Showing posts with label WhatsApp. Show all posts
Showing posts with label WhatsApp. Show all posts

Friday, August 4, 2017

3987) PPIM Nafi Pesanan WhatsApp Adakan Sidang Media - Perak Today - 4/8/2017

Snapshot
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menafikan dakwaan bahawa akan mengetuai badan-badan NGO Islam untuk mengadakan sidang media dan laporan polis terhadap isu penguatkuasa yang menerima rasuah dari sebuah pusat hiburan dan judi haram di ibu kota.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi menerusi kenyataan medianya memberitahu bahawa satu pesanan ringkas menerusi Whats App yang menjemput para wartawan ke satu sidang media khas berkenaan isu tersebut telah tular sekitar tengah hari tadi.
Justeru pihaknya memohon maaf kepada pihak media dan menganggap ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Malah jelas beliau, kebiasaanya PPIM akan menjemput wartawan melalui emel, faks dan pesanan WhatsApp rasmi dalam format PDF.
“Kami juga pada kebiasaanya akan memaklumkan akan mengadakan sidang media dalam tempoh 24 jam atau 12 jam sebelum ia berlangsung”, katanya.
http://peraktoday.com.my/2017/08/ppim-nafi-pesanan-whatsapp-adakan-sidang-media/

Friday, April 28, 2017

3673) Tindakan Undang-undang Terhadap Admin WhatsApp Permulaan Baik Didik Masyarakat - Bernama - 27/04/2017

Tindakan Undang-undang Terhadap Admin WhatsApp Permulaan Baik Didik Masyarakat - PPIM


KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersetuju supaya
Group Admin (Pentadbir Kumpulan) aplikasi WhatsApp yang gagal mengekang penyebaran maklumat tidak sahih dalam kalangan anggotanya dikenakan tindakan undang-undang.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata langkah itu wajar dibuat bagi membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab selain mendidik masyarakat agar lebih berhati-hati dan peka apabila ingin berkongsi setiap maklumat dengan anggota lain.
"Sikap suka menyebarkan maklumat palsu telah menjadi satu barah dalam masyarakat kita dan ini melambangkan budaya masyarakat yang kurang maju kerana mereka tidak semak kesahihan maklumat itu dahulu dan lebih seronok 'kongsi' mesej tersebut kepada semua orang yang akhirnya memberi kesan buruk berpanjangan kepada pihak yang difitnah.....
 
Tindakan Undang-undang Terhadap Admin WhatsApp Permulaan Baik Didik Masyarakat - PPIM
Berita Selanjutnya:
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1351185
 

Tuesday, July 8, 2014

2039) UTUSAN MALAYSIA 8/7/2014 - PPIM sedia laman blog, WhatsApp


PPIM sedia laman blog, WhatsApp


KUALA LUMPUR 7 Julai - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyediakan laman blog dan aplikasi WhatsApp bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kegiatan mesin judi haram.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, laman rujukan tempat maksiat itu diwujudkan sebagai medium bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh masyarakat.

Sehubungan itu, kata beliau, PPIM meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat seperti gambar dan alamat premis yang menjalankan kegiatan tersebut di kawasan masing-masing bagi membanteras gejala tersebut.

"Operasi menggempur kegiatan itu dilihat akan lebih berhasil sekiranya masyarakat berkongsi maklumat lokasi dan pihak berkuasa juga boleh mengambil maklumat daripada laman tersebut untuk diambil tindakan segera.

"PPIM akan cuba mengumpul setiap maklumat yang diberikan agar masyarakat dan pihak berkuasa sama-sama membanteras kegiatan mesin judi haram," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan pihak berkuasa agama negeri diingatkan supaya sentiasa menggempur kegiatan mesin judi haram dan menguatkuasakan undang-undang di bawah enakmen syariah masing-masing kepada penganut Islam yang terjebak dengan kegiatan tidak bermoral itu.

Dalam pada itu, Nadzim berkata, setelah wujudnya laman blog itu, pihaknya berharap dengan adanya maklumat yang disalurkan itu pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dan menangani gejala itu.

"Selepas ini tiada alasan lagi jika mereka tidak mengambil sebarang tindakan. Maklumat telah diberikan, jadi terpulang kepada mereka samada mahu bertindak atau tidak.

"Pemberi maklumat juga tidak perlu khuatir kerana butiran peribadi mereka akan dirahsiakan," katanya.

Oleh itu, orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat boleh menghantar gambar dan alamat ke aplikasi WhatsApp di talian 019-9130000 atau menghantar ke emel muslimconsumers@gmail.com serta pihak berkuasa juga boleh melihat segala maklumat yang diberikan di laman blog http://lamanmaksiat.blogspot.com

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL