Persidangan Meja Bulat Pemimpin Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya.
Friday, December 13, 2024
Wednesday, December 11, 2024
TAKLIMAT KEMPEN 1RAPI & SEMINAR PENCEGAHAN KEBAKARAN - PPIM - 11/12/2024
Taklimat Kempen 1RAPI & Seminar Pencegahan Kebakaran anjuran Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur.
Taklimat disampaikan oleh Encik Muhammad Faries 'Abidi Abdul Talib.
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan tentang langkah-langkah pencegahan kebakaran yang perlu diambil, cara menggunakan alat pemadam api dengan betul dan bagaimana memilih alat pemadam api yang sesuai.
Tuesday, December 10, 2024
MAJLIS SERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN PINDAAN AKTA 342 KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG - PPIM - 12/10/2024
Telah berlangsung, Majlis Serahan Memorandum Bantahan Pindaan Akta 342 Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di hadapan Istana Negara.
Memorandum ini mewakili suara rakyat yang prihatin terhadap implikasi pindaan yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat & Dewan Negara terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat Malaysia.
AKTIVITI | MAJLIS PELANCARAN BUKU COFFEE TABLE POLIS DIRAJA MALAYSIA - PPIM - 12/10/2024
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Pelancaran Buku Coffee Table Polis Diraja Malaysia di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur.
Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan buku tersebut yang berjudul ‘PDRM: Sejarah Penubuhan, Pengorbanan dan Kejayaan dalam Mengekalkan Keamanan Negara’.
Monday, December 9, 2024
SUNTIKAN VAKSIN MINTA KKM KAJI SEMULA ...TOQQI - METRONEWS KL - 07/12/2024
Sumber: Metronews KL
SUNTIKAN VAKSIN MINTA KKM KAJI SEMULA …TOQQI
Saturday, December 7, 2024
ANUGERAH KREDIT MADANI: MEMUPUK HUTANG TIDAK SIHAT DI KALANGAN MASYARAKAT? - AATV NEWS - 25/11/2024
KUALA LUMPUR, 22 November 2024 – Anugerah Kredit Madani, yang dijalankan baru-baru ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dari kalangan aktivis dan masyarakat. Datuk Nadzim Johan, Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), menyuarakan kebimbangannya bahawa anugerah ini secara tidak langsung mengagungkan penghutang seperti Ah Long, yang boleh mendorong masyarakat untuk terjerumus ke dalam pinjaman yang tidak sihat.
Satu kebimbangan utama yang diutarakan oleh Datuk Nadzim adalah masalah kadar faedah yang dikenakan oleh Ah Long. Beliau menegaskan bahawa kadar faedah yang sering kali melebihi had yang dibenarkan oleh pihak berkuasa menyebabkan pengguna tertekan dan terjebak dalam lingkaran hutang yang sukar untuk dilunaskan. Kadar faedah yang tinggi ini bukan sahaja membebankan pengguna, malah menjejaskan kestabilan kewangan keluarga mereka.
Selain itu, kekurangan kaedah penyelesaian juga menjadi isu yang mendesak. Pengguna yang menghadapi masalah kewangan sering kali mendapati diri mereka tidak mempunyai banyak pilihan untuk menyelesaikan hutang mereka. Akibatnya, mereka terpaksa menerima terma-terma yang tidak adil dan memaksa diri mereka untuk terus terperangkap dalam hutang yang tidak mampan. Kekurangan alternatif penyelesaian ini menunjukkan kelemahan sistem kewangan yang perlu ditangani dengan segera, katanya dalam satu wawancara bersama AATV disini hari ini.
Datuk Nadzim juga menyoroti peningkatan penipuan dan ketidakadilan dalam industri pinjaman. Terdapat banyak laporan mengenai penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, menyebabkan pengguna merasa tertipu dan tidak berdaya. Fenomena ini bukan sahaja merosakkan reputasi industri pinjaman, malah menimbulkan rasa tidak aman dalam kalangan pengguna yang memerlukan bantuan kewangan.
Pentingnya penguatkuasaan yang lebih ketat turut ditekankan oleh Datuk Nadzim. Beliau menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang mengenakan caj berlebihan dan tidak adil. Penguatkuasaan yang lebih kukuh akan membantu mengawal selia industri pinjaman dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam konteks ini, kesedaran dan tindakan pengguna juga memainkan peranan penting. Datuk Nadzim menyeru pengguna untuk bersatu dan membawa aduan mereka kepada pihak berkuasa. Dengan adanya suara yang kuat dari pengguna, diharapkan pihak berkuasa akan lebih peka dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani isu-isu yang timbul dalam industri pinjaman.
Selain itu, pendidikan kewangan juga perlu ditingkatkan untuk membantu masyarakat memahami risiko berhutang dan cara pengurusan kewangan yang sihat. Dengan pengetahuan yang mencukupi, pengguna dapat membuat keputusan yang lebih bijak dan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam hutang yang tidak perlu.
Datuk Nadzim Johan menegaskan bahawa perubahan dalam industri pinjaman memerlukan usaha bersama dari semua pihak. Pihak berkuasa, pengeluar pinjaman, dan pengguna perlu bekerjasama untuk mencipta ekosistem kewangan yang adil dan mampan. Hanya dengan pendekatan yang komprehensif, masalah hutang tidak sihat dapat diatasi dan kesejahteraan kewangan masyarakat dapat dipertingkatkan.
Artikel oleh: AATV News
ANUGERAH KREDIT MADANI: MEMUPUK HUTANG TIDAK SIHAT DI KALANGAN MASYARAKAT?
PEMBAYARAN TANPA TUNAI: ADAKAH PENGGUNA DIPERGUNAKAN DEMI DIGITALISASI? - AATV NEWS - 22/11/2024
KUALA LUMPUR, 22 November 2024 – Datuk Nadzim Johan, Aktivis dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan aduan mengenai kesukaran melaksanakan transaksi tanpa tunai. Menurut beliau, isu ini bukan sekadar gangguan kecil tetapi mencetuskan ketidakpuasan hati yang meluas di kalangan pengguna.
“Pembayaran tunai masih sah di sisi undang-undang sebagai ‘legal tender.’ Perniagaan tidak seharusnya menolak pembayaran tunai kerana ia menafikan hak pengguna,” tegas Datuk Nadzim. Beliau menjelaskan bahawa dasar pembayaran yang terlalu tertumpu kepada kaedah digital mencipta jurang akses bagi segmen tertentu masyarakat, terutamanya warga emas, golongan kurang berkemampuan, dan mereka yang kurang celik teknologi.
Kesan dasar ini sangat dirasai oleh pengguna yang bergantung kepada tunai untuk urusan harian. Banyak rungutan diterima oleh PPIM tentang ketidakupayaan pengguna untuk membeli barangan asas di kedai-kedai yang hanya menerima pembayaran tanpa tunai. “Keadaan ini sangat mengecewakan, terutama apabila tunai adalah satu-satunya pilihan mereka,” katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa tidak semua rakyat Malaysia memiliki kemudahan untuk menggunakan kaedah pembayaran digital seperti e-dompet atau kad debit. Liputan internet yang tidak konsisten, kos peranti pintar, dan tahap literasi digital yang rendah menjadi penghalang utama kepada pelaksanaan pembayaran tanpa tunai secara menyeluruh.
Sebagai institusi yang bertanggungjawab terhadap dasar kewangan negara, Datuk Nadzim menyeru Bank Negara Malaysia (BNM) agar mengambil langkah proaktif dalam menangani isu ini. Beliau mencadangkan agar garis panduan lebih tegas dikeluarkan bagi memastikan perniagaan wajib menerima pembayaran tunai.
“Kita perlukan sistem pembayaran yang fleksibel, yang memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih kaedah pembayaran mereka tanpa diskriminasi,” tambah beliau. Menurutnya, penyesuaian ini penting bagi memastikan keseimbangan antara inovasi teknologi dan keperluan rakyat.
Selain itu, kekeliruan dalam pelaksanaan sistem pembayaran turut menjadi isu utama. Sesetengah peniaga, seperti operator pasar malam dan kedai runcit kecil, enggan menerima tunai kerana terpengaruh dengan naratif bahawa pembayaran tanpa tunai lebih “moden” atau wajib digunakan. Datuk Nadzim mengingatkan bahawa sikap sedemikian bukan sahaja bercanggah dengan undang-undang tetapi juga merugikan perniagaan mereka sendiri.
“Banyak peniaga kecil tidak memahami hakikat bahawa mereka diwajibkan menerima tunai sebagai alat pembayaran sah. Kesedaran ini perlu ditingkatkan agar isu pertikaian pembayaran ini tidak berlarutan,” jelas beliau.
Isu ini, menurut Datuk Nadzim, adalah mengenai hak pengguna untuk memilih. Dalam sebuah negara yang sedang giat menuju digitalisasi, keperluan untuk melindungi hak rakyat dalam penggunaan tunai tidak boleh diabaikan. “Digitalisasi seharusnya inklusif, bukannya eksklusif. Jika ia menyebabkan golongan tertentu tertinggal, maka dasar itu perlu dikaji semula,” katanya.
Datuk Nadzim menyeru pihak kerajaan, Bank Negara, dan peniaga untuk segera mengambil langkah-langkah pembetulan. Sebagai aktivis pengguna, beliau berharap agar isu ini diberi perhatian segera bagi memastikan keseimbangan antara inovasi digital dan perlindungan hak rakyat.
“Jangan biarkan sistem pembayaran yang kita banggakan ini menjadi beban kepada rakyat. Semua pihak harus bertanggungjawab,” tegasnya.
Artikel oleh: AATV News
PEMBAYARAN TANPA TUNAI: ADAKAH PENGGUNA DIPERGUNAKAN DEMI DIGITALISASI?
Friday, December 6, 2024
COVID-19 SATU PENIPUAN? - SIDANG MEDIA PPIM - 06/12/2024
Dapatan terbaru bahawa pandemik COVID-19 merupakan satu penipuan global.
COVID-19 & Vaksin COVID-19 tidak berasaskan sains.
Satu dokumen Rasmi Final Report mengenai Pandemik Covid-19 oleh U.S. House of Representatives telah dikemukakan dan turut didedahkan bukti-bukti serta analisis naratif semasa mengenai pandemik palsu.
Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan bagi membongkar dan memberi pencerahan kepada masyarakat umum tentang isu ini.
Thursday, December 5, 2024
MHI (5 DEC 2024): SANTAN KELAPA NAIK HARGA - TV3MALAYSIA - 05/12/2024
Topik: Santan Kelapa Naik Harga Harga sebiji kelapa kini amat mahal manakala untung kami perolehi amat sedikit.
Namun pengguna tetap beli santan sebab ia keperluan
#MalaysiaHariIni #MHI2024 #MalaysiaHariIni2024
Sumber: TV3Malaysia
MHI (5 DEC 2024): SANTAN KELAPA NAIK HARGA
Monday, December 2, 2024
PPIM KEMUKA SYOR LINDUNGI PENGGUNA - SINAR AHAD - 01/12/2024
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengemukakan beberapa cadangan penting untuk dipertimbangkan termasuklah menyarankan bank membuat semakan dengan pihak kedua bagi memastikan hak pengguna lebih dilindungi dari penipuan kewangan atau scammer.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, terlalu mudah scammer mengambil kesempatan ke atas pengguna khususnya warga emas melalui penipuan dalam talian hingga ada individu mengalami kerugian mencecah RM70,000 hanya dalam tempoh beberapa minit.
Menurutnya, antara saranan PPIM, bank dicadangkan memeriksa kesahihan dengan pihak kedua, misalnya dari anak pendeposit sebelum membenarkan sebarang transaksi wang.
“Jadi, sepatutnya (bank) kena ada syarat apabila hendak mengeluarkan wang secara tunai di bank (dan sebagainya), maka hubungi (pihak kedua) untuk sahkan betul ataupun tidak.
“Bagaimanapun, (ketika) ini tiada panggilan mengesahkan (dengan) orang kedua apabila (terdapat pengeluaran) jumlah (wang) tertentu. Jadi, ini dilihat sebagai tanggungjawab bank dan mungkin kena ambil insurans juga,” katanya kepada Sinar Ahad.
Nadzim memaklumkan, ada juga kes penipuan kewangan berlaku melibatkan nilai kerugian jutaan ringgit tanpa perlu berjumpa dengan pendeposit.
Disebabkan itu, Nadzim mencadangkan, bank menetapkan tempoh masa tertentu untuk sesuatu proses permohonan pengeluaran wang terutamanya melibatkan jumlah yang banyak.
“Bank perlu ada (tempoh masa) kerana ada (kes) penipuan yang (scammer) suruh pengguna buat (transaksi wang) serta-merta.
“Apabila kena buat serta-merta, orang tua ini (berasa) takut (dan) terus pergi membuat transaksi. Jadi, perlu ada tempoh masa sejam atau sebagainya, tidak boleh terlalu segera,” ujar Nadzim.
Beliau berkata, ketetapan itu membolehkan pendeposit membuat semakan dengan anak, pejabat atau mana-mana pihak berkaitan terlebih dahulu.
“Ketetapan ini bank yang kena buat sebab tugas mereka menjaga wang (pendeposit),” katanya.
Menurut Nadzim, pihak bank perlu memperkukuh lagi prosedur operasi standard (SOP walaupun wang dalam bank adalah milik pendeposit
Tambahnya, bank juga perlu memastikan SOP transaksi kewangan yang ingin dilaksanakan itu masuk akal.
Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pula disarankan mengetatkan lagi syarat kepada syarikat telco supaya bertanggungjawab mendaftar talian mengikut prosedur yang betul, dan bukan hanya setakat data.
Nadzim berpandangan, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing supaya hak pengguna yang ditipu lebih dilindungi.
Pada masa sama katanya, pihak bank perlu memberikan pendidikan secara berterusan kepada pengguna supaya mereka tidak mudah dijerat oleh scammer.
Dalam pada itu Nadzim memaklumkan, pihaknya sentiasa menerima laporan berkaitan penipuan yang melibatkan pelbagai kes khususnya kewangan.
Artikel oleh: Sinar Ahad
PPIM KEMUKA SYOR LINDUNGI PENGGUNA - SINAR AHAD - 01/12/2024
https://www.sinarharian.com.my/article/699692/berita/laporan-khas/ppim-kemuka-syor-lindungi-pengguna
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(291)
-
▼
July
(33)
- AKTIVITI | PPIM ADAKAN PERJUMPAAN BERSAMA PRESMA -...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TNB - PPIM - 29...
- AKTIVITI | PPIM ATUR PERTEMUAN MPP UiTM CAWANGAN S...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-62: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN PONDOK POLIS TRX - PPI...
- AKTIVITI | SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN PERTANIAN D...
- AKTIVITI | MESYUARAT SEKRETARIAT PROGRAM ANTI-SCAM...
- AKTIVITI | MAJLIS MEEM KENDURIAN - PPIM - 18/07/2026
- AKTIVITI | SESI PERKONGSIAN ILMU METAFIK DAN RAWAT...
- AKTIVITI | KURSUS SUKARELAWAN TASKFORCE GABUNGAN N...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-61: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- YB TEMERLOH & PROF RIDHUAN TEE: KENAPA SEKOLAH WAW...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN TOQQI BERSAMA DATUK SERI TAZ...
- PPIM TERIMA SUMBANGAN BUKU “THE SILENT ROAR: A COV...
- AKTIVITI | MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA PEMBUKAAN KED...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA KUALA LUMPU...
- PODCAST PPIM | ISU-ISU RAKYAT YANG PERLU TINDAKAN ...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA ...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA TUAN JOHARI SKIM GRE...
- AKTIVITI | PERBINCANGAN STRATEGIK PPIM BERSAMA JAB...
- AKTIVITI | PERTEMUAN BERSAMA DATUK SERI JOHARI ABD...
- PELBAGAI PIHAK DIGESA BANTU DUA BERADIK PENIAGA CE...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA DUA BERADIK PENIAGA ...
- AKTIVITI | SIDANG MEJA BULAT NGO GERAK MERDEKA - P...
- BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TA...
- BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TA...
- BUDI DIESEL BERHARGA RM2.10 SELITER KURANGKAN KETI...
- BUDI DIESEL MINIMUMKAN KETIRISAN, PASTIKAN AGIHAN ...
- KAJI SEMULA PENDEKATAN TANGANI JENAYAH ELAK HUKUMA...
- TERTIPU URUSAN JUAL BELI TANAH, MERANA TANGGUNG RU...
- MANGSA PENIPUAN HARTANAH TUNTUT KEADILAN - UTUSAN ...
- ISU KELDAI AKAUN: PPIM GESA KAJI SEMULA PENDEKATAN...
- CUKUP-CUKUP MEMANGSAKAN MANGSA!!! RAKYAT KECEWA ME...
-
▼
July
(33)
.jpeg)

.jpeg)






.jpeg)





.jpeg)








.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)









