Podcast Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini membincangkan tentang isu pencerobohan tanah serta pembinaan struktur tanpa kebenaran di atas tanah milik persendirian dan tanah kerajaan, dengan menampilkan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Pendakwah bebas, Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah sebagai panelis jemputan.
Wednesday, February 25, 2026
Wednesday, April 16, 2025
'DARIPADA TEBANG MUSANG KING, LEBIH BAIK CARI JALAN LAIN' - KOSMO - 15/04/2025
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam (PPIM) berpendapat terdapat penyelesaian lebih baik berbanding tindakan pihak autoriti menebang kira-kira 1,000 pokok durian Musang King di Sungai Ruan, Raub.
Presidennya, Datuk Nadzim Johan berkata, pihak autoriti sepatutnya mencari penyelesaian terbaik dengan melihat secara keseluruhan agar dapat memanfaatkan semua pihak.
“Memang kita kena ikut undang-undang, kalau kita tak patuh dengan undang-undang, kita akan hidup dalam kesukaran.
“Contoh isu tebang pokok, kenapa hasil tu tidak diberi kepada orang ramai?
“Bagi saya, menebang pokok bukanlah jalan terbaik. Contoh kalau kita bela lembu di tanah kerajaan dan didapati salah, tiada sebab kita nak bunuh lembu-lembu tu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Galeri Muka Depan Akhbar PPIM, di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan pekebun didakwa menghalang laluan dengan membawa kain rentang bagi menunjukkan ketidakpuasan hati kerana penguat kuasa memusnahkan tanaman mereka yang berusia puluhan tahun, namun keadaan berjaya dikawal tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Terdahulu, operasi penguatkuasaan bagi menebang pokok durian musang king di Sungai Ruan di sini akan melibatkan kawasan seluas kira-kira 202.3 hektar (500 ekar) yang merupakan tanah milik kerajaan negeri.
Difahamkan sehingga kini kira-kira 1,000 pokok durian musang king telah ditebang dan dimusnahkan sejak bermula operasi kelmarin. – KOSMO! ONLINE
Artikel oleh: Kosmo
'DARIPADA TEBANG MUSANG KING, LEBIH BAIK CARI JALAN LAIN'
https://www.kosmo.com.my/2025/04/15/daripada-tebang-musang-king-lebih-baik-cari-jalan-lain/
Friday, April 11, 2025
TANGANI ISU PENCEROBOHAN TANAH SECARA BIJAK, BUKAN DENGAN MEMUSNAHKAN HASIL - KENYATAAN MEDIA PPIM - 11/04/2025
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius tindakan pemusnahan pokok durian yang dilaporkan baru-baru ini di kawasan seluas 500 ekar di Raub oleh pihak berkuasa tanah dan hutan. Meskipun tindakan ini berpaksikan undang-undang, PPIM berpandangan bahawa kaedah ini tidak semestinya terbaik dalam menangani isu pencerobohan tanah kerajaan.
PPIM tidak menyokong sebarang bentuk pencerobohan atau penerokaan haram, namun kami percaya pendekatan yang lebih berhemah, berimpak ekonomi dan berpaksikan kemanusiaan wajar dipertimbangkan oleh kerajaan.
Sebagai alternatif kepada tindakan pemusnahan, PPIM mencadangkan:
1. Pewartaan dan Pengambilan Semula Tanah dengan Pendekatan Produktif
Tanah yang telah diceroboh dan ditanam dengan durian boleh diambil semula oleh kerajaan dan diwartakan sebagai ladang rasmi. Pengusaha boleh diberikan pajakan secara sah atau diserap ke dalam koperasi yang diiktiraf, dengan syarat patuh kepada garis panduan alam sekitar dan pembayaran sewa yang munasabah.
2. Penggunaan Tanah bagi Latihan dan Rehabilitasi
Tanah ini boleh dijadikan lokasi pemulihan dan latihan pertanian untuk banduan, belia asnaf, atau golongan B40. Dengan pengurusan yang cekap, hasilnya boleh memberi pulangan kepada negara serta manfaat sosial yang besar.
3. Penubuhan Koperasi Tempatan atau Usahasama Komuniti
Jika pengusaha kebun adalah penduduk tempatan atau pekebun kecil, kerajaan boleh bantu menstruktur semula aktiviti ini melalui koperasi sah. Ia bukan sahaja mengelakkan kehilangan hasil, malah memupuk semangat jati diri dan tanggungjawab bersama.
4. Audit Alam Sekitar dan Pematuhan Undang-undang secara Berperingkat
Sebarang pemutihan atau penstrukturan semula perlu disusuli audit alam sekitar, pelan pemulihan hutan, dan kawalan ketat bagi mengelakkan pencemaran atau kemusnahan sumber semula jadi.
Sebagai sebuah NGO yang mewakili suara pengguna Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya, PPIM percaya bahawa kerajaan boleh menjadi lebih bijaksana dalam menyelesaikan isu ini secara menyeluruh — dengan pendekatan yang adil, mampan dan berakhlak.
Rakyat perlu diyakinkan bahawa undang-undang bukan hanya alat menghukum, tetapi satu sistem yang menjamin keadilan dan manfaat untuk semua.
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(460)
-
▼
November
(18)
- JIMAT 10 PERATUS, BERSEDIA HADAPI KRISIS - UTUSAN ...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ - MAJLIS PERBANDARAN...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT LHDN KE PPIM - PPIM - ...
- PENDIDIKAN BUKAN BEBANAN KEWANGAN: PPIM BANTAH TEG...
- PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU J...
- PPIM BIMBANG KEMUNGKINAN UiTM KAMPUS TAWAU DITUTUP...
- PPIM BANTAH SPEKULASI CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMP...
- PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA! - HARIAN ...
- TAUKE KILANG AYAM KARAN DITAHAN - HARIAN METRO - 0...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- PEKERJA TIDAK BACA 'BISMILLAH' - HARIAN METRO - 02...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN PERSATUAN TOM...
- PPIM BANTAH CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU:P...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH SEKSYE...
- PETROL BERCAMPUR AIR: PENGGUNA 'GIGIT JARI' - HARI...
-
▼
November
(18)
.jpeg)
.jpeg)




