Showing posts with label KEMANUSIAAN. Show all posts
Showing posts with label KEMANUSIAAN. Show all posts

Sunday, August 25, 2013

867) UTUSAN MALAYSIA 17/8/13: Malaysia digesa ambil inisiatif



KUALA LUMPUR 16 Ogos - Malaysia perlu menyatakan pendirian rasmi mengenai insiden pertumpahan darah di Mesir dan mengambil inisiatif menggerakkan negara-negara Islam khususnya dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke arah menghentikan konflik yang berlaku.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kerajaan boleh memanggil negara Islam lain untuk bersidang bagi mengutuk dan membantah di samping mencari langkah drastik menghentikan krisis berdarah di negara tersebut.

"Kita sangat bimbang krisis ini tidak berhenti di sini yang mana akan berterusan, penyembelihan, malapetaka kemanusiaan dan politik dunia Islam bertambah celaru pada masa akan datang.

"Tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan pasukan keselamatan Mesir terhadap penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman menuntut legitimasi berasaskan Perlembagaan dikutuk sekeras-kerasnya," kata Abdullah Zaik.

Beliau berkata demikian sebelum menyerahkan memorandum bantahan daripada sembilan NGO kepada wakil Kedutaan Mesir di sini hari ini.

Kira-kira 50 wakil daripada Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PER3), Persatuan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) dan Yayasan Nassar itu berkumpul pukul 10 pagi di Kedutaan Mesir.

Dunia terus mengecam tindakan kekerasan diambil oleh pasukan keselamatan Mesir ke atas penyokong Mohammed Mursi yang digulingkan, apabila sehingga semalam dilaporkan telah mengakibatkan kira-kira 2,200 orang mati manakala 10,000 yang lain cedera.

White House dalam kenyataannya turut mengutuk keganasan itu serta pengisytiharan semula darurat di Mesir dan memberi amaran kepada kerajaan sementara yang disokong oleh tentera bahawa 'dunia sedang memerhatikan mereka'.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Nassar, Nasharudin Mat Isa berkata, pihaknya berharap kerajaan Malaysia lebih responsif terhadap apa yang berlaku dengan memanggil Duta Mesir di negara ini untuk memberi penjelasan selain turut membuat bantahan secara rasmi.

"Kita bukan mahu mencampuri urusan dalaman sesebuah negara tetapi ini isu berkaitan pembunuhan mereka yang tidak berdosa, rampasan kuasa dilakukan oleh tentera yang tak diktiraf mana-mana demokrasi moden dan pembunuhan sampai peringkat dibakar rakyat yang tidak boleh diterima sedikit pun," tegasnya.

Nasharudin berkata, negara-negara Islam boleh bergabung tenaga mencari jalan penyelesaian termasuk bertindak sebagai pengantara antara tentera Mesir dan kerajaan sah yang dilantik rakyat di bawah kepimpinan Mohammed Mursi.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali juga menggesa OIC mengadakan sidang tergempar dan seharusnya tidak mengiktiraf rampasan kuasa oleh tentera Mesir.

"Kita juga risau dengan nasib pelajar-pelajar kita yang menuntut di sana, sampai bila perkara ini akan berlarutan yang akan memberi kesan kepada mereka," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa hairan dan turut mempersoalkan ke mana hilangnya NGO berkaitan hak asasi dan pertubuhan-pertubuhan yang lantang bersuara seperti Majlis Peguam dan Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga.

"Mengapa mereka tidak bersuara dalam soal ini yang secara terang-terangan telah berlaku kekejaman, malah pembunuhan terhadap rakyat awam yang tidak bersalah," katanya.

Di ALOR SETAR, kira-kira 300 jemaah mengadakan demonstrasi aman di hadapan Masjid Zahir selepas menunaikan solat Jumaat bagi mengecam kekejaman dilakukan oleh pasukan keselamatan Mesir ke atas penyokong Mohammed Mursi.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130817/dn_16/Malaysia-digesa-ambil-inisiatif#ixzz2czRuZuLa© Utusan Melayu (M) Bhd

866) BERITA HARIAN 17/8/13 : NGO hantar memorandum bantah keganasan


Kuala Lumpur: Gabungan Badan Bukan Kerajaan semalam menghantar memorandum kepada Kedutaan Mesir di sini, bagi membantah keganasan pihak keselamatan negara itu yang menyebabkan orang awam terbunuh.

Gabungan itu membabitkan sembilan NGO terdiri daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Pertubuhan Islam Gabungan Amal Malaysia (PER3) dan Yayasan Nassar.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusinya yang juga Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman bersama Timbalan Presiden ISMA, Aminuddin Yahya dan Pengerusi Yayasan Nassar, Nasharudin Mat Isa kepada wakil Kedutaan Mesir, semalam.

Abdullah Zaik berkata, pihaknya mewakili rakyat negara ini menghantar memorandum kepada Kedutaan Mesir kerana prihatin terhadap krisis politik yang berlaku di negara itu.

Harap panggil Duta Mesir

"Kita bimbang pertempuran antara pihak berkuasa Mesir dan rakyat akan berlanjutan bagi menuntut bela terhadap kematian yang berlaku, sekali gus menyaksikan keadaan tidak akan aman selamanya dan ia akan merebak ke seluruh negara itu," katanya.

Sementara itu, Nasharudin berkata, kerajaan Malaysia diharap memanggil Duta Besar Mesir Ke Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai krisis politik berkenaan seperti yang dilakukan oleh beberapa negara Barat, selain membuat bantahan rasmi berhubung perkara terbabit.

Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali pula menggesa kerajaan meminta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan perkara berkenaan dan tidak mengiktiraf rampasan kuasa di Mesir, selain mengheret mereka yang membunuh rakyat secara membabi buta ke mahkamah antarabangsa.

Di Melaka Tengah, lebih 80 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) negeri mengadakan demonstrasi aman mengutuk kerajaan Mesir bertindak ganas terhadap rakyatnya.


Di Johor Bahru, kira-kira 300 orang daripada 10 NGO menyertai himpunan aman di pekarangan Masjid Jamek Bandar Baru Uda, semalam bagi mengutuk pembunuhan di Mesir.

Wednesday, April 27, 2011

EMEL PILIHAN : PHOTOGRAPHS THAT CHANGED THE WORLD


1957. Hari pertama Dorothy Counts di Harry Harding High School di Amerika Syarikat. Counts adalah salah satu pelajar kulit hitam pertama mengakui di sekolah. Beliau tidak mampu bertahan dengan ganguan itu selepas empat hari.


January 12, 1960. Sesaat sebelum Parti Sosialis Jepun pemimpinnya asanuma telah di bunuh oleh seorang pelajar.


1963. Thich Quang Dug Paderi Buddha di Selatan Vietnam, membakar dirinya sehingga mati kerana membantah dasar penganiayaan kerajaan menentang sami - sami.


1962. Seorang tentera telah ditembak oleh penembak tepat dan dia telah berpaut pada paderi sehingga saat terakhir beliau.


1962. Seorang ibu & anak - anaknya cuba melintas sebatang sungai di Selatan Vietnam dalam satu percubaan melarikan diri dari ancaman pengebom amerika.


1966. Pasukan AS di Selatan Vietnam sedang mengheret mayat askar Viet Kong yang telah mati.


February 1, 1968. Ketua Polis Selatan Vietnam Nquyen Ngoc hoan menembak seorang pemuda yang di sangka menjadi Tentera Viet Kong.


1973. Beberapa saat sebelum Presiden Chile Salvador Allende mati semasa rampasan kuasa.



1975. Seorang wanita & Seorang kanak - kanak perempuan jatuh selepas cubaan melepaskan diri daripada kebakaran.


1980 Seorang kanak - kanak di Uganda akan mati kelaparan.


1981. Kolonel Molina Melihat Polis Tentera merampas bangunan Parlimen di Sepanyol. Jurugambar tidak menyangka berada di tempat kejadian dan menyorokkan filem - filem di dalam kasutnya.


1982. Pelarian palestin di bunuh di Beirut, Lubnan.


1987. Seorang ibu di Korea Selatan, meminta maaf dan bertanyakan ke atas pengampunan anaknya yang ditangkap selepas menghadirkan diri dalam bantahan. Dia di katakan membantah manipulasi - manipulasi dalam pilihan raya umum.


1989. Seorang pemuda di China berdiri di hadapan kereta kebal semasa bantahan untuk reformasi - reformasi demokratik.


1992. Seorang ibu di Somalia mengankat anaknya yang telah mati kelaparan.


1994. Seorang lelaki telah di seksa oleh askar kerana dia di syaki telah bercakap dengan Pemberontak Tutsi.


1996. Kanak - kanak menjadi mangsa akibat dari perang saudara di Angola.


2001. Satu mayat kanak -kanak pelarian afganistan sedang di kafankan untuk di kebumikan di Pakistan.


2002. Tentera & Penduduk Kampung di Iran sedang menggali kubur untuk mangsa korban gempa. Seorang kanak - kanak memeluk pakaian ayahnya sebelum ayahnya dikebumikan.


2003. Seorang tawanan perang di Iraq cuba menenangkan diri oleh ayahnya.


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL