Kami penduduk Villa Putra dan Villa Puteri merasakan pihak berkuasa DBKL tidak menjalankan tanggungjawab kerana boleh menutup mata kepada kesalahan nyata yang dilakukan oleh pemaju perumahan Regalia kerana sejak berbulan-bulan tidak mengambil tindakan ke atas Regalia yang berterusan melanggar kebenaran bekerja pada hari minggu ( termasuk kebanyakan cuti am kecuali Krismas semalam ) dan juga lepas waktu kerja sehingga biasa bertukang sehingga lebih jam 8.30 malam hampir setiap hari.
Walaupun pihak media telah melaporkan berita ini berkali-kali, nampaknya Regalia melebihi kuasa-kuasa yang ada di Negara ini kerana mereka SANGAT kebal. Ia adalah “ blatant disregard for law and the people”. Its such a shameful behaviour of some people in the DBKL to allow them to disregard the rights of others. Shame on you DBKL! The Minister, the Secretary General, the Director General must look into this before the people gets together to deduce that corruption is creeping and triving in DBKL.
Hari ini ( Ahad 26hb Disember 2010) mereka masih menjalankan kerja-kerja yang mereka suka. Bersama ini disertakan gambar-gambar bukti kerja mereka.
Aduan ini diterima oleh PPIM dan meminta pandangan daripada masyarakat semua. Ingatlah “ Satu Suara, Satu Kuasa”. Sedarlah kuasa kita sebagai pengguna. Marilah kita satukan keluatan kita dan bertindak sebagai satu kumpulan.
Pemaju Regalia Service Apartment ( Milik Peniaga Hong Kong) Di Jalan Kuching Adalah Antara Kumpulan Paling BERKUASA Dan KEBAL Di Malaysia ?
Kenyataan di atas adalah tanggapan penduduk berhampiran projek tersebut di atas kerana mereka ini boleh meneruskan kerja selepas waktu ditetapkan selama bertahun. Mereka boleh bekerja di hari Ahad dan cuti am. Mereka boleh sesuka hati buat kerja walaupun menyalahi undang-undang. Walaupun telah dijanjikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk mengeluarkan STOP Work Order tapi masih meneruskan kerja.
Walaupun dah keluar Malay Mail dan Harian Metro, dah report kat MACC, dah report kat KP DBKL, dah keluar kat Radio, mereka masih tak kisah. Aduan puluhan kali kepada DBKL pun nampknya tak ada perubahan. Rakyat perlu baca dan nilai apa nak jadi kepada masyarakat kita kalau ini boleh terjadi secara terang-terangan tanpa segan dan silu di pihak yang berkenaan.
Nampaknya mereka telah membawa budaya kurang ajar melampau, hendak mengambil tanah orang untuk membuat laluan keluar di projek tersebut secara penuh muslihat dan senyap2. Banyangkanlah betapa terror nya mereka, mereka memperolehi Development Order tanpa mempunyai jalan keluar. Mari kita tengok cerita ini:-
“ Saya mewakili Persatuan Penduduk Villa Putra dan Villa Putri ingin berkongsi kesengsaraan disebabkan kelembapan agensi-agensi berkaitan gagal melaksanakan tugas mereka dengan berkhemah. Kegagalan ini telah menyebakan orang ramai hilang keyakinan kepada pihak berkuasa dan kerajaan yang nampaknya cakap tak serupa bikin. Nampaknya slogan Rakyat Diutamakan tidak lagi menjadi dasar nampaknya.”
Untuk memahami background cerita, berikut adalah isi surat yang dihantar kepada YBM Dato Raja Nong Chik yang dihantar kepada PPIM untuk dikongsi bersama.