Showing posts with label MANGSA GEMPA BUMI. Show all posts
Showing posts with label MANGSA GEMPA BUMI. Show all posts

Thursday, February 23, 2023

SUKARELAWAN KUMPULAN KEDUA MCM KE SYRIA BANTU MANGSA GEMPA - BULETIN TV3 - 21/02/2023

 

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan, Muslim Care Malaysia (MCM) menghantar kumpulan kedua sukarelawannya bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Ketua misi, Ahmad Safuan Ujar, berkata kumpulan disertai sembilan sukarelawan itu berlepas dari Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke negara terjejas gempa pada jam 11.40 malam ini.

Beliau berkata, misi kedua selama seminggu itu meletakkan sasaran membantu mangsa gempa yang berada di wilayah utara Syria, yang sebelum ini terjejas teruk dan belum mendapat bantuan sewajarnya.

“Lokasi yang akan cuba kita masuk ialah Idlib (Syria) di mana terletaknya dua sekolah milik MCM yang sudah beroperasi selama sembilan tahun sejak dibuka pada 2014,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung MCM berkata, selain sumbangan makanan, selimut dan pakaian kepada mangsa yang terjejas, pihaknya turut menyasarkan bantuan lebih besar iaitu membabitkan pembaikan infrastruktur penempatan dan bangunan awam.

“Mungkin kami akan bina atau membaikpulih rumah golongan asnaf terutama ibu tunggal dan juga sekolah yang musnah kerana difahamkan, itulah keperluan mereka yang paling mendesak pada masa ini,” katanya.

Ahmad Safuan berkata, untuk misi kali kedua, MCM turut bekerjasama dengan tiga NGO serta sebuah agensi kerajaan iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yayasan Integrasi Al Huffaz, Yayasan Amal ASAS (Alumni Sekolah Alam Shah) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Sementara itu, Presiden MCM, Zulkifli Wahijan, berkata pihaknya berjaya mengumpul dana RM700,000 setakat ini iaitu menghampiri sasaran RM1 juta bagi membantu mangsa gempa.

“Tabung sumbangan masih dibuka kerana jutaan rakyat Turkiye dan Syria yang terbabit dengan gempa bumi kuat ini masih memerlukan bantuan. Setakat ini lebih 45,000 dilaporkan terkorban,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 564490413882 atas nama Muslim Care Malaysia dan hantarkan slip sumbangan kepada talian hotline MCM: 011-5005 0035 atau Ahmad Safuan: 013-488 6447.

Sebelum ini, kumpulan pertama misi bantuan MCM ke Turkiye membabitkan lima orang termasuk dua wartawan pulang pada 14 Februari lalu selepas berada di negara itu selama enam hari.


Artikel oleh: Buletin TV3

SUKARELAWAN KUMPULAN KEDUA MCM KE SYRIA BANTU MANGSA GEMPA

https://www.buletintv3.my/nasional/sukarelawan-kumpulan-kedua-mcm-ke-syria-bantu-mangsa-gempa/

MCM HANTAR SUKARELAWAN KUMPULAN KEDUA BANTU MANGSA GEMPA DI SYRIA - BERITA HARIAN - 21/02/2023

 

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan, Muslim Care Malaysia (MCM) menghantar kumpulan kedua sukarelawannya bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Ketua misi, Ahmad Safuan Ujar, berkata kumpulan disertai sembilan sukarelawan itu berlepas dari Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke negara terjejas gempa pada jam 11.40 malam ini.

Beliau berkata, misi kedua selama seminggu itu meletakkan sasaran membantu mangsa gempa yang berada di wilayah utara Syria, yang sebelum ini terjejas teruk dan belum mendapat bantuan sewajarnya.

"Lokasi yang akan cuba kita masuk ialah Idlib (Syria) di mana terletaknya dua sekolah milik MCM yang sudah beroperasi selama sembilan tahun sejak dibuka pada 2014," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung MCM berkata, selain sumbangan makanan, selimut dan pakaian kepada mangsa yang terjejas, pihaknya turut menyasarkan bantuan lebih besar iaitu membabitkan pembaikan infrastruktur penempatan dan bangunan awam.

"Mungkin kami akan bina atau membaikpulih rumah golongan asnaf terutama ibu tunggal dan juga sekolah yang musnah kerana difahamkan, itulah keperluan mereka yang paling mendesak pada masa ini," katanya.

Ahmad Safuan berkata, untuk misi kali kedua, MCM turut bekerjasama dengan tiga NGO serta sebuah agensi kerajaan iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yayasan Integrasi Al Huffaz, Yayasan Amal ASAS (Alumni Sekolah Alam Shah) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Sementara itu, Presiden MCM, Zulkifli Wahijan, berkata pihaknya berjaya mengumpul dana RM700,000 setakat ini iaitu menghampiri sasaran RM1 juta bagi membantu mangsa gempa.

"Tabung sumbangan masih dibuka kerana jutaan rakyat Turkiye dan Syria yang terbabit dengan gempa bumi kuat ini masih memerlukan bantuan. Setakat ini lebih 45,000 dilaporkan terkorban," katanya.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 564490413882 atas nama Muslim Care Malaysia dan hantarkan slip sumbangan kepada talian hotline MCM: 011-5005 0035 atau Ahmad Safuan: 013-488 6447.

Sebelum ini, kumpulan pertama misi bantuan MCM ke Turkiye membabitkan lima orang termasuk dua wartawan pulang pada 14 Februari lalu selepas berada di negara itu selama enam hari.


Artikel oleh: Berita Harian

MCM HANTAR SUKARELAWAN KUMPULAN KEDUA BANTU MANGSA GEMPA DI SYRIA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1067443/mcm-hantar-sukarelawan-kumpulan-kedua-bantu-mangsa-gempa-di-syria

KUMPULAN KEDUA SUKARELAWAN BERLEPAS KE SYRIA BANTU MANGSA GEMPA - HARIAN METRO - 21/02/2023

 

Kuala Lumpur: Hanya selang seminggu selepas kepulangan kumpulan pertama, Muslim Care Malaysia (MCM) menghantar kumpulan sukarelawan kedua bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Kumpulan merangkumi sembilan individu itu akan berlepas dari terminal satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada jam 11.40 malam.

Ketua misi, Ahmad Safuan Ujar berkata, berbeza dengan kumpulan pertama, sasaran utama penerima bantuan bagi misi kedua ini adalah mangsa gempa yang berada di wilayah utara Syria.

"Lokasi yang akan cuba kami masuk adalah Idlib yang terletaknya dua sekolah milik MCM yang sudah beroperasi selama sembilan tahun lalu sejak dibuka pada 2014," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung MCM berkata, selain sumbangan makanan, selimut dan pakaian kepada mangsa, pihaknya turut mensasarkan bantuan berimpak besar yang mungkin membabitkan tempoh lebih lama.

"Mungkin kami akan membina atau membaiki rumah golongan asnaf terutama ibu tunggal dan sekolah yang musnah.

"Ini kerana kami difahamkan itu adalah keperluan mereka yang paling mendesak ketika ini," katanya.

Ahmad Safuan berkata, untuk misi kali kedua selama seminggu itu, MCM tidak bersendirian dan bekerjasama dengan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sebuah agensi kerajaan.

"Organisasi terbabit adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yayasan Integrasi Al-Huffaz, Yayasan Alumni Sekolah Alam Shah dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)," katanya.

Kumpulan pertama misi bantuan MCM ke Turkiye membabitkan lima individu termasuk dua wartawan pulang pada 14 Februari lalu selepas enam hari berada di negara itu.

Sementara itu, Presiden MCM Zulkifli Wahijan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan sumbangan melalui MCM bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

"Tabung sumbangan masih dibuka kerana jutaan rakyat Turkiye dan Syria yang terbabit dengan gempa bumi amat dahsyat ini masih memerlukan bantuan kita.

"Setakat ini, lebih 45,000 individu dilaporkan terkorban," katanya.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 564490413882 atas nama Muslim Care Malaysia dan hantarkan slip sumbangan kepada talian hotline MCM, 011-50050035 atau atau Ahmad Safuan, 013-4886447.


Artikel oleh: Harian Metro

KUMPULAN KEDUA SUKARELAWAN BERLEPAS KE SYRIA BANTU MANGSA GEMPA

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/02/938494/kumpulan-kedua-sukarelawan-mcm-berlepas-ke-syria-bantu-mangsa-gempa

MUSLIM CARE MALAYSIA HANTAR KUMPULAN KEDUA KE TURKIYE, SYRIA - KOSMO - 22/03/2023

 

SEPANG – Muslim Care Malaysia (MCM) meneruskan misi kemanusian membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria apabila menghantar kumpulan kedua sukarelawan ke negara terbabit malam tadi.

Ketua Misi MCM, Ahmad Safuan Ujar berkata, kumpulan seramai sembilan orang itu berlepas menerusi Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.40 malam tadi.

“Berbeza dengan kumpulan pertama, sasaran utama penerima bantuan bagi misi kedua ini ialah mangsa gempa yang berada di wilayah utara Syria.

“Lokasi yang akan cuba kami masuki ialah Idlib di mana terletaknya dua sekolah milik MCM yang sudah beroperasi selama sembilan tahun sejak dibuka pada 2014,” katanya di sini tadi.

Menurutnya, selain sumbangan makanan, selimut dan pakaian kepada mangsa, pihaknya turut mensasarkan bantuan berimpak besar yang mungkin membabitkan tempoh lebih lama.

“Mungkin kami akan membina atau membaiki rumah golongan asnaf terutama ibu tunggal dan juga sekolah yang musnah kerana itulah keperluan mereka yang paling mendesak pada masa ini.

“MCM juga tidak bersendirian untuk misi kali kedua ini ekoran turut mendapat bekerjasama dengan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sebuah agensi kerajaan,” jelasnya.

Organisasi terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yayasan Integrasi Al- Huffaz, Yayasan Amal ASAS (Alumni Sekolah Alam Shah) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Kumpulan pertama misi bantuan MCM ke Turkiye membabitkan lima orang termasuk dua wartawan telah pulang pada 14 Februari lalu selepas berada di negara itu selama enam hari.

Sementara itu, Presiden MCM, Zulkifli Wahijan turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan sumbangan bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

“Kami menetapkan sasaran keseluruhan kutipan sebanyak RM1 juta dan setakat ini jumlah yang dikutip sudah mencapai RM700,00,”katanya.

Artikel oleh: Kosmo

MUSLIM CARE MALAYSIA HANTAR KUMPULAN KEDUA KE TURKIYE, SYRIA

https://www.kosmo.com.my/2023/02/22/muslim-care-malaysia-hantar-kumpulan-kedua-ke-turkiye-syria/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL