Perjumpaan diantara Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Toqqi, bersama Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Shaari Osman.
Tuesday, February 27, 2018
4382) TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA KETUA AKTIVIS PPIM MEMBINCANGKAN TOPIK "RAGAM PENYEWA RUMAH" - TV1 - 27/2/18
Ragam Penyewa Rumah
Siaran langsung temubual eksklusif bersama Ketua Aktivis PPIM, Toqqi membincangkan tajuk “Ragam Penyewa Rumah” di Rancangan Selamat Pagi Malaysia @ TV1 dalam segmen Kopi Panas.
4381) ANAK ‘TAN SRI’ JUAL TIKET PENERBANGAN MURAH – SIDANG MEDIA PPIM – 27/2/18
Biro Pembangunan Sosial Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima aduan mengenai sindiket menipu jualan tiket penerbangan murah oleh seorang wanita yang mengaku sebagai anak seorang ‘Tan Sri’.
Susulan itu pihak kami telah menjalankan siasatan dan mendapati wanita ini aktif memperdaya individu yang mencari pendapatan sampingan melalui penjualan tiket penerbangan murah.
Modus Operandi wanita yang dipercayai menjadi dalang penipuan ini adalah dengan cara melantik ejen-ejen penjualan tiket dan menjanjikan serta mengeluarkan tiket penerbangan palsu yang tidak wujud kepada pelanggan.
Oleh kerana kebiasaan proses pembelian tiket mengambil masa yang lama, contohnya pelanggan akan berurusan dengan ejen dilantik untuk menempah penerbangan enam bulan (6) lebih awal dari tarikh penerbangan, penipuan tidak dikesan pada awal perniagaan.
Namun begitu dalam masa yang singkat, wanita yang kami percayai terlibat secara langsung ini telah berjaya menipu ramai ejen dan seramai 11 orang telah tampil membuat laporan kepada pihak PPIM melibatkan jumlah kerugian hampir RM3.5 juta.
PPIM percaya ramai lagi yang terlibat termasuk anak kepada seorang peguam yang dikatakan mewakili wanita ini sebagai anak guam.
Setakat ini pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan terhadap ejen yang dilantik wanita ini namun sehingga kini wanita terbabit masih bebas menipu dan terkini, wanita terbabit sedang menjalankan sebuah perniagaan atas talian ‘online’ menjual produk kosmetik.
Difahamkan wanita yang juga pelajar perubatan tahun pertama disebuah institusi pengajian tinggi swasta ini juga cuba menipu rakan sekelas dengan menawarkan khidmat mendapatkan pinjaman dan biasiswa pelajaran oleh sebuah agensi kerajaan. Kes ini telah dimaklumkan kepada pengurusan institusi pengajian tinggi tersebut serta agensi kerajaan terbabit. Kes difahamkan dalam siasatan pihak berwajib.
Dalam kes itu seramai 30 orang pelajar telah menyerahkan maklumat peribadi mereka bagi tujuan tersebut. Selain itu, wanita ini turut memperdaya mangsa dengan mengakui dirinya sebagai anak tetamu kehormat ‘VIP’ berpangkat ‘Tan Sri’.
Kami menyeru pihak berwajib terutama pihak PDRM supaya menyiasat kes ini secara menyeluruh dan teliti kerana ia melibatkan kepentingan awam dan nama baik pelancongan Malaysia. Malahan, lebih 11 laporan polis telah dibuat keatas wanita ini namun tiada sebarang tangkapan terhadapnya.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, menegaskan bahawa pihak PPIM mahu tindakan yang adil terhadap semua yang terlibat bukan hanya keatas ejen yang dilantik oleh wanita ini.
“Kita tidak menyatakan polis tak buat kerja, mereka telah siasat ejen-ejen dan ramai yang telah direman dan didakwa, tapi yang kami mahu tahu apa tindakan mereka terhadap dalang ini?” Katanya di sidang media PPIM disini hari ini.
Selain itu Nadzim turut mempersoal tindakan wanita itu yang terus mencabar undangundang negara dengan menawarkan pinjaman pelajaran kepada pelajar perubatan .
Selain itu Nadzim turut mempersoal tindakan wanita itu yang terus mencabar undangundang negara dengan menawarkan pinjaman pelajaran kepada pelajar perubatan .
“Adakah kerana dia mengaku sebagai anak ‘Tan Sri’ dia kebal dan bebas melakukan jenayah dan membiarkan ejen yang dilantiknya sebagai kambing hitam, adakah perundangan negara kita begitu lemah sehingga perkara ini dibiarkan berterusan?”
Di sidang media hari ini seramai 11 pengadu yang merupakan ejen yang dilantik telah hadir memberi keterangan dan bukti-bukti. Kini PPIM mahu jawapan pihak berwajib apakah tindakan yang bakal dikenakan.
Monday, February 26, 2018
4380) CARI FORMULA TERBAIK MANSUH TOL – UTUSAN MALAYSIA – 26/2/18
KUALA LUMPUR 24 Feb. – Kerajaan diharap dapat mencari formula terbaik dan berkesan bagi memastikan pemansuhan lebih banyak tol di jalan-jalan di negara ini menjadi kenyataan pada masa hadapan.

Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, apa sahaja langkah yang dapat meringankan kos sara hidup sudah tentu akan disambut baik oleh golongan pengguna.
“Sistem tol di banyak jalan raya dan lebuh raya terutamanya di Lembah Klang memang membebankan pengguna jadi harapan pastinya menggunung untuk melihat pemansuhan tol ini menjadi realiti pada masa hadapan.
“Namun begitu, kerajaan haruslah mencari formula berkesan dan mengkaji secara teliti supaya pemansuhan lebih banyak tol ini kelak tidak pula membebankan rakyat dalam aspek yang lain,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin yang memberi gambaran kerajaan pimpinannya bersedia untuk memansuhkan tol di jalan-jalan di negara ini pada masa depan.
Perdana Menteri secara peribadi mengakui bahawa beliau sendiri tidak suka kepada sistem bertol dengan menyifatkannya sebagai ‘menyakitkan hati’ dan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.
Dalam pada itu, tambah Nadzim, hasrat untuk memansuhkan tol di jalan-jalan di negara ini kelak perlu dilihat di dalam skop yang lebih meluas dan diharap dapat turut mengurangkan dari segi kos aspek berkaitan yang lain.
“Jika tol dimansuhkan, saya harap kos pengangkutan juga akan menjadi lebih murah. Tidak akan lagi kedengaran selepas ini peniaga-peniaga menaikkan harga barang dan makanan secara sesuka hati dengan alasan perlu menampung kos tol di jalan raya dan lebuh raya yang meningkat,” katanya.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkata, di peringkat awal, penyediaan jalan-jalan dan lebuh raya bertol adalah bertujuan menjadi laluan alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan kemudahan yang lebih selesa dan pantas ke tempat yang dituju.
“Namun hari ini, hasrat tersebut dilihat sudah tidak lagi berkesan memandangkan kebanyakan jalan raya dan lebuh raya bertol juga sesak dengan kenderaan dan tidak lagi memberikan keselesaan kepada penggunanya.
“Pemansuhan lebih banyak tol kami sambut baik kerana sudah tentu manfaat dalam mengurangkan beban dapat diterima secara terus oleh pengguna.
Namun daripada satu sudut lain, saya mengharapkan kerajaan untuk meneliti sebaiknya cadangan tersebut kerana di beberapa kawasan, lebuh raya bertol masih lagi diperlukan sebagai laluan alternatif,” katanya.
Artikel Oleh : Utusan Malaysia
CARI FORMULA TERBAIK MANSUH TOL
4379) KURSUS MUTAWWIF, MUTAWWIFAH – UPSI – 25/2/16
Mutawif berasal daripada perkataan thawaf. Mereka adalah orang penting yang mengajar dan membantu jemaah Malaysia sepanjang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Mekah.
Seramai 66 mahasiswa yang baru tamat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah menamatkan kursus mutawwif dan mutawwifah profesional anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), UPSI dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang berlangsung di Pusat Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada hari Ahad, 25 Februari.
Antara ahli panel yang turut sama hadir ialah Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran, Panel Penasihat PPIM, Dr. Abdul Kadir, Penasihat Media PPIM, Tuan Asmawi, Ketua Biro Pembangunan Sahsiah PPIM, Abdul Halim Ikhsan, dan Selebriti Manhaj Mutawwif Sdn Bhd, Shuib Sepahtu.
Setiap peserta menerima Sijil Profesional Mutawwif dan Mutawwifah yang disahkan oleh PPIM sendiri bagi membolehkan mahasiswa menjadi mutawwif secara profesional, disamping, menjalani praktikal di Manhaj Mutawwif Sdn Bhd dan beberapa agensi yang akan ditentukan oleh PPIM selama dua bulan dan akan dibayar elaun sebanyak RM800 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selain menjalani umrah.
Kesemua mahasiswa juga berpendapat bahwa mutawwif adalah kerjaya yang dipandang Allah SWT walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran terutama kerenah jemaah tetapi perlu bertanggungjawab melayan tetamu Allah di Tanah Suci.
Antara yang mahasiswa yang terlibat adalah graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNIZA) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bukan sahaja memiliki segulung ijazah, malah menjadi pemilik sijil profesional Mutawwif dan Mutawwifah.
4378) KERAMAT #QURANHOUR 3.0 – KERAMAT – 25/2/18
#QuranHour merupakan sebuah kempen sepanjang tahun yang telah digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) semenjak tahun 2015 setelah pelaksanaan Malaysia #QuranHour dan seterusnya World #QuranHour.
Kawasan Keramat, Kuala Lumpur dipilih sebagai program rintis yang dinamakan sebagai “Keramat Lab” bagi membina keluarga, setelah berlakunya tragedi kebakaran Madrasah Tahfiz di kawasan tersebut pada 14 September 2017 lalu.
Sumbangan juga disediakan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan
#QuranHour mengajak solidariti ummah sehingga lahir nilai Al-Quran dalam setiap tindak-tanduk oleh diri, keluarga, organisasi dan Negara.
Lebih 100 pengunjung menyertai program ini. Turut hadir selebriti tempatan, Zul Handy Black dan anak anak Tahfiz.
4377) MAJLIS JAMUAN MUHIBBAH SEMPENA TAHUN BARU CINA 2018 – 25/2/18
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi dan beberapa Aktivis lain telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan Majlis Jamuan Muhibbah sempena Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2018 yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor yang terletak di Jalan Maharajalela.
Majlis jamuan ini merupakan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Saturday, February 24, 2018
4376) MESYUARAT AWAL SEBELUM IJTIMAK MAJLIS PERUNDINGAN ISLAM KEBANGSAAN BERSAMA JAKIM - CYBERJAYA - 22/2/18
Mesyuarat awal sebelum Ijtimak Majlis Perundingan Islam Kebangsaan 2018 bersama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 01/03/2018 di Al-Hijrah Big Studio (ABS), Cyberjaya
4375) OPERASI BANTERAS AKTIVITI HARAM (OPS BAH) SIRI 42 – KUALA LUMPUR – 23/2/18
Operasi Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH) siri ke 42 yang dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KWPKL. Turut sama hadir dalam operasi kali ini adalah beberapa agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Imegresen dan lain-lain.
Turut serta dalam serbuan ke pusat judi, lubuk maksiat dan sarang dadah sekitar Kuala Lumpur ini adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang merupakan antara NGO aktif dalam setiap siri OPS BAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(407)
-
▼
September
(79)
- AKTIVITI | SESI PENDENGARAN AWAM JAWATANKUASA PILI...
- RM2.7 BiILION DITIPU! SCAM MALAYSIA SEMAKIN SERIUS...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TKSU KEMENTERIA...
- AKTIVITI | PERBINCANGAN PPIM BERSAMA CSR AL-IKHSAN...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH URUSAN...
- AKTIVITI | TOQQI HADIR BICARA NEGARA BERSAMA AKADE...
- AKTIVITI | TARIF ELEKTRIK: PPIM BERUSAHA GIGIH MEM...
- BEKAS JURURADIOGRAFI PPUM MAHU SAMAN BERKAIT DAKWA...
- EX-UMMC RADIOGRAPHER PLANS TO SUE, SEEKS OTHER STA...
- BEKAS JURURADIOGRAFI PPUM MAHU SAMAN HOSPITAL - HA...
- AKTIVITI | SIDANG MEDIA KHAS DESAKAN PENUBUHAN RCI...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-70: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | PERBINCANGAN STRATEGIK ANTARA PPIM DAN ...
- AKTIVITI | PPIM ADAKAN PERBINCANGAN BERSAMA FINAS ...
- AKTIVITI | PERTEMUAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA TN...
- TUNGGAKAN BIL ELEKTRIK PATUT DIBENAR BAYAR SECARA ...
- BIL ELEKTRIK MELONJAK, PPIM TUNTUT PENJELASAN TELU...
- PPIM TUNTUT PENJELASAN PENGIRAAN TARIF BAHARU ELEK...
- KEMELUT BIL ELEKTRIK: RAKYAT TERHIMPIT, PPIM TUNTU...
- PPIM, PEMBELA UMMAH TUNTUT PENJELASAN KENAIKAN ELA...
- AKTIVITI | MAJLIS SARAPAN PAGI PERCUMA HARI MALAYS...
- KEMELUT BIL ELEKTRIK: RAKYAT TERHIMPIT, PPIM TUNTU...
- NEGARA PERLU ISYTIHAR DADAH DALAM TALIAN SEBAGAI M...
- MEDIA SOSIAL LUBUK JUAL DADAH, PLATFORM DIGESA TAK...
- JANGAN TUNGGU ADA KES MATI! SUDAH TIBA MASA HERET ...
- SUE SOCIAL MEDIA PLATFORMS OVER SALE OF DRUG-LACED...
- SAMAN PLATFORM MEDIA SOSIAL JUAL VAPE DADAH, KATA ...
- PENGEDAR GUNA 'LINGO' RAHSIA JUAL DADAH ONLINE - C...
- NEGARA PERLU ISYTIHAR DADAH DALAM TALIAN SEBAGAI M...
- AKTIVITI | WAWANCARA KHAS BERSAMA TOQQI & CAPRICE ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN HARI MALAYSIA & PELANCARAN PRO...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-69: SAMBUTAN HARI MALAY...
- PPIM TUBUH UNIT ANTI-SCAM PERKSA PERLINDUNGAN MANG...
- PPIM SOKONG KETEGASAN PDRM: PERKETATKAN UNDANG-UND...
- UNIT ANTI-SCAM PPIM BANTU MANGSA KUMPUL BUKTI, SAL...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA AIBIM - PPIM - ...
- UNIT ANTI -SCAM PPIM BANTU MANGSA KUMPUL BUKTI, SA...
- PPIM TUBUHKAN UNIT ANTI-SCAM DI BAWAH GERAKAN RAKY...
- PODCAST PPIM | SUARA PRIHATIN RAKYAT - PPIM - 10/0...
- PPIM CALLS FOR ASSET SEIZURES, HARSHER PENALTIES F...
- PPIM SOKONG HUKUMAN SEBAT, PENJARA LEBIH LAMA TERH...
- PPIM MAHU ASET SCAMMER DIBEKU, DIRAMPAS - UTUSAN M...
- SCAMMER: PPIM SOKONG HUKUMAN SEBAT, PENJARA MAKSIM...
- AKTIVITI | MESYUARAT MINGGUAN STAFF PPIM - PPIM - ...
- KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA - PPIM ...
- PPIM SOKONG KETEGASAN PDRM: PERKETAT UNDANG-UNDANG...
- AKTIVITI | PPIM & NFCC CARI SOLUSI BERSEPADU TANGA...
- AKTIVITI | PROGRAM INDUSTRI "LET'S TALK CX: CONNEC...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA O...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-67: SAMBUTAN HARI MERDEK...
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(79)




















































