Showing posts with label MENARA KL. Show all posts
Showing posts with label MENARA KL. Show all posts

Thursday, April 11, 2019

4884) UMMAH, PPIM LANCAR KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM DI SELURUH NEGARA – ISMAWEB – 2/4/19



KUALA LUMPUR, 26 Rejab 1440H, Selasa – Bagi meningkatkan ekonomi dan pendapatan umat Islam, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan Kempen Beli Produk Muslim di seluruh negara.
Kempen bertujuan memberi galakan kepada ekonomi orang Islam selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan halal seluruh negara.
Pengerusi UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya berkata, sokongan daripada umat Islam sangat penting kerana masih banyak lagi produk muslim yang berada di pinggiran bandar.
“Banyak produk bergerak seperti ‘hidup segan, mati tak mahu’. Itulah hakikatnya produk muslim. Dengan kempen ini kita berharap dapat membina jaringan.
“Kita bukan tolak produk orang lain. Tetapi kita nak beri keutamaan kepada produk orang Islam. Jangan fikir negatif kononnya asal Melayu sahaja tak bagus, asal Melayu sahaja tak baik.
“Mungkin ada sedikit kekurangan, dari segi pengedaran, kualiti, promosi. Namun akan dipertingkat dari semasa ke semasa,” katanya.
Haji Aminuddin berkata, dalam dunia ini tidak pernah berlaku golongan majoriti kalah ekonominya dengan golongan minoriti.
Justeru, telah sampai masanya untuk kita memberi sokongan kepada produk muslim sendiri.
“Banyak produk muslim di pasaran, cuma yang kurang adalah sokongan daripada orang kita. Maka, kita berharap pelancaran kempen bersama PPIM hari ini, akan dapat digerakkan di seluruh Malaysia dengan jayanya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Beli Produk Muslim, yang berlangsung di Megaview Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur, hari ini.
Selain itu, Haji Aminuddin yang juga Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menaruh harapan agar produk-produk muslim di negara ini suatu hari nanti akan menjadi ikon kepada Malaysia.
“Kita akan bina satu syarikat gergasi yang boleh disenaraikan di dalam Bursa Saham. Kita juga harap melalui kempen ini dapat memberi kesedaran kepada umat kita bahawa cukuplah untuk mengkayakan orang lain. Kita kena kayakan orang Islam pula.
“Saya yakin kita boleh buat. Walaupun orang kata orang Melayu ni lemah, malas. Itu semua doktrin yang tak betul. Kita hebat. Kita kena yakin kita boleh buat. Nasib kita adalah di tangan kita. Kita tak boleh nak harapkan orang lain tolong bangsa kita,” katanya.

Artikel oleh : ISMAWEB
UMMAH, PPIM LANCAR KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM DI SELURUH NEGARA

Wednesday, April 3, 2019

4870) KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM - MALAYSIA GAZETTE - 3/4/19


Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Hashim Salleh sambil diiringi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (tengah) dan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahaya (dua kanan) meluangkan masa melawat tapak pameran pada Program Kempen Beli Produk Muslim di Menara Megaview Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur


Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Hashim Salleh menerima plak poster kempen daripada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (tempat kiri) pada Program Kempen Beli Produk Muslim di Menara Megaview Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.


Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Hashim Salleh sambil diiringi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (kiri) dan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahaya (dua kiri) meluangkan masa melawat tapak pameran pada Program Kempen Beli Produk Muslim

Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Hashim Salleh (dua kanan) sambil diiringi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (empat kiri) dan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahaya (empat kanan) bergambar sambil memegang minyak masak Hanna ketika meluangkan masa melawat tapak pameran pada Program Kempen Beli Produk Muslim




Tuesday, April 2, 2019

4867) SIDANG MEDIA "KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM" - MENARA KL - 2/4/19

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) hari ini melancarkan Kempen Beli Produk Muslim.

Kempen berterusan itu bertujuan untuk menggalakkan ekonomi Muslim selain mengetengahkan produk dan perkhidmatan muslim di Malaysia.


Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata kempen ini juga merupakan satu platform yang menggabungkan usahawan, peniaga dan pengguna bagi memanfaatkan semua pihak.

"Usaha ini dilihat mampu menanam semangat saling bantu membantu dalam ekonomi kepada umat Islam dan ia bakal memperkenalkan pengguna kepada produk dan perkhidmatan keluaran/milik usahawan Muslim," katanya ketika perasmian kempen itu di Menara Kuala Lumpur hari ini.



Menurut Nadzim Kempen ini juga akan menggalakkan orang Islam membayar Zakat Perniagaan yang merupakan tanggungjawab usahawan muslim.

" Kita mempromosikan konsep membeli sambil beramal untuk mendapatkan keberkatan," katanya.
Kempen yang dirasmikan oleh Ybhg Ustaz Hashim Bin Salleh, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan turut dihadiri oleh Tuan Haji Aminuddin Yahya (Pengerusi UMMAH).

PPIM akan memperkenalkan satu aplikasi mobil bagi memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dan membeli produk usahawan muslim. 



Untuk fasa pertama aplikasi itu yang dijangka akan dilancarkan selewat-lewatnya sekitar bulan syawal 2019 bakal mendapat sambutan lebih 2 juta pengguna Islam.

Semua usahawan muslim dinegara ini dijemput mendaftarkan perniagaan dan produk mereka dengan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad yang bekerjasama dengan PPIM bagi kempen tersebut. 


Kempen tersebut bakal dilancarkan disemua negeri bermula Jun tahun ini. Kepada yang berminat boleh menghubungi hotline KoPPIM +601113183020.

Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60192199052. Terima Kasih. [TAMAT]


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL