KUALA LUMPUR – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NG0) menggesa kerajaan supaya mewajibkan syarikat pengeluar rokok memperkenalkan pembungkusan kotak rokok tanpa logo jenama pengeluar di Malaysia seperti yang akan dilaksanakan di Britain pada bulan depan. Pegawai Penyelidikan dan Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, N. V. Subbarow berkata, langkah drastik itu perlu segera dilaksanakan berikutan jumlah perokok semakin meningkat di negara ini. Statistik Kementerian Kesihatan mendedahkan setakat tahun 2015, terdapat lima juta perokok di Malaysia. Menurut beliau, pihaknya yakin pembungkusan kotak rokok tanpa logo jenama dan memiliki warna seragam serta tiada logo akan dapat mengurangkan bilangan perokok. “Langkah mewajibkan pihak terlibat melaksanakan pembungkusan kotak rokok tanpa jenama perlu dilaksanakan di Malaysia walaupun mungkin akan dibantah oleh mereka yang berkepentingan. “Tujuan utama kita adalah untuk mengurangkan jumlah perokok dan pesakit akibat merokok. Kos perubatan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan juga dapat dikurangkan,” katanya kepada Kosmo! semalam. Beliau mengulas mengenai pengenalan kotak rokok tanpa jenama yang akan dijual di Britain mulai bulan hadapan. Langkah tersebut diaporkan akan dapat mengurangkan sebanyak 300,000 perokok di Britain dalam masa setahun, kata sepasukan penyelidik di negara itu. Kotak rokok tanpa logo jenama itu diwajibkan memiliki warna, bentuk dan saiz tulisan yang seragam. Bagaimanapun, amaran kesihatan dan maklumat lain oleh kerajaan masih dikekalkan pada kotak rokok. Subbarow memberitahu, kempen yang dilaksanakan kerajaan selama ini seperti mempamerkan amaran kesihatan bergambar pada kotak rokok sejak 2009 dilihat tidak menunjukkan impak kepada golongan perokok. Senada dengan Subbarow ialah Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan yang bersetuju supaya kerajaan mewajibkan pihak pengeluar rokok memperkenalkan pembungkusan kotak rokok tanpa jenama di Malaysia. " Kita perlu serius dalam usaha mengurangkan jumlah perokok. Jika negara-negara lain berjaya berbuat demikian, kita boleh mencontohinya. " Kita lihat negara lain seperti Australia dan Perancis merupakan antara negara yang melaksanakan pembungkusan baharu itu dan berjaya menunjukkan penurunan perokok," ujarnya.
Showing posts with label SUBBAROW. Show all posts

Friday, April 28, 2017
3675) GUNAKAN KOTAK ROKOK BAHARU - KOSMO - 28/4/2017

Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(288)
-
▼
July
(30)
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-62: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN PONDOK POLIS TRX - PPI...
- AKTIVITI | SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN PERTANIAN D...
- AKTIVITI | MESYUARAT SEKRETARIAT PROGRAM ANTI-SCAM...
- AKTIVITI | MAJLIS MEEM KENDURIAN - PPIM - 18/07/2026
- AKTIVITI | SESI PERKONGSIAN ILMU METAFIK DAN RAWAT...
- AKTIVITI | KURSUS SUKARELAWAN TASKFORCE GABUNGAN N...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-61: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- YB TEMERLOH & PROF RIDHUAN TEE: KENAPA SEKOLAH WAW...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN TOQQI BERSAMA DATUK SERI TAZ...
- PPIM TERIMA SUMBANGAN BUKU “THE SILENT ROAR: A COV...
- AKTIVITI | MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA PEMBUKAAN KED...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA KUALA LUMPU...
- PODCAST PPIM | ISU-ISU RAKYAT YANG PERLU TINDAKAN ...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA ...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA TUAN JOHARI SKIM GRE...
- AKTIVITI | PERBINCANGAN STRATEGIK PPIM BERSAMA JAB...
- AKTIVITI | PERTEMUAN BERSAMA DATUK SERI JOHARI ABD...
- PELBAGAI PIHAK DIGESA BANTU DUA BERADIK PENIAGA CE...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA DUA BERADIK PENIAGA ...
- AKTIVITI | SIDANG MEJA BULAT NGO GERAK MERDEKA - P...
- BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TA...

- BUDI DIESEL BERHARGA RM2.10 SELITER KURANGKAN KETI...
- BUDI DIESEL MINIMUMKAN KETIRISAN, PASTIKAN AGIHAN ...
- KAJI SEMULA PENDEKATAN TANGANI JENAYAH ELAK HUKUMA...
- TERTIPU URUSAN JUAL BELI TANAH, MERANA TANGGUNG RU...
- MANGSA PENIPUAN HARTANAH TUNTUT KEADILAN - UTUSAN ...
- ISU KELDAI AKAUN: PPIM GESA KAJI SEMULA PENDEKATAN...
- CUKUP-CUKUP MEMANGSAKAN MANGSA!!! RAKYAT KECEWA ME...
-
▼
July
(30)