Showing posts with label KLIA. Show all posts
Showing posts with label KLIA. Show all posts

Thursday, April 4, 2019

4874) MISI PENUH MAKNA – HARIAN METRO – 4/4/19



MISI kemanusiaan kali ke-12 Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ke Syria lebih bermakna apabila mereka bakal mendirikan sebuah penempatan lengkap pelbagai kemudahan buat pelarian Syria di Idlib.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Ahmad Sany Araby Al-Kahery berkata, penempatan yang diberi nama Perkampungan Ummah itu berjaya direalisasikan hasil sumbangan rakyat Malaysia menerusi kutipan yang dilancarkan sejak dua bulan lalu.
Beliau berkata, pihaknya akan membina 100 rumah yang bakal memuatkan 2,000 pelarian, selain sekolah dengan

kapasiti 4,000 pelajar; masjid; klinik bergerak dan taman permainan kanak-kanak.

“Kos keseluruhan projek pembinaan dianggarkan RM3 juta.

“Selain itu, kami juga akan membekalkan kira-kira 15,000 helai selimut, dua ambulans dan empat kontena berisi makanan untuk keperluan pelarian Syria khususnya berhampiran sempadan Turki,” katanya pada sidang media selepas majlis pelepasan delegasi misi kemanusiaan musim sejuk MAPIM ke Lebanon, Syria dan Afrika, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Majlis pelepasan misi kemanusiaan berkenaan disempurnakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Abu Bakar Yahya.
Misi berkenaan turut disertai 17 sukarelawan terdiri aktivis MAPIM; artis Heliza Helmi dan Hazwani Helmi; Angkatan Pertahanan Awam; pengamal media dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Katanya, misi selama 24 hari itu bermula hari ini sehingga 26 April ini.
Dr Ahmad Sany berkata, misi ke Syria juga akan memasuki 12 zon titik panas dengan diiringi pasukan daripada kerajaan Turki.
Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga akan Lebanon bagi menyerahkan bantuan kemanusiaan bernilai RM500,000, selain ke Ethiopia, Burundi dan Rwanda bagi meninjau keperluan masyarakat dan krisis kemanusiaan di negara berkenaan.
“Kami juga akan ke Turki untuk menandatangani memorandum persefahaman dengan agensi, badan bukan kerajaan (NGO) bagi keperluan misi kemanusiaan dan kebajikan pelarian Syria.
“Kos keseluruhan misi ini adalah sekitar RM5 juta. Kami mensasarkan kutipan sebanyak RM8 juta bagi merealisasikan impian MAPIM membina sekolah bagi kanak-kanak pelarian di Syria,” katanya.
Sementara itu, Abu Bakar berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia supaya berkongsi kenikmatan dengan rakan seagama yang memerlukan bantuan.
“Saya melihat misi kemanusiaan dikendalikan MAPIM ini harus dicontohi khususnya dalam membela nasib rakan seagama di negara bergolak,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyumbang menerusi akaun Maybank MAPIM, Syria Emergency Appeal 562834636987 atau melayari laman web www.tabungsyria.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Artikel oleh : Harian Metro
MISI PENUH MAKNA

Wednesday, April 3, 2019

4873) MISI KEMANUSIAAN KALI KE-12 MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA (MAPIM) KE SYRIA - KLIA - 3/4/19

SEPANG 3 April- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan membina sebuah Perkampungan Ummah di Idlib, Syria khas untuk pelarian di negara terbabit.
Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Dr. Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata, sebanyak 100 buah rumah akan dibina di perkampungan itu selain sekolah, masjid, klinik bergerak dan taman permainan.Turut hadir sama Ketua Aktivis PPIM, toqqi.












Monday, May 22, 2017

3735) Pendaki solo tiba di tanah air - Utusan Online - 20/5/2017

SEPANG 20 Mei - Pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin selamat tiba di tanah air selepas berjaya mencipta rekod mendaki tujuh puncak Banjaran Himalaya selama 28 hari sejak 23 April lalu.
Tujuh puncak yang berjaya didaki itu adalah Nargajun setinggi 5,100 meter, Gokyo RI (5,357 meter), Chola-La Pass (5,420 meter), Chukung RI (5,550 meter), Kongma La Pass (5,500 meter), Khalapattar (5,550 meter) dan Kem Pangkalan Everest (5,364 meter).
Beliau ketika ditemui melahirkan rasa syukur dapat menyelesaikan pendakian tujuh puncak yang berketinggian lebih 5,000 meter dengan selamat.
“Lebih penting, kejayaan saya ini adalah kerana sokongan pelbagai pihak termasuk keluarga sejak dari awal perancangan pendakian ini bermula,” katanya sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam ini.
Ketibaan pendaki solo disambut oleh wakil Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Mohd. Mustaffa Hamzah dan Pengarah Kreatif Yayasan Patriot Negara, Yann Razal.
Mohd. Noor, 50, merupakan jurufoto Utusan Malaysia dan pernah mencatatkan beberapa rekod pendakian sebelum ini. - UTUSAN ONLINE
20170520 - Utusan Online - Pendaki solo tiba di tanah air

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL