Showing posts with label Ummah #GrandReset. Show all posts
Showing posts with label Ummah #GrandReset. Show all posts

Friday, January 19, 2024

PENIAGA ISLAM PERLU FAHAMI AL-QURAN, TAWAR PRODUK BERKUALITI - SINAR HARIAN - 19/01/2024

 

SHAH ALAM - Peniaga Islam disarankan untuk lebih mendalami dan memahami ayat-ayat suci al-Quran supaya produk dan perkhidmatan yang dihasilkan selari dengan kehendak agama.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, ramai umat Islam di negara ini tidak mengambil peduli tentang penyediaan produk dihasilkan sama ada bersih atau sebaliknya.

“Sebagai contoh, makanan yang kita nak beli pun kena pastikan daripada bahan yang halal, cara penyembelihan binatang dengan betul, dimasak dan dihidang dengan bersih.

Hussamuddin

“Ini tidak, kalau kita nampak ‘no pork’ terus dianggap halal. Jadi, perkara seperti inilah kita perlu padamkan dalam diri dan sudah sampai masanya umat Islam perlu kembali jadi lebih kuat,” katanya semasa program Ummah #GrandReset di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Jumaat.

“Ini tidak, kalau kita nampak ‘no pork’ terus dianggap halal. Jadi, perkara seperti inilah kita perlu padamkan dalam diri dan sudah sampai masanya umat Islam perlu kembali jadi lebih kuat,” katanya semasa program Ummah #GrandReset di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Jumaat.

Program anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf dan WUIF itu dihoskan Ahmad Yani Abdul Manaf dan disiarkan secara langsung di semua platform media sosial.

Hadir sama, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johari, qari Ustaz Tirmizi Ali dan pentaddabur yang merupakan Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, program itu memfokuskan tiga golongan iaitu ulama, ummah dan umara’ dalam agenda yang dibawa seperti surah al-Jumuah.

Marhaini

Ujarnya, masalah ekonomi dalam negara ini merupakan isu besar yang perlu diperbaiki dari awal dengan pemahaman asas al-Quran.

“Kalau kita fahamkan maksud surah ini, pada ayat 10 dan 11 yang mana ALLAH SWT memerintah umat-Nya untuk bertebaran di muka bumi selepas solat Jumaat.

“Jadi, kita harap dengan perintah ALLAH SWT itu mampu menghasilkan produk atau perkhidmatan perniagaan yang barakah,” jelasnya.

Artikel oleh: Sinar Harian

PENIAGA ISLAM PERLU FAHAMI AL-QURAN, TAWAR PRODUK BERKUALITI

https://www.sinarharian.com.my/article/645227/berita/nasional/peniaga-islam-perlu-fahami-al-quran-tawar-produk-berkualiti

UMMAH #GrandReset: PERKASAKAN EKONOMI UMAT ISLAM - SINAR HARIAN - 19/01/2024

 

SHAH ALAM - Kejadian yang menimpa umat Islam di Gaza merupakan satu tamparan bagi umat Islam keseluruhannya yang dilihat tidak mampu untuk 'berbuat apa-apa' kerana rejim Zionis sedang menguasai ekonomi dunia.

Terpanggil dengan kejadian itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Kumpulan Karangkraf bersama melancarkan Ummah #GrandReset: Ekonomi bagi membangkitkan dan memperkasakan kembali ekonomi umat Islam khususnya di Malaysia.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sudah sampai masanya umat Islam memperkuatkan kembali taraf ekonomi bagi mengelak daripada terus diperlekeh dan dipandang hina.

Susulan itu tegasnya, setiap umat Islam harus mempunyai kesedaran bahawa pentingnya menguasai ekonomi bagi 'menggeruni' dunia selain dapat membantu mereka yang lain.

"Ini orang kita dihina takkan hendak dibiarkan, mana boleh begitu, jadi kitalah kena ada kesedaran (untuk naikkan ekonomi), jadi saya harap sangat kita berubah.

"Saya yakin jika kita bangkit satu dua bulan kita buat (bersatu) kita akan berjaya (melihat hasilnya), buatlah kita tidak boleh selesa, jadi kita buat betul-betul, ajak semua anak-anak, keluarga, kawan-kawan untuk majukan ekonomi, usahakan bersungguh-sungguh, kerana akhirnya ekonomi yang kuat akan membina ummah yang kuat," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas berakhirnya program pelancaran berkenaan yang diadakan di Kumpulan Karangkraf.

Hadir sama, penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, Ketua Pegawai Eksekutif, (WUIF) Marhaini Yusoff, ahli dan tokoh perniagaan.

Katanya lagi, ekonomi umat Islam tidak kuat juga berpunca daripada sikap yang tidak bersatu dan perjuangan secara bersendirian.

"Malah ada yang ingin menjatuhkan antara satu sama lain sedangkan matlamatnya sepatutnya saling menguatkan.

"Selain itu, kita juga dilihat gagal mengamalkan nilai al-Quran dalam perniagaan, itu antara punca ekonomi kita lemah," tegasnya.

Dalam pada itu tambahnya, bagi pemilik perniagaan pula, selain sentiasa mencari ruang kerjasama sesama umat Islam, mereka juga perlu sentiasa meningkatkan taraf perkhidmatan dan produk bagi memastikan penghasilan atau pembuatan mereka menjadi pilihan di pasaran.

"Oleh itu nilai kitab suci ini perlu diangkat dalam perniagaan masing-masing, dan berniagalah mengikut kepatuhan syariah.

"Tokoh agama juga perlu lebih menggalakkan umat Islam membina kekuatan ekonomi selain fokus membina kekuatan spiritual," katanya.

INFO

Ummah #GrandReset:Ekonomi membawakan panduan daripada surah al-Jumuah dengan menjadikan hari Jumaat sebagai momentum penting bagi reset minda ummah berkaitan ekonomi.

Surah al-Jumuah memberikan panduan kepada kita bahawa berkumpulnya ummah di masjid, mendengar khutbah dan solat kemudian bertebaran di muka bumi, bagi menjana ekonomi bagi ummah.

Kesatuan yang dibina ketika khutbah dan solat Jumaat tidak seharusnya terhenti di situ, malah perlu dibawa keluar masjid sejurus selepas bersurai dan masih mengekalkan minda bersatu dalam penjanaan ekonomi.

Panduan daripada surah al-Jumuah ini adalah model bagi membina ekonomi ummah yang kuat dan jitu.

Artikel oleh: Sinar Harian

UMMAH #GrandReset: PERKASAKAN EKONOMI UMAT ISLAM

https://www.sinarharian.com.my/article/645221/berita/nasional/ummah-grandreset-ekonomi-perkasakan-ekonomi-umat-islam

[LIVE] MISI UMMAH #GrandReset “Reset Ekonomi” bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) - QURANHOUR TV - 19/01/2024

 

[LIVE] Misi Ummah #GrandReset bertajuk “Reset Ekonomi” bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) melancarkan Misi Surah Al-Jumu’ah di sepanjang tahun 2024. Terdapat 52 kali Jumaat pada tahun ini untuk menjadikan Jumaat sebagai hari untuk melakukan Ummah #GrandReset.

Surah Al-Jumu’ah sebagai misi penting untuk Ummah #GrandReset bagi mensasarkan Ummah, Umara’, Ulama agar berlaku kesatuan dan transformasi sosial dengan berpandukan Surah Al-Jumu’ah.

Ikuti program Misi Ummah #GrandReset bertajuk “Reset Ekonomi” bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang bersiaran langsung dari Dewan Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam dan di Facebook & YouTube QuranHour pada pukul 10.30 pagi, 19 Januari 2024, Jumaat.

Ummah #GrandReset #52khutbahjumaat #surahaljumuah

Sumber: QuranHour TV

[LIVE] MISI UMMAH #GrandReset “Reset Ekonomi” bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

https://www.youtube.com/watch?v=Ih16_iKsn5w

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL