Showing posts with label MDECX PPIM. Show all posts
Showing posts with label MDECX PPIM. Show all posts
Tuesday, May 9, 2017
3698) PRINT EXPERT MAHU TERAJUI PASARAN PERCETAKAN - UTUSAN MALAYSIA - 9/5/2017
KUALA LUMPUR 8 Mei – Syarikat percetakan, Print Expert Sdn. Bhd. mahu menjadikan kemenangan di Anugerah PKS Patuh Syariah Bank Islam-Utusan 2017 sebagai batu loncatan untuk terus berkembang dan mengungguli pasaran percetakan dalam serta luar negara. Pengarah Urusan Print Expert, Ahmad Ruzaini Mohamed berkata, kejayaan dalam anugerah berkenaan merupakan pencapaian bermakna buat syarikatnya lebih-lebih lagi bulan ini menandakan genap lima tahun sejak Print Expert ditubuhkan pada 2012. Katanya, konsistensi yang ditunjukkan oleh Print Expert adalah kunci kejayaan utama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkenaan berkembang dengan pesat. “Print Expert sangat bertuah kerana mempunyai barisan pekerja berdedikasi yang menjadi tulang belakang sehingga berjaya merekodkan pertumbuhan 100 peratus setiap tahun sejak 2012. “Anugerah yang diterima ini diharap dapat merealisasikan impian kami dalam merevolusikan industri percetakan sekali gus mendominasi pasaran dalam dan luar negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Print Expert berjaya meraih Anugerah Pertumbuhan Terbaik bagi kategori Produk Pengguna Terbaik dalam Anugerah PKS Patuh Syariah Bank Islam-Utusan 2017 yang diadakan baru-baru ini. Anugerah PKS Patuh Syariah Bank Islam-Utusan 2017 merupakan anjuran Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) dengan kerjasama rakan-rakan strategiknya, Kumpulan Utusan, SME Corp. dan Visa Malaysia bagi memberi pengiktirafan kepada PKS patuh syariah dalam lapan kategori yang dipertandingkan. Ia dinilai oleh panel hakim profesional dari SME Corp., Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Mengulas lanjut, Ahmad Ruzaini berkata, usaha Bank Islam dan Utusan bersama rakan strategik lain menganjurkan anugerah berprestij bagi mengiktiraf pencapaian PKS sememangnya wajar dipuji dan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang. “Anugerah seperti ini lebih-lebih lagi yang dianjurkan oleh syarikat korporat besar seperti Bank Islam dan Kumpulan Utusan dapat mencetus semangat kepada kami sebagai PKS untuk berlumba-lumba bekerja dengan lebih keras. “Penganjuran anugerah juga dapat menarik minat golongan belia untuk terlibat dalam bidang perniagaan terutamanya perniagaan dalam talian yang akan menjadi nadi penting kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(365)
-
▼
September
(37)
- SCAMMER: PPIM SOKONG HUKUMAN SEBAT, PENJARA MAKSIM...
- AKTIVITI | MESYUARAT MINGGUAN STAFF PPIM - PPIM - ...
- KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA - PPIM ...
- PPIM SOKONG KETEGASAN PDRM: PERKETAT UNDANG-UNDANG...
- AKTIVITI | PPIM & NFCC CARI SOLUSI BERSEPADU TANGA...
- AKTIVITI | PROGRAM INDUSTRI "LET'S TALK CX: CONNEC...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA O...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-67: SAMBUTAN HARI MERDEK...
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(37)
