Showing posts with label PERSEDIAAN BANJIR. Show all posts
Showing posts with label PERSEDIAAN BANJIR. Show all posts

Monday, October 3, 2022

SIAP SIAGA MENGHADAPI BENCANA - KACA TV - 01/010/2022

 

#KACATV

Banjir merupakan bencana alam yang boleh mengancam kehidupan dan ekonomi negara. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ketiga terbesar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. Masalah banjir di negara ini yang disebabkan tibanya musim tengkujuh dan banjir kilat akan berterusan walaupun pelbagai langkah struktur dan bukan struktur dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kesannya. Sebagai orang awam, kita berperanan untuk bersiap sedia menghadapi ancaman bahaya banjir dengan bertindak lebih awal.

#BERITA

Kuala Lumpur 27 September 2022 (Selasa) bulan kesiapsiagaan bencana banjir pada Oktober 2022 perlu diteruskan untuk tahun-tahun yang seterusnya sebagai langkah persediaan awal untuk hadapi bencana alam ini.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan awal kepada rakyat serta turut membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dalam menghadai situasi bencana alam banjir ini. Sebagai langkah berjaga-jaga, rakyat perlu diberi latihan simulasi ketika berdepan dengan bencana banjir dan diberi pendedahan awal terhadap kepentingan menyimpan barang-barang penting sebelum banjir berlaku.

Menurut YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Bulan kesiapsiagaan hadapi bencana banjir ini bukan sahaja melibatkan segala persediaan dalam kalangan NGO atau agensiagensi pertolongan yang lain, malahan rakyat juga memainkan peranan penting untuk mempersiapkan diri dan keluarga.

Selain itu, pihak kerajaan juga perlu lebih jelas terhadap kepentingan semasa, antaranya dengan penangguhan Pilihan Raya Umum (PRU) ke15 dengan membantu rakyat dan memberi pampasan awal kepada mereka yang terjejas dengan banjir.

Dalam pada itu, beliau turut berpendapat aktiviti penyelenggaraan di kawasan longkanglokang yang tersumbat perlu dilakulan dengan kadar segera.

“Bukan payung yang perlu disediakan sebelum hujan, tapi cangkul untuk menyelenggara kawasan-kawasan ini”, YB Tuan Ahmad Fahmi.

Tambah Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM, pihak kerajaan juga perlu mempunyai satu senarai semak berkenaan makanan dan bantuan-bantuan khas. Hal ini bertujuan untuk memudahkan pihak kerajaan memantau segala keperluan yang diperlukan oleh rakyat terutamanya ketika berdepan dengan situasi bencana banjir.

“Setelah kita lihat pada tahun lepas, masih ramai pihak-pihak kementerian yang memilih untuk bercuti berbanding dengan turun padang bagi membantu rakyat yang dalam kesusahan. Oleh itu Perdana Menteri perlu meneliti semula perkara ini,” Datuk Nadzim Johan.

Selain daripada rakyat perlu bersedia dan cakna dengan lebih awal untuk menyimpan segala dokumen dokumen penting, pihak kerajaan juga perlu bersedia lebih awal dengan mempersiapkan sumber makanan (ready to eat) yang bakal memudahkan serta membantu mereka yang terlibat.


Artikel oleh: Kaca TV

SIAP SIAGA MENGHADAPI BENCANA

https://www.youtube.com/watch?v=QktKZn9QOoQ

Friday, September 30, 2022

'BE MORE PROACTIVE WITH DISASTER MANAGEMENT' - THE SUN DAILY - 30/09/2022

 

Article by: The Sun Daily

'BE MORE PROACTIVE WITH DISASTER MANAGEMENT'

'BE MORE PROACTIVE WITH DISASTER MANAGEMENT' - THE SUN DAILY - 30/09/2022

 

PETALING JAYA: The Selangor State government, through its Disaster Management Committee has issued an order to all district disaster management committees, state and federal government agencies to take proactive measures and be prepared for the “Northeast Monsoon Season 2022/2023”.

Mentri Besar Datuk Seri Amirudin Shari said the state government has also distributed equipment for temporary relief centres such as tents, blankets, mattresses, pillows and other basic equipment to all districts, to ensure immediate assistance to disaster victims.

“Learning from the experience of the major floods that occurred in December 2021, the state government is mobilising 15,972 personnel from various state and federal agencies with a strength of 2,611 assets and machinery,” he said at the two-day state disaster simulation and training exercise in Shah Alam yesterday.

“The assets and machinery include boats, four-wheel-drive vehicles, lorries, jet skis, excavators, skylifts, Fire Response Team, trash compactors, roro barrels, backhoes, water pumps, static tanks, grabber cranes, road sweepers, tippers and others are on standby mode, to ensure readiness for any possible disaster.”

The exercise was attended by 343 participants representing 67 state and federal agencies. It focuses on communication management, which is among the biggest inter-agency challenges during disasters.

Amirudin said the Asia Pacific region is vulnerable to natural disasters and has recorded 100 incidents in the last 10 years.

“I suggest that initiatives like be carried out from time to time so that the community can adapt to any disaster caused by climate change.

“The initiatives we are implementing are in line with the provisions contained in the Sendai Framework for Disaster Risk Reduction (2015-2030).”

He hoped that the initiatives would increase the state’s ability to overcome any unforeseen events.

Meanwhile, Malaysia Muslim Consumer Association wants the government to prepare a checklist for meal requirements and other appropriate special assistance needs during disasters.

Its chief activist Datuk Nadzim Johan said the checklist will make it easier for the government to monitor all the items needed (in the event of a) disaster.

The checklist could also help volunteers and NGOs formulate strategies to lend a helping hand.

Every year, the Malaysia Muslim Consumer Association’s welfare unit distributes over 100,000 boxes of aid in the form of food and necessities.

“We had obsrved that (during the flood disaster) last year, many civil servants who were supposedly responsible for making decisions at critical moments opted to go on leave instead of going down to the affected areas to help the people in distress. The prime minister must address this matter.”

Nadzim also felt the need for members of the public to be trained in disaster-preparedness.

“Each family must have an action plan that involves self-rescue if a disaster occurs in their area,”

As a precautionary measure, Nadzim said the people should be given training to face disasters like floods.

“In the meantime, the coordination between government agencies, private and NGOs needs to be improved, so that aid can be delivered to groups (that really need it).

Amirudin said the state has learned from the major floods that occurred in December 2021 and is mobilising 15,972 personnel from various state and federal agencies and 2,611 assets and machinery in preparation for the Northeast monsoon season. – BBXPRESSPIX


Article by: The Sun Daily

'BE MORE PROACTIVE WITH DISASTER MANAGEMENT'

https://www.thesundaily.my/home/be-more-proactive-with-disaster-management-YD9894706

Wednesday, September 28, 2022

PPIM DENGAN KERJASAMA AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI BERI PENDEDAHAN AWAL PERSEDIAAN SEBELUM HADAPI BANJIR - KENYATAAN MEDIA PPIM - 27/09/2022

Pada Oktober setiap tahun, negara mula memasuki fasa bulan kesiapsiagaan negara (BKN) yang dilancarkan sejak 2016.

Program tersebut perlu diteruskan sebagai langkah persediaan awal untuk hadapi bencana alam khususnya banjir yang sering melanda negara pada suku terakhir setiap tahun.

Menyedari perkara ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil telah mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan awal kepada rakyat serta turut membincangkan langkahlangkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dalam menghadapi situasi bencana alam ini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata, kerajaan perlu menyediakan senarai semak berkenaan keperluan makanan dan bantuan-bantuan khas lain yang sesuai dengan pelbagai kemungkinan bencana.

"Hal ini bertujuan untuk memudahkan pihak kerajaan memantau segala keperluan yang diperlukan oleh rakyat terutamanya ketika berdepan dengan situasi bencana banjir, selain membantu pihak sukarelawan dan NGO seperti PPIM menyusun strategi bagi menghulurkan bantuan," katanya.

Setiap tahun, PPIM melalui Unit Kebajikan PPIM mengagihkan lebih 100,000 ribu kotak bantuan berbentuk makanan dan barang keperluan.

“Setelah kita lihat pada tahun lepas, masih ramai penjawat awam yang bertanggungjawab membuat keputusan dalam waktu kritikal memilih untuk bercuti berbanding dengan turun padang bagi membantu rakyat yang dalam kesusahan. Oleh itu Perdana Menteri perlu meneliti semula perkara ini,” katanya.

Selain itu, Nadzim turut berpendapat rakyat juga perlu bersedia lebih awal dan menyimpan segala dokumen penting ditempat selamat dan menyediakan keperluan kecemasan secukupnya.

"Setiap keluarga perlu sediakan pelan tindakan atau 'action plan' yang melibatkan rancangan menyelamatkan diri jika berlaku bencana dikawasan mereka," katanya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Nadzim berkata rakyat perlu diberi latihan simulasi ketika berdepan dengan bencana banjir dan diberi pendedahan awal terhadap kepentingan menyimpan barang-barang atau dokumen penting sebelum banjir berlaku.

Dalam pada itu, sistem penyelarasan bantuan antara agensi-agensi kerajaan, swasta dan NGO perlu ditambah baik supaya setiap bantuan yang diterima dapat terus disasarkan kepada golongan mengikut penilaian kesan sesuatu bencana itu.

Sementara itu, Ahmad Fahmi berkata, BKN bukan sahaja melibatkan segala persediaan dalam kalangan NGO atau agensi-agensi pertolongan yang lain, malah, rakyat juga turut memainkan peranan penting untuk mempersiapkan diri dan keluarga.

"Kerajaan juga perlu lebih jelas terhadap kepentingan semasa, antaranya dengan penangguhan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan membantu rakyat dan memberi pampasan awal kepada mereka yang terjejas dengan banjir," katanya.

Tambah beliau, aktiviti penyelenggaraan di kawasan longkang seluruh negara perlu dilakukan segera bagi mengelakkan kejadian longkang tersumbat yang boleh menyebabkan banjir kilat.

“Bukan payung yang perlu disediakan sebelum hujan, tapi cangkul untuk menyelenggara kawasan-kawasan ini”, katanya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL