Showing posts with label YUSUF AZMI KELUAR PPIM. Show all posts
Showing posts with label YUSUF AZMI KELUAR PPIM. Show all posts

Wednesday, March 28, 2018

4421) SAYA UNDUR DIRI : YUSUF AZMI – SINAR HARIAN – 27/3/18



KUALA LUMPUR – Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusof Azmi secara rasmi meninggalkan PPIM apabila mengambil keputusan mengundurkan diri daripada perjuangan bersama NGO itu setelah lapan tahun berkhidmat.
Pengumuman itu dibuat oleh Yusof sendiri disaksikan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nazim Johan menerusi satu sidang media khas berlangsung hari ini.
Yusof dalam sidang media berkenaan melahirkan rasa kecewa dan terkilan terhadap insiden yang berlaku baru-baru ini sehingga mencemarkan nama baik PPIM.
Menurutnya, dia rasa dikhianati kerana difitnah oleh pihak yang selama ini diberi pertolongan dengan ikhlas.
“Saya buat keputusan untuk tidak lagi bersama PPIM. Saya hanya akan memenuhi jemputan untuk ceramah dan sebagainya tetapi tidak untuk sebarang kes-kes aduan seperti yang saya lakukan selama ini. Saya tidak mampu untuk teruskan perjuangan dengan PPIM adalah kerana pengkhianatan yang berlaku.
“Saya mahu teruskan kehidupan seperti biasa fokus dengan perniagaan, serta meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Saya sudah ada perancangan untuk beri makan kucing. Bina penempatan untuk bela nasib kucing-kucing terbiar. Sekurang-kurangnya saya tahu kucing-kucing ini tidak akan gigit saya balik,” katanya.
Yusof turut menafikan mendapat tekanan politik yang menyebabkan dia membuat keputusan untuk mengundur diri.
Sebaliknya ia lebih kepada rasa kecewa terhadap pihak yang selama ini dianggap seperti keluarga sendiri.
“Saya beri pinjam pada pengadu saya ingat sudah lebih pada juta dan tidak pernah kita minta balik bagi pinjam RM3,000, RM5,000, RM10,000 bila kira-kira balik dah juta. Kita tidak harap apa-apapun tapi janganlah gigit dan bunuh saya balik,” katanya.
Mengulas lanjut, Yusof berkata, dia sudah memaafkan empat individu yang sebelum ini mendakwa berlaku penyelewengan wang ketika pengurusan kes-kes ah long yang dikendalikannya.
“Saya berpegang begini, walaupun dalam keadaan kita teraniaya, jangan kita berlebih-lebih. Mereka bersalah, tetapi takkan lah saya nak buat sehingga mereka dipenjarakan.. saya bukan jenis manusia begitu. Saya sudah maafkan mereka. Mereka juga sudah hentikan perkara-perkara ini,” katanya.
Sementara itu, Nazim berkata, keputusan yang dibuat Yusof telah dibincangkan dan PPIM sedia menerima keputusan itu bagi menghormati permintaan Yusof.
“Yusof seorang budak yang degil. Macam mana dia degil untuk bantu orang lain walaupun dia sendiri terpaksa susah. Saya sudah pujuk pun dia tidak mahu. Namun PPIM sentiasa terbuka menerima Yusof sekiranya dia berubah fikiran nanti,” katanya.

Artikel Oleh : Sinar Harian
SAYA UNDUR DIRI : YUSUF AZMI

4420) YUSUF AZMI SAH KELUAR PPIM – BERITA HARIAN – 27/3/18



KUALA LUMPUR: Tanda tanya mengenai kedudukan Yusuf Azmi sebagai Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akhirnya terjawab apabila aktivis berusia 28 tahun itu mengesahkan tidak lagi bersama persatuan itu.
Yusuf berkata, sebab utama dia mengundurkan diri kerana bosan dan kecewa dengan pengkhianatan yang dilakukan teman rapat dan mereka yang pernah dibantunya.
 Beliau berkata, dia bukan mengharapkan sebarang balasan, namun tidak boleh menerima fitnah dilemparkan terhadapnya.
“Saya berasa sangat kecewa sehingga mendorong saya membuat keputusan mengundurkan diri daripada PPIM.
“Fitnah yang dilemparkan terhadap saya sehingga merosakkan imej saya amat memberi kesan, saya tidak boleh terima perkara ini.
“Selain itu, saya keluar daripada PPIM bagi membolehkan saya meluangkan masa bersama keluarga yang selama ini sering saya tinggalkan untuk keluar berjuang bersama PPIM.
“Isu mengenai pergolakan dalaman juga tidak benar sama sekali, saya amat memandang tinggi Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, jika ada mengatakan wujud perselisihan faham antara individu tertentu, ia kekal sebagai spekulasi saja,” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat PPIM, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Yusuf berkata, dia akan memberi fokus kepada program bual bicara berbentuk santai bagi meneruskan perjuangannya.
Beliau berkata, konsep bual santai atau tarbiyah itu akan dilakukan bagi meneruskan usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai pelbagai kegiatan penipuan terhadap pengguna.
“Selain itu, saya merancang membuka sebuah pusat perlindungan kucing bagi menjaga kucing terbiar dan jika ada yang ingin mengambil untuk dibela, saya berikan percuma.
“Saya tiada rancangan membabitkan diri dalam politik, kalau ada yang berkata demikian, ia tidak benar,” katanya.
Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya menghormati keputusan dibuat Yusuf.
“Perjuangan kami akan diteruskan seperti biasa dan Yusuf akan tetap menyelesaikan aduan diterima sebelum ini,” katanya.
Sebelum ini timbul tanda tanya mengenai status Yusuf bersama PPIM yang disertainya sejak lapan tahun lalu selepas sebuah portal berita melaporkan Nadzim sebagai berkata, Yusuf tidak lagi terbabit secara langsung dengan PPIM pada 16 Mac lalu.
Yusuf dikatakan tidak sehaluan dengan gerak kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam memperjuangkan nasib pengguna.
Antara kes dikendalikan Yusuf sehingga ada yang menganggap aktivis berusia 28 tahun itu sebagai wira dan ikon pengguna adalah serbuan ke atas premis pajakan kereta di Kajang dan isu penipuan skim perumahan.
Yusuf juga aktif memperjuangkan gerakan perangi along dan kegiatan penipuan gores serta menang.
Selain bertindak selaku Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf juga menjadi Ketua Sekretariat Persatuan Anak Muda Islam Malaysia dan Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia serta aktif dalam Gerakan Banteras Aktiviti Haram.

Artikel Oleh : Berita Harian
YUSUF AZMI SAH KELUAR PPIM

4418) YUSUF AZMI KELUAR PPIM – SIDANG MEDIA – 27/3/18

Kuala Lumpur 27 Mac – “Saya kadang-kadang pelik dengan masyarakat diluar sana, adakah berjuang ini perlu menjadi seorang malaikat yang paling baik,” soal Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Hishamuddin Hashim selepas pengumuman mengejut Yusuf Azmi meninggalkan PPIM yang dibuat petang ini.

Sidang media ini diadakan bagi menjawab seribu satu persoalan dan pertanyaan masyarakat pengguna dan masyarakat Malaysia berkaitan status sebenar Yusuf Azmi di dalam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas berlakunya beberapa insiden baru-baru ini.

“Saya mohon maaf kepada semua yang bersama dengan PPIM, rakan-rakan perjuangan, sahabat-sahabat. Saya berharapkan kalau ada salah silap didalam persatuan, saya minta maaf.” ulas Yusuf lagi.


Saudara Yusuf Azmi menjadi satu fenomena dalam kalangan belia kerana keberanian menentang Ah Long, gores dan menang, skim penipuan dan pelbagai kes kepenggunaan melalui laman sosial Facebook rasminya.


Pucuk kepimpinan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yusuf Azmi yang telah sama-sama berjuang dalam PPIM selama 8 tahun sebagai Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM.


Jutaan terima kasih juga diucapkan diatas sumbangan dan pengorbanannya selama berkhidmat di dalam PPIM.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL