Showing posts with label KEDAI GUNTING RAMBUT. Show all posts
Showing posts with label KEDAI GUNTING RAMBUT. Show all posts
Tuesday, June 16, 2020
6027) KEDAI GUNTING RAMBUT WAJIB PAMER SIJIL BEBAS COVID-19 - BERITA HARIAN - 13/06/2020
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mewajibkan kedai gunting rambut yang menggajikan pekerja warga asing, mempamerkan surat atau sijil pengesahan bebas COVID-19 di premis masing-masing.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata ia bagi memberi keyakinan kepada pengguna bahawa premis itu mematuhi peraturan kerajaan dengan memastikan pekerja warga asing yang digajikan, sudah menjalani ujian saringan COVID-19.
Jelasnya, ia juga akan memudahkan tugas pihak berkuasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan bagi premis gunting rambut yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) digariskan kerajaan.
"Kerajaan perlu mewajibkan premis gunting rambut yang menggajikan pekerja warga asing, mempamerkan surat atau sijil pengesahan saringan COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga kepada pengguna, apatah lagi sektor ini membabitkan sentuhan rapat dengan pelanggan.
"Sekarang ini pun ramai pelanggan mula khuatir untuk ke kedai gunting rambut yang ada pekerja warga asing selepas kes positif membabitkan seorang tukang gunting rambut warga Pakistan di Setapak.
"Saya yakin majikan juga akan menyambut baik langkah ini kerana ia memberi keyakinan kepada pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan mereka," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kewajaran untuk kerajaan mewajibkan premis gunting rambut mempamerkan surat atau sijil yang memaklumkan pekerja warga asing mereka sudah menjalani ujian saringan dan disahkan negatif COVID-19.
Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan antara SOP ditetapkan untuk premis gunting rambut kembali beroperasi, adalah tukang gunting rambut warga asing perlu melakukan ujian calitan (swab test) COVID-19 dengan keputusan negatif.
Ditanya mengenai kemungkinan pihak tertentu akan mengambil kesempatan menjalankan sindiket memalsukan sijil berkenaan seperti yang dibongkar pihak berkuasa sebelum ini, Mohd Yusof yakin jenayah seumpamanya akan mampu dihidu dan dibanteras polis.
"Pihak berkuasa boleh memperketat pemantauan dan mengenakan hukuman lebih berat untuk kesalahan sebegini," katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, menyarankan supaya pekerja warga asing, khususnya bagi sektor gunting rambut yang sudah menjalani ujian saringan dan disahkan negatif, dipakaikan gelang tangan.
Katanya, kerajaan perlu mewujudkan apa jua cara bagi membolehkan pemantauan dilakukan oleh pihak berkuasa, selain memberi keyakinan kepada pengguna untuk menggunakan perkhidmatan mereka.
"Kerajaan juga boleh wujudkan satu pusat aduan pengguna dengan operasi 24 jam yang akan memberi maklum balas dan tindakan secara langsung dan pantas, khususnya membabitkan premis yang melanggar SOP," katanya.
Artikel oleh: Berita Harian
KEDAI GUNTING RAMBUT WAJIB PAMER SIJIL BEBAS COVID-19
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(357)
-
▼
September
(29)
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(29)

