: Malaysia Gazette TV

MGNEWS: ISU PALESTIN...ZAMAN MAHATHIR ADA JUGA SUARA - MHO

https://www.youtube.com/watch?v=OzulS7KGuYI

5649) TVPPIM | PPIM CADANG BOIKOT 2 PRODUK KELUARAN ISRAEL TANDA PROTES - TVPPIM - 12/05/2021

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM merancang untuk memboikot satu atau dua jenis produk berkaitan Israel.... Sebagai tanda tanda protes rakyat Malaysia terhadap serangan regim Zionis ke atas Palestin hingga mengakibatkan ratusan rakyatnya terkorban.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata langkah untuk memboikot barangan keluaran rejim zionis itu perlu berterusan...

Bukan hanya semasa berlaku peperangan semata-mata.

Ekoran keupayaan masyarakat untuk menyekat pembelian produk Yahudi juga dilihat sukar, pihaknya hanya memfokuskan pada 2 atau 3 jenis produk.

Ini bagi memastikan tindakan itu lebih efektif.

Tambah nya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga harus bersatu dan memastikan langkah boikot dilakukan selepas mengkaji latar belakang produk berkenaan.

Jumaat lalu, tentera penjajah Israel menyerang rakyat Palestin dan jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa.

Tindakan tidak berkeperikemanusiaan itu mengguris perasaan umat Islam seluruh dunia.

PPIM juga menyeru seluruh umat Islam memanjatkan doa serta bermunajat kepada Allah SWT untuk keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di sana dan bersama-sama meneruskan bantahan sebagai solidariti bersama saudara kita di bumi Palestin.


Artikel oleh: TVPPIM

TVPPIM | PPIM CADANG BOIKOT 2 PRODUK KELUARAN ISRAEL TANDA PROTES

https://www.youtube.com/watch?v=dzPjgWROuzY

5648) MGTV LIVE : PPIM KECAM SEKERASNYA TINDAKAN TENTERA ZIONIS - MALAYSIA GAZETTE TV - 11/05/2020

 


Sidang Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkenaan serangan tentera Israel terhadap rakyat Palestin di bulan Ramadan.


Sumber: Malaysia Gazette TV


Tuesday, May 11, 2021

5647) BIADAP! TERAWIH BERDARAH DI MASJID AL-AQSA | PPIM, SEMBOYAN, PEMBELA - BROLAH TV - 11/05/2021

 

Biadab! Terawih Berdarah Di Masjid Al-Aqsa | PPIM, SEMBOYAN, PEMBELA dan Pelbagai NGO

PPIM mengutuk sekeras-kerasnya kebiadapan serta perbuatan zalim Zionis Israel yang telah menyerang saudara sesama Islam kita semasa sedang menjalani ibadah tarawih di Masjid Al-Aqsa, Palestin baru-baru ini.


Sumber: BroLah TV

BIADAP! TERAWIH BERDARAH DI MASJID AL-AQSA | PPIM, SEMBOYAN, PEMBELA

https://www.youtube.com/watch?v=p-dUgB0kWzk

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL