Showing posts with label SIAKAP KELI. Show all posts
Showing posts with label SIAKAP KELI. Show all posts

Wednesday, January 27, 2021

5335) SABELLA HOLDING REDAH AIR GIGIH SALUR BANTUAN RIBUAN PAKAIAN BUAT MANGSA BANJIR JOHOR - SIAKAP KELI - 27/01/2021


Banjir baru-baru ini telah melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Selatan Malaysia telah menjejaskan ribuan penduduk di sana. Peristiwa ‘hitam’ ini memberi impak besar kepada penduduk setempat selain risiko banjir, mereka turut terdedah dengan tekanan emosi.

Susulan daripada itu, sehingga kini misi bantuan masih dijalankan bagi membantu mangsa-mangsa banjir.Sabella Holding Sdn Bhd selaku jenama pakaian tanpa gosok terkenal di Malaysia telah menggerakkan usaha Misi Bantuan Pasca Banjir Fasa 1 bagi mereka yang terjejas teruk di beberapa daerah di Johor dengan kerjasama daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Prihatin dengan kesukaran yang dihadapi mangsa banjir, Sabella telah menyumbangkan sebanyak 4,000 pasang baju kurung kepada mereka. Sudah pasti, mereka akan lebih gembira dengan bantuan kali ini yang sedikit sebanyak dapat meringan beban yang dihadapi oleh mereka.

Bukan itu sahaja, Sabella akan terus komited untuk mempergiatkan serta melaksanakan tanggungjawab sosial ini dengan menyalurkan bantuan kepada mereka yang mengalami kesukaran dan memerlukan pertolongan pada masa akan datang.

Penyerahan sumbangan baju kurung ini telah dijalankan di Gudang Sabella di Batu Caves, Selangor.

Ini antara gambar-gambar semasa penyerahan bantuan kepada pihak mangsa banjir.

Artikel oleh: Siakap Keli

SABELLA HOLDING REDAH AIR GIGIH SALUR BANTUAN RIBUAN PAKAIAN BUAT MANGSA BANJIR JOHOR

https://siakapkeli.my/2021/01/27/sabella-holding-redah-air-gigih-salur-bantuan-ribuan-pakaian-buat-mangsa-banjir-johor/

Tuesday, November 26, 2019

5525) AKTA KHAS LARANG MINUM ARAK SECARA TERBUKA PERLU DIWUJUDKAN – PPIM - SIAKAP KELI - 26/11/2019


Kuala Lumpur : Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu duduk semeja untuk mewujudkan undang-undang khas yang melarang orang ramai daripada meminum arak dan minuman beralkohol secara terbuka.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata undang-undang berbentuk akta itu perlu bagi menangani peningkatan masalah sosial akibat daripada minuman keras itu.
“Ahli-ahli parlimen perlu bawa usul ini ke parlimen dan PBT juga perlu lebih tegas menjalankan penguatkuasaan untuk tangani isu ini secara proaktif. Kita lihat betapa banyak masalah yang timbul akibat meminum arak ini, contohnya mencetuskan pergaduhan dengan orang sekeliling dan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan.
“Kita patut contohi negara Australia dan United Kingdom (UK), di sana penjualan dan meminum arak tidak boleh dilakukan secara terbuka, mesti diminum di dalam premis sahaja dan tidak boleh diminum guna botol arak (mesti diminum menggunakan gelas),” katanya kepada sumber ketika ditemui di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye semalam yang menyatakan pihak kementerian tidak mempunyai kuasa untuk melarang orang awam minum arak di tempat tertentu kerana larangan itu tertakluk di bawah bidang kuasa PBT masing-masing.
Nadzim turut meminta orang ramai supaya terus membuat aduan kepada pihak PBT agar tindakan tegas boleh diambil sekiranya didapati ada individu yang meminum minuman keras secara terbuka dan bukannya di dalam premis yang telah ditetapkan.
“Ini kerana meminum minuman keras juga melibatkan isu sensitiviti kaum dan agama, seolah-olah mereka tidak menghormati masyarakat dengan cara meminumnya secara terbuka. PBT boleh ambil tindakan tegas sekiranya mendapat aduan rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata PBT khususnya perlu memperkasakan Zon Larangan Arak yang melarang orang ramai untuk minum minuman keras itu secara terbuka, contohnya di kedai makan dan restoran.
“PBT ada kuasa untuk memperketatkan Zon Larangan Arak ini, mereka boleh menentukan premis mana yang sesuai digazetkan sebagai premis jualan yang dibenarkan untuk pelanggan minum minuman keras. Premis yang tidak boleh untuk sebarang aktiviti melibatkan arak antaranya kedai kopi dan restoran,” katanya.
Beliau turut bersetuju sekiranya denda yang tinggi dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan meminumnya secara terbuka dengan mengambil contoh di Singapura, mereka yang bersalah boleh dikenakan denda sehingga S$10,000. - Bernama
Artikel oleh: Siakap Keli
AKTA KHAS LARANG MINUM ARAK SECARA TERBUKA PERLU DIWUJUDKAN – PPIM

Tuesday, September 10, 2019

5262) PUSAT BELI-BELAH HIMPUNKAN PRODUK MUSLIM BAKAL DIBUKA TAK LAMA LAGI - SIAKAP KELI - 09/09/2019


Mohd Fadzil Hashim yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Raudhah City  ingin melebarkan lagi sayap dengan membantu para usahawan bumiputera dalam dunia perniagaan.

Fadzil ingin mengajak lebih ramai usahawan Muslim dan Bumiputera untuk memasarkan produk mahupun perkhidmatan mereka dengan lebih besar.

Beliau sebentar tadi ada membuat video live (secara langsung) di laman Facebooknya lantas menyatakan hasratnya untuk membina sebuah tempat yang sesuai untuk pasaran Muslim.

Malah beliau juga berkata telah melakukan perbincangan mengenai perkara ini bersama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Perbincangan tersebut turut disertai En. Bazeer Ahmad dari Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia yang punyai lebih 3,500 buah kedai runcit.

Menurut Penolong Peribadi Mohd Fadzil Hashim ketika dihubungi Siakap Keli, antara rancangan strategik pihak mereka adalah untuk mempunyai sebuah pusat beli-belah yang merealisasikan penjualan produk berkenaan.
Katanya lagi, lokasi pusat beli belah tersebut masih dalam perbincangan.



Artikel oleh: Siakap Keli

PUSAT BELI-BELAH HIMPUNKAN PRODUK MUSLIM BAKAL DIBUKA TAK LAMA LAGI

https://siakapkeli.my/2019/09/09/pusat-beli-belah-himpunkan-produk-muslim-bakal-dibuka-tak-lama-lagi/?fbclid=IwAR0V6IJsIUj2XlYA_VXSs7-JAWBqBpd5my-VbbQPBJSbqEnlL3xX1sT7FuI 

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL