Showing posts with label GELANDANGAN. Show all posts
Showing posts with label GELANDANGAN. Show all posts

Monday, October 9, 2023

LEBIH 300 GELANDANGAN TERIMA BANTUAN MAKANAN, PAKAIAN PPIM - KOSMO - 06/10/2023

 

KUALA LUMPUR – Lebih 300 gelandangan dan golongan miskin tegar yang menetap di pusat bandar ,di sini, menerima bantuan makanan serta pakaian menerusi program anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Street Glider Owners Malaysia.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif tersebut dibuat di bawah Team Bonda PPIM bagi mewujudkan sebuah komuniti yang sihat.

Sehubungan itu, pihaknya berhasrat untuk mengadakan program seumpama demikian sebanyak sebulan sekali, dengan kerjasama daripada pihak kerajaan.

“Insya-Allah kita akan teruskan inisiatif ini dan kita akan tampilkan program-program yang memberi manfaat kepada golongan gelandangan seperti pekerjaan melalui Gabungan Sukarelawan Rakyat Malaysia (GRSM),” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Kosmo! pada Program Santuni Gelandangan dan Miskin Tegar PPIM di Pusat Khidmat Pelanggan Gelandangan Medan Tuanku, di sini hari ini.

Program tersebut yang berlangsung bermula pukul 8 malam tadi merupakan hasil kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Gardenia, Restoran Ali Maju, Nordin Bundle, Richiamo, The KL Garage, Cafe Al-Hambra dan Satria Risk Mitigation.

Sementara itu, seorang gelandangan yang dikenali sebagai Jiha, berkata, dia bersyukur atas bantuan yang diterima sekali gus membantu kelangsungan hidup keluarganya.

“Sangat gembira hari ini sebab sudah lama tiada program seperti ini dibuat di sini selepas (Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Datuk Munirah Abdul Hamid) meninggal dunia.

“Saya harap, selepas ini, ada lagi program macam ini dianjurkan. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kami,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Artikel oleh: Kosmo

LEBIH 300 GELANDANGAN TERIMA BANTUAN MAKANAN, PAKAIAN PPIM

https://www.kosmo.com.my/2023/10/06/lebih-300-gelandangan-terima-bantuan-makanan-pakaian-ppim/

"KASIHAN SEBAB HIDUP TERBIAR DAN TIDUR DI KAKI LIMA" - ROY AZMAN - HARIAN METRO - 07/10/2023

 

Kuala Lumpur: "Sebagai bapa saya tersentuh hati melihat anak-anak kecil yang turut menjadi gelandangan bersama kedua ibu bapa mereka. Terfikir bagaimana pembesaran mereka.

Demikian kata pelakon Roy Azman atau nama sebenar Zairosminan Abdul Rahman, 53, yang berkongsi pengalaman kali pertama terbabit pada program amal dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyantuni gelandangan di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku, di sini, semalam.

Menurutnya, dia bersama 18 buah motosikal berkuasa besar daripada Kelab Motosikal Street Glide Onwer Malaysia berbesar hati mendapat jemputan dan pelawaan daripada Bonda Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

"Ini pertama kali saya terbabit dalam program sebegini. Bagi saya, ia program yang sangat bagus dan memberi impak kepada semua pihak. Saya difahamkan pihak PPIM mahu menjalankan program ini pada setiap bulan, jadi ia satu usaha yang bagus.

"Sejujurnya, baru kali ini saya melihat sendiri depan mata kehidupan golongan ini. Saya juga dengar cerita yang mana ada antara mereka memilih menjadi gelandangan sebab nak 'save cost'. Orang dewasa terutama mak ayah mungkin boleh 'survive', tapi anak-anak macam mana?

"Kasihan sebab hidup terbiar dan ada yang tidur di kaki lima. Mungkin juga ada yang tak bersekolah selain ikut mak ayah mereka merayau. Terus teringat anak-anak di rumah yang mana bersyukurnya kita dengan kehidupan yang ada," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia terbuka untuk turut serta pada program seumpamanya selain dapat berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

"Insya-Allah, kalau kami dijemput lagi memang nak turut serta. Apa salahnya, sebab kita dapat berkongsi rezeki dengan gelandangan. Saya tengok banyak juga pihak yang menyalurkan sumbangan dalam bentuk makanan dan barangan terpakai seperti pakaian. Jadi, kalau ada mana-mana pihak yang nak menaja adalah dialu-alukan," katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya berhasrat menjadikan program itu sebagai acara bulanan dengan kerjasama rakan strategik.

"Ini program yang baik. Menginsafkan dan pada masa sama membantu pihak yang memerlukan. Saya rasa ia perlu diperluaskan dan disertai golongan muda juga," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

"KASIHAN SEBAB HIDUP TERBIAR DAN TIDUR DI KAKI LIMA" - ROY AZMAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1017483/kasihan-sebab-hidup-terbiar-dan-tidur-di-kaki-lima-roy-azman

Tuesday, August 24, 2021

5875) AKTIVITI | PPIM SELARAS AGIHAN SUMBANGAN MAKANAN BUAT GOLONGAN GELANDANGAN - PPIM - 24/08/2021

22 Ogos 2021 - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyelaras pengagihkan sumbangan pek makanan dari warga Singapura yang diwakili oleh Dr Zarina untuk gelandangan di sekitar Chow Kit dan Tun Perak.

Makanan disediakan oleh Restoran Anis Puteri, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Turut hadir, pengusaha Restoran Anis Puteri , Puan Rozita Mohamad dan Pengerusi Cawangan Pasar Borong Harian Selayang, Encik Mohammad Pandu Insani Yahya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL