Showing posts with label PENANGGUHAN LEVI PELEPASAN. Show all posts
Showing posts with label PENANGGUHAN LEVI PELEPASAN. Show all posts
Friday, July 26, 2019
Friday, July 19, 2019
5085) PPIM SETUJU PENANGGUHAN LEVI PELEPASAN - UTUSAN MALAYSIA - 18/07/2019
KUALA LUMPUR 18 Julai - Persatuan pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersetuju terhadap penangguhan levi pelepasan yang dikeluarkan oleh kerajaan ke atas semua penumpang udara keluar dari Malaysia bermula 1 September ini daripada tarikh asalnya seperti diumumkan semasa Belanjawan 2019 lalu pada Jun lalu.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah kerajaan menangguhkan perlaksanaan itu setelah musim haji tahun ini selesai serta pengecualian ke atas mereka yang membuat perjalanan ibadah menurut agama masing-masing apabila ia akan berkuat kuasa nanti.
“PPIM mengalu-alukan pengecualian levi pelepasan ini bagi mereka membuat perjalanan ibadah haji dan umrah serta garis panduan yang jelas harus dikeluarkan untuk bangsa beragama lain.
“Perjalanan udara bukan lagi merupakan satu kemewahan tetapi ia keperluan segelintir orang dalam menyambung pelajaran serta pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada pembentangan Belanjawan 2019 tahun lalu, kerajaan bercadang mengenakan levi pelepasan bagi semua penumpang udara ke luar negara, iaitu RM20 ke negara ASEAN dan RM40 ke negara lain bermula 1 September ini dalam usaha menggalak pembangunan pelancongan domestik.
Nadzim menambah, impak lebih ketara akan memberi kesan kepada ketibaan pelancong secara keseluruhan terutamanya ketika negara menyasarkan lebih 30 juta pelancong asing datang ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia tahun depan.
“Kesannya turut dijangka akan melibatkan industri pelancongan dan ekonomi negara secara keseluruhan serta lanjutan kepada hotel, pusat beli-belah, pemandu teksi dan e-hailing yang bergantung pendapatan terhadap industri ini.
“Kami mewakili pengguna di negara ini menyambut baik kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi untuk menunda pelaksanaan levi pelepasan ini setidak-tidaknya selepas Tahun Melawat Malaysia 2020 berakhir,” katanya.
Artikel: Utusan Malaysia
PPIM SETUJU PENANGGUHAN LEVI PELEPASAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(365)
-
▼
September
(37)
- SCAMMER: PPIM SOKONG HUKUMAN SEBAT, PENJARA MAKSIM...
- AKTIVITI | MESYUARAT MINGGUAN STAFF PPIM - PPIM - ...
- KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA - PPIM ...
- PPIM SOKONG KETEGASAN PDRM: PERKETAT UNDANG-UNDANG...
- AKTIVITI | PPIM & NFCC CARI SOLUSI BERSEPADU TANGA...
- AKTIVITI | PROGRAM INDUSTRI "LET'S TALK CX: CONNEC...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA O...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-67: SAMBUTAN HARI MERDEK...
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(37)
