Showing posts with label GAFIM. Show all posts
Showing posts with label GAFIM. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

#PPIM & GAFIM BAKAL JALIN KERJASAMA BELA NASIB PENGGIAT SENI


GABUNGAN Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) yang memayungi 11 pertubuhan anak seni khususnya dalam perfileman dan muzik di negara ini mula merangka kerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup terhadap golongan penggiat seni.

Baca artikel berkaitan: #PPIM MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI PENGGIAT SENI & INDUSTRI TV MALAYSIA

Kerjasama itu menjurus kepada usaha membantu meningkatkan pendapatan kebanyakan anak seni dalam bidang filem dan televisyen serta muzik yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau gaji bulanan, termasuk caruman KWSP selain meningkatkan pendapatan bulanan minimum RM1,200 sebulan.

Ketika ini, masih ada ramai penggiat seni yang bekerja sebagai krew sesebuah produksi filem cuma mendapat upah sekitar RM700 dan menghadapi masalah untuk mendapatkan kerja tetap berikutan ia bergantung kepada tempoh projek produksi yang disertainya.

Contohnya, jika seorang operator kamera atau pembantu produksi bidang penataan set ditawarkan bayaran upah sebanyak RM1,000 untuk satu penggambaran telemovie ia hanya mampu untuk mengikut produksi dalam tempoh dua minggu saja, kemudian tenaga krew itu terpaksa menganggur kerana terpaksa menunggu pula projek lain yang tidak pasti ada atau tidak.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, menerima kunjungan hormat Presiden GAFIM, Jurey Latiff Rosli dan Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Kapten (K) Khir Mohd Noor di pejabat PPIM, di ibu negara, baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, Nadzim menggesa GAFIM untuk meneliti semula isu gaji pekerja filem dan sesuatu harus dilakukan dengan mendesak kerajaan untuk berbuat sesuatu dalam masa terdekat.

“Kita kena kaji semula apa kelemahan dalam industri hiburan khususnya bidang perfileman dan TV yang menyebabkian ramai krew dikatakan masih bergaji rendah, tidak mencapai standard gaji minimum di negara ini. Kita di PPIM sedia bekerjasama, suara GAFIM harus lebih kuat untuk memperjuangkan isu ini,” katanya dalam pertemuan itu.

Sementara itu, Jurey Rosli berkata, sokongan PPIM yang mahu membantu GAFIM sangat dialu-alukan demi masa depan penggiat bidang perfileman di negara ini.

“Kita kesal sebab standard gaji bidang penerbitan filem dan drama TV tidak berlaku adil, masih ada krew yang cuma bergantung dengan pendapatan purata sebulan RM700. Mereka ini tidak ada slip gaji dan sukar untuk mendapat pinjaman beli rumah dan kereta,” katanya kepada TabS selepas pertemuan itu.


Bagi Khir, isu berkenaan sebenarnya sangat menyedihkan sebab orang anggap kerja dalam dunia filem atau penerbitan TV memang indah dan mungkin mewah sebab mereka nampak gaya hidup bintang filem yang mewah, tapi malangnya nasib ramai krew tidak menentu termasuklah mereka yang jadi pelakon bukan sepenuh masa.

“Ramai krew filem yang masuk kategori miskin tegar, tidak mampu beli rumah sendiri dan tidak boleh beli harta sebab tidak ada gaji tetap, selain ada krew yang tepaksa buat kerja lain sebagai ikhtiar mencari pendapatan sampingan demi survival,” katanya.

SUMBER: Tabloid Seni

Tuesday, August 25, 2015

#PPIM MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI PENGGIAT SENI & INDUSTRI TV MALAYSIA



25 OGOS 2015

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menerima kunjungan daripada Presiden Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Jurey Rosli serta wakil dari Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM) di Pejabat PPIM Villa Putri, Kuala Lumpur.


Pertemuan yang membincangkan tentang masalah membabitkan nasib 22,000 pekerja industri TV sejak lebih 20 tahun lalu turut disertai oleh Presiden Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA), Kpt (K) Khir Mohd Noor.

Antara masalah utama yang dibangkitkan adalah mengenai gaji pekerja kru masih di bawah paras gaji minima iaitu RM700 sejak 20 tahun lalu.



Menurut pihak GAFIM dan PTVM, sebelum ini pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dan empat orang Menteri menerajui Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Namun, masih tiada jalan penyelesaian hingga ke hari ini seperti Kali terakhir adalah kempen 'Switch Off 14', untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap layanan stesen televisyen tempatan seperti dilaporkan The Malaysian Insider, 21 Oktober 2014 


Semoga kunjungan pihak GAFIM, PROFIMA dan PTVM dapat menjalinkan satu kerjasama jangka panjang yang memberi manfaat sekaligus mengubah nasib pekerja industi TV di Malaysia.



PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL