KUALA LUMPUR 5 Feb. - Gejala judi haram di Selangor yang berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga menjadi kebimbangan utama orang ramai yang menuntut Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengambil langkah proaktif.Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata, keadaan itu semakin membimbangkan apabila kajian pihaknya mendapati terdapat peningkatan sebanyak 60 peratus jumlah premis judi haram dalam tempoh dua tahun di kawasan perumahan orang Melayu.Katanya, PBT juga sepatutnya menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga kerana kebanyakan yang memohon untuk membuka perniagaan tersebut tidak jujur apabila turut menjadikan premis tersebut sebagai pusat judi haram.“Saya sebagai pemimpin JMM telah menerima banyak aduan daripada ahli-ahli serta orang ramai mengenai kebimbangan mereka terhadap aktiviti judi haram dan menyuarakan perkara tersebut kepada pihak media, PBT dan polis sejak bertahun lamanya.“Polis perlu berlaku adil dan tidak gentar untuk menguatkuasakan undang-undang. Pemilik premis-premis berkenaan perlu diambil tindakan tegas dan jika mendapati perniagaan yang dijalankan tidak sah atau melanggar peraturan, perniagaan mereka perlu ditutup serta-merta,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Mingguan Malaysia menerusi ruangan pojok Awang Selamat hari ini turut mengulas mengenai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang ditahan polis bersama sembilan pengikutnya bagi membantu siasatan tuduhan menceroboh dan curi di pusat hiburan, Khamis lalu.Awang Selamat turut berkongsi sentimen orang ramai terhadap isu tersebut sambil bertanya adakah kelantangan Jamal mendedahkan mengenai aktiviti judi haram yang berselindung di pusat hiburan keluarga maka beliau mudah menjadi sasaran pihak berkuasa.Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, berikutan tangkapan yang dilakukan terhadap Jamal itu, beliau telah menerima ribuan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang kini tular di media sosial dengan menghina PDRM.Katanya, mesej-mesej tersebut melahirkan kekesalan kerana pihak berkuasa gagal bertindak adil dalam membanteras jenayah dan melindungi masyarakat.“Malah tidak kurang juga beberapa orang yang mengadu pada kami sambil membuat anggapan wujudnya kemungkinan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan anggota penguat kuasa.“Saya malu apabila membaca pesanan tersebut kerana saya juga lahir dalam keluarga yang mempunyai latar belakang sebagai polis. Pihak berkuasa perlu membersihkan imej pasukan tersebut dan tidak boleh menutup sebelah mata cuba melindungi individu-individu tertentu,” katanya.
Kuala Lumpur: Operasi Banteras Aktiviti Haram yang ke 16 (OPS BAH16) yang dijalankan malam kelmarin telah menahan 21 gadis melayu dan 12 lelaki kerana positif dadah dalam ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (AADK).
Serbuan ini tumpu kepada aktiviti judi online, empat premis telah diperiksa dan pihak polis berjaya merampas empat mesin judi (multiple station machine) dan pelbagai lagi peralatan komputer yang digunakan untuk perjudian secara online.
OPS BAH yang dijalankan dari jam 11 malam dan berakhir 5 pagi itu turut menyaksikan tiga kelab malam di Jalan Doraisamy, dan Kuchai Entrepreneur Park diserbu.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan yang mengetuai operasi berkenaan, sebanyak 15 agensi penguatkuasaan dan beberapa NGO menyertai operasi pada malam tadi dengan sasaran utama adalag operasi membenteras aktiviti perjudian dan maksiat
Dalam operasi ini, Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) turut mengeluarkan 153 notis perintah hadir di bawah kesalahan penyubahatan seksyen 43 ( Akta 559), Akta kesalahan Jenayah Syariah 1997 dan turut menahan dua lelaki kerana berpakaian perempuan mengikut seksyen 28 ( Akta 559).
Seramai 350 pegawai dan anggota daripada 17 agensi penguatkuasaan dikerah untuk memeriksa premis yang disyaki menjalankan kegiatan haram dalam Ops BAH 15 yang dilancarkan awal pagi tadi.
Selain PPIM, antara agensi yang terbabit adalah anggota daripada Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Malaysia (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Telekom Malaysia (TM).
Antara lokasi tumpuan operasi kali ini adalah sekitar Jalan Pahang, Danau Kota dan Desa Sri Hartamas yang dikenal pasti sebagai kawasan panas berdasarkan kepada pemantauan pihak berkuasa sebelum ini.
LAPORAN OPS BAH 15
Serbuan yang bermula jam 11 malam itu menumpukan premis seperti pusat judi siber, rumah urut dan pusat hiburan selain mengesan jenayah dadah serta pendatang asing tanpa izin.
Hampir 100 buah komputer berjaya dirampas, dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian sekaligus melumpuhkan sindiket perjudian online di kawasan terbabit.
Manakala sepanjang operasi tersebut dijalankan seramai 73 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan antaranya salah guna visa perjalanan dan sebagainya.
Operasi yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan yang dibahagi kepada tiga kumpulan di dua lokasi.
Turut hadir dalam operasi kali ini Ketua Pengarah ICU, Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Nor’Aini Abdul Wahab, dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan, Dato’ Hj. Mohd Sani bin Mistam.
7 JULAI : Kami telah menerima satu video yang dikongsikan melalui 'Whatsapps Group' daripada sumber yang tidak diketahui.
Video berdurasi 2:00 minit itu mendedahkan kewujudan dua buah premis judi di sekitar Sri Petaling yang beroperasi berhampiran dengan Balai Polis Sri Petaling.
Dalam video tersebut, dipaparkan imej satelit 'Google Maps' yang menunjukkan jarak di antara premis perjudian berkenaan dengan Balai Polis Sri Petaling kurang dari 200 meter sahaja.
Difahamkan, tidak saja di Sri Petaling, premis perjudian kini kembali beroperasi terutama di sekitar ibu kota.
Perkara sebegini tidak patut dibiarkan kerana ia menunjukkan persepsi yang tidak baik untuk pasukan PDRM di mana kelihatan seperti pihak berkuasa tidak 'buat kerja' dan 'melindungi' kegiatan perjudian online.
IMEJ DAN INTERGRITI PIHAK POLIS AKAN DIPERSOALKAN SEKALIGUS MEMBUATKAN MASYARAKAT MEMANDANG NEGATIF TERHADAP PIHAK PDRM.
[VIDEO] : DUA PREMIS JUDI HANYA 190 METER DARI BALAI POLIS SRI PETALING, MANA TINDAKAN PIHAK BERKUASA?
Seperti yang diketahui umum, Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi yang juga merangkap Menteri Dalam Negeri baru sahaja mengumumkan bahawa sindiket perjudian akan dihapuskan 100%.
Pihak PPIM menggesa pihak berkuasa supaya komited dalam tanggungjawab mereka dan perlu bertindak tegas dalam usaha membanteras gejala perjudian ini.
Diharap video yang dikongsikan ini dapat dapat memberi kesedaran kepada semua pihak yang alpa dan tidak konsisten dalam usaha untuk menggempur kegiatan perjudian yang telah bermaharajalela sejak 30 tahun lalu.
Semua gejala dan aktiviti perjudian WAJIB DIHAPUSKAN supaya dapat memartabatkan masyarakat, agama, bangsa dan demi kemakmuran negara.
Oleh itu, semua pihak (pihak berkuasa, PBT dan masyarakat) harus bekerjasama serta ikhlas dalam memainkan peranan masing-masing supaya kewujudan premis judi online dapat dibanteras secara berterusan.
- Admin
*Untuk baca artikel lain berkaitan JUDI ONLINE (Klik!)