Showing posts with label SYARIKAT PENGHANTARAN MAKANAN. Show all posts
Showing posts with label SYARIKAT PENGHANTARAN MAKANAN. Show all posts

Thursday, June 6, 2024

SYARIKAT P-HAILING PERLU PASTIKAN PROSEDUR PENGHANTARAN MAKANAN HALAL DITAMBAH BAIK - HARIAN METRO - 05/06/2024

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa syarikat perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) memastikan prosedur penghantaran makanan membabitkan makanan halal ditambah baik bagi mengelak kesilapan oleh semua pihak.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata kes terbaru membabitkan kanak-kanak berusia lapan tahun tersilap memakan makanan tidak halal iaitu daging babi panggang amat membimbangkan pengguna.

Katanya, lebih menyedihkan apabila kanak-kanak terbabit adalah pelajar Tahfiz di Madrasah yang sedang dalam usaha menghafaz al-Quran.

"Dalam keadaan ini pengguna itu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada syarikat penghantar namun adakah silap untuk pengguna yakin dengan syarikat terbabit?

"Perlukah pengguna mengelak daripada menggunakan perkhidmatan mereka kerana tidak bertanggungjawab soal ini," katanya.

Nadzim berkata sebelum ini, syarikat terbabit pernah mengumumkan penggunaan beg penghantaran berasingan bagi makanan halal dan tidak halal.

"Bagaimana perkara itu berlaku sedangkan pengguna memesan makanan dari restoran halal, adakah penghantar makanan mengambil makanan dari dua restoran tanpa mengira status halal sehingga berlaku kesilapan," katanya.

Nadzim turut menuntut syarikat terbabit untuk menghubungi pelanggan yang terkesan dan berbincang mengenai penyelesaian terbaik.

"Syarikat sebesar mereka sepatutnya mampu melantik pegawai yang memantau bagi memastikan perkara sebegini tidak berlaku," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial hantaran dimuat naik Pengarah Latihan dan Penyelidikan PPIM, Izham Nayan yang mendedahkan kisah anak pelanggan beragama Islam tersilap memakan makanan tidak halal yang dihantar oleh syarikat penghantaran terkenal.

Menurut Izham, bapa kanak-kanak itu membuat pesanan dari tempat kerja untuk anaknya yang berada di rumah.

Kejadian berlaku pada Sabtu 1 Jun lalu iaitu sewaktu bapa mereka bekerja manakala ibu kanak-kanak itu sedang menjalani kelas secara dalam talian.

Ketika penghantar makanan menghantar makanan, ia diterima oleh anak pasangan itu yang berusia lapan tahun namun ibu mereka memeriksa makanan sebelum dimakan anaknya.

Wanita itu mendapati nasi ayam tanpa sup sebelum menyambung semula kelas atas taliannya.

Izham memaklumkan mangsa tidak tahu makanan yang lain mengandungi daging babi panggang kerana gagal menemukan resitnya.

Ibu kepada empat orang anak itu kemudian menghantar mesej kepada suaminya untuk bertanya adakah itu makanan yang dipesan.

Suaminya hanya menjawab 45 minit kemudian iaitu selepas anaknya selesai makan.

Ketika makanan dihantar, penghantar menyebut nama pelanggan namun makanan yang diberikan silap.

PPIM difahamkan keluarga mangsa sudah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel oleh: Harian Metro

SYARIKAT P-HAILING PERLU PASTIKAN PROSEDUR PENGHANTARAN MAKANAN HALAL DITAMBAH BAIK

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/06/1097565/syarikat-p-hailing-perlu-pastikan-prosedur-penghantaran-makanan-halal

TERSILAP BERI BABI: SYARIKAT PENGHANTAR DIGESA TINGKATKAN PROSEDUR OPERASI - UTUSAN MALAYSIA - 05/06/2024

 

PETALING JAYA: Syarikat penghantaran makanan digesa meningkatkan prosedur operasi terutama melibatkan makanan halal ekoran kecuaian seorang penghantar makanan yang memberi makanan mengandungi babi kepada kanak-kanak beragama Islam.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, prosedur operasi perlu ditambah baik bagi mengelak kesilapan yang membimbangkan pengguna berulang.

Kata beliau, kanak-kanak yang berusia lapan tahun itu adalah pelajar tahfiz di sebuah madrasah.

“Dalam keadaan ini, pengguna itu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada syarikat penghantar namun apakah silap untuk pengguna yakin dengan syarikat terbabit?

“Perlukah pengguna mengelakkan dari menggunakan perkhidmatan mereka kerana tidak bertanggungjawab soal ini,” katanya  dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Pengarah Latihan dan Penyelidikan PPIM, Izham Nayan mendedahkan terdapat seorang kanak-kanak beragama Islam tersilap makan makanan tidak halal yang dihantar oleh syarikat penghantaran terkenal.

Jelas Izham, makanan tersebut dipesan oleh bapa kanak-kanak tersebut dan kemudian diperiksa oleh ibunya, bagaimanapun ketiadaan resit menyebabkannya tidak tahu makanan itu mengandungi babi.

Perkara itu didakwa terjadi selepas penghantar makanan membuat kesilapan dengan memberi makanan yang salah kepada kanak-kanak tersebut.

Malah, difahamkan keluarga tersebut sudah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Nadzim berkata, syarikat penghantaran itu perlu menghubungi pelanggan terkesan dan berbincang mengenai penyelesaian terbaik.

“Syarikat sebesar mereka sepatutnya mampu melantik pegawai yang memantau bagi memastikan perkara sebegini tidak berlaku,” katanya – UTUSAN

Artikel oleh: Utusan Malaysia

TERSILAP BERI BABI: SYARIKAT PENGHANTAR DIGESA TINGKATKAN PROSEDUR OPERASI

https://www.utusan.com.my/nasional/2024/06/tersilap-beri-babi-syarikat-penghantar-digesa-tingkatkan-prosedur-operasi/

Wednesday, June 5, 2024

PPIM GESA SYARIKAT PENGHANTARAN SEMAK SEMULA PROSEDUR MAKANAN HALAL - KENYATAAN MEDIA PPIM - 05/06/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa syarikat penghantaran makanan memastikan prosedur penghantaran makanan melibatkan makanan halal ditambah baik bagi mengelakkan kesilapan oleh semua pihak.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata kes terbaru melibatkan kanak-kanak berusia lapan tahun yang tersilap memakan makanan tidak halal yang mengandungi khinzir amat membimbangkan pengguna.

Lebih menyayat hati kanak-kanak yang terlibat adalah pelajar Tahfiz di Madrasah yang sedang dalam usaha menghafal Al-Quran.

"Dalam keadaan ini pengguna itu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada syarikat penghantar namun adakah silap untuk pengguna yakin dengan syarikat terbabit? Perlukah pengguna mengelakkan dari menggunakan perkhidmatan mereka kerana tidak bertanggungjawab soal ini," katanya.

Nadzim berkata sebelum ini syarikat penghantaran yang terlibat pernah mengumumkan penggunaan beg penghantaran berasingan bagi makanan halal dan tidak halal.

"Bagaimana perkara itu berlaku sedangkan pengguna memesan makanan dari restoran halal, adakah penghantar makanan mengambil makanan dari dua restoran tanpa mengira status halal sehingga berlaku kesilapan," katanya.

Nadzim turut menuntut syarikat penghantaran yang terlibat untuk menghubungi pelanggan yang terkesan dan berbincang mengenai penyelesaian terbaik.

"Syarikat sebesar mereka sepatutnya mampu melantik pegawai yang memantau bagi memastikan perkara sebegini tidak berlaku," katanya.

Sebelum ini tular di media sosial apabila Pengarah Latihan dan Penyelidikan PPIM, Izham Nayan mendedahkan anak pelanggan beragama Islam tersilap memakan makanan tidak halal yang dihantar oleh syarikat penghantaran terkenal.

Menurut Izham, bapa kanak-kanak itu membuat pesanan dari tempat kerja untuk anaknya yang berada di rumah.

"Kejadian berlaku pada Sabtu 1 Jun lalu, bapa mereka bekerja manakala ibu kanak-kanak itu sedang menjalani kelas secara atas talian.

"Ketika penghantar makanan menghantar makanan, ia diterima oleh anak pasangan itu yang berusia 8 tahun namun ibu mereka memeriksa makanan sebelum dimakan anak-anaknya.

"Wanita itu mendapati nasi ayam tanpa sup sebelum menyambung semula kelas atas taliannya," katanya.

Izham berkata mangsa tidak tahu makanan yang lain mengandungi babi kerana gagal menemukan resitnya.

"Ibu kepada empat orang anak itu kemudian menghantar mesej kepada suaminya untuk tanya adakah ini makanan yang dipesan. Suaminya hanya menjawab 45 minit kemudian setelah anak-anak selesai makan.

"Ketika makanan dihantar, penghantar menyebut nama pelanggan namun makanan yang diberikan silap," katanya.

PPIM difahamkan keluarga mangsa sudah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL