Showing posts with label FASZZ FOOD. Show all posts
Showing posts with label FASZZ FOOD. Show all posts

Tuesday, May 5, 2020

5929) KACATV / BERITA, FASZZ FOOD - KACA TV - 05/05/2020


#KACATV

Sukacitanya menjayakan pelancaran perkhidmatan penghantaran makanan halal dan patuh shariah FASZZ FOOD, Inisiatif bersama FASZZ TECHNOLOGY, SYED FOOD INDUSTRY dan PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM).


#BERITA

15 April 2020, (Rabu). Di Restoran Syed Bistro, Petaling Jaya, dengan adanya penunggang motorsikal penghantaran di kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Ampang. Perhidmatan penghantaran FASZZ FOOD ini masa 10am hingga 7pm setiap hari.

Pengasas FASZZ TECHNOLOGY, Dato' Ishak Mohd Ishtiaq, berkata FASZZ FOOD perhidmatan penghantaran satu-satunya yang ada Sijil Halal JAKIM. Perhidmatan yang diberikan sesuai dengan halalan toyyiban mengikut garis panduan oleh JAKIM. Garis panduan ini berfungsi sebagai jaminan bahawa kedua-dua aspek halalan dan toyyiban disatukan ke dalam penawaran perkhidmatan yang akan memenuhi syarat, keadaan dan saat penyampaian terakhir perkhidmatan.


Artikel oleh: Kaca TV

KACATV / BERITA, FASZZ FOOD

https://www.youtube.com/watch?v=7Xwnhm2YwhM

Thursday, April 16, 2020

5869) FASZZFOOD HANTAR PRODUK MAKANAN SYED BERMULA HARI INI - ALHIJRAH ONLINE - 15/04/2020

KUALA LUMPUR: Operator penghantar makanan halal, Faszz Technology (M) Sdn Bhd bekerjasama dengan Syed Food Industry untuk menghantar produk makanan Syed di sekitar Lembah Klang bermula hari ini.
Khidmat penghantaran makanan halal itu bermula jam 10 pagi hingga 7 petang setiap hari membabitkan 30 penghantar makanan FaszzFood, meliputi Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Ampang.
Pengasas Faszz Technology, Datuk Ishak Mohd Ishtiaq berkata FaszzFood adalah satu-satunya khidmat penghantaran makanan halal diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Katanya, khidmat disediakan sejajar dengan garis panduan Halalan-Toyyiban dikeluarkan JAKIM.
“Kita beri jaminan khidmat diberikan rider kami mematuhi garis panduan dari segi keselamatan makanan dan kebersihan selain menepati standard tempoh penghantaran.
“Faktor ini amatlah penting dalam situasi mencabar ketika ini dan akan diterima baik pelanggan kami, menjurus kepada kerjasama dengan Syed Food Industry,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pesanan bagi khidmat penghantaran FaszzFood boleh dibuat dengan menelefon atau Whatsapp di talian +6017 626 8289 mengikut menu disediakan.
Portal one-stop halal http://www.faszzfood.com boleh diakses bermula 20 April depan.
Syed Food Industry menyediakan pelbagai juadah makanan pilihan rakyat Malaysia, khususnya nasi Bukhara Briyani sejak lebih 30 tahun lalu di negara ini.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula menyifatkan pelancaran khidmat penghantaran makanan halal itu selari dengan kedatangan bulan Ramadan dan Syawal selain penting untuk orang ramai yang kini berdepan dengan COVID-19. — AlHijrah Online

Artikel oleh: AlHijrah Online
FASZZFOOD HANTAR PRODUK MAKANAN SYED BERMULA HARI INI

5868) FASZZFOOD - PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN HALAL DAN PATUH SYARIAH - BMF MEDIA TV - 15/04/2020


Sepertimana yang kita semua tahu, mulai hari ini Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) telah memasuki fasa ketiga dan dijangkakan akan berakhir pada 28 April ini. Pada ketika itu umat Islam telah pun memasuki bulan suci Ramadhan.

Amat sinonim bagi rakyat Malaysia, jika disebut tentang Ramadhan, pasti terbayang di minda mereka makanan-makanan yang sedap menanti mereka di meja makan sewaktu berbuka puasa. Seperti yang kita sedia maklum, tiada bazar Ramadhan yang akan dijalankan pada tahun ini. Namun, tiada bazar bukan lah bererti tiada makanan untuk berbuka.

Susulan hal ini, pihak Faszz Technology telah mengambil inisiatif bagi memastikan kita masih mampu mendapatkan makanan yang lazat walaupun tanpa bazar Ramadhan tahun ini.

Hari ini bertarikh 15 April 2020, satu perkhidmatan penghantaran makanan halal dan patuh syariah, FaszzFood telah dilancarkan di restoran Syed Bistro, Petaling Jaya. Perkhidmatan ini adalah inisiatif bersama Faszz Technology, Syed Food Industry dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi menyediakan medium kepada pengguna untuk mendapatkan makanan yang mematuhi syariah Islam.


Program bersama 30 orang ‘rider’ ini akan beroperasi sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Ampang bermula 10 pagi sehingga 10 malam pada setiap hari.

Pengasas Faszz Technology, Dato’ Ishak Mohd Ishtiaq berkata servis penghantaran FaszzFood merupakan satu-satunya servis pembekal yang mendapat kelulusan sijil halal JAKIM. Servis yang ditawarkan adalah selaras dengan garis panduan ‘Halalan-Toyyiban’ yang dibawa oleh JAKIM.


Garis panduan ini dapat memastikan aspek-aspek halalan dan toyyiban merangkumi keadaan, situasi dan penghantaran.

“Kami akan memastikan servis yang diberikan oleh ‘rider-rider’ kami adalah mematuhi segala garis panduan ini sama ada dari segi keselamatan makanan, kebersihan, serta standard waktu penghantaran. Faktor-faktor ini penting dalam keadaan sekarang yang mencabar. Tambahan pula, ini adalah untuk menjaga kualiti servis yang akan diberikan kepada pelanggan.”

Servis penghantaran FaszzFood boleh didapatkan melalui panggilan atau whatsapp ke nombor https://wasap.co/60176268289/FaszzFood-bmf di mana pengguna boleh memilih menu yang sedia ada. One stop halal portal, www.faszzfood.com akan mula beroperasi bermula 20 April 2020 , ianya akan beroperasi sebagai e-commerce yag akan menerima perkhidmatan e-wallets, kad debit dan kad kredit. Penambahan FaszzFood versi aplikasi telefon bimbit boleh digunakan oleh semua pengguna android bermula 5 Mei 2020 dan 15 Mei 2020 untuk pengguna ios. Setelah hampir 30 tahun, Syed Food industri menyediakan rangkaian yang besar bagi deligasi tempatan dan Bukhara Briyani yang terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia. Fokus kepada inovasi makanan membawa kepada penghasilan makanan ‘ready-to-eat’ dan makanan sejuk beku oleh syarikat.


Melihat kepada perspektif pengguna pula, Dato’ Nadzim Johan, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpendapat pelancaran servis ini sangat bertepatan dengan kehadiran bulan Ramadhan yang diikuti dengan Syawal.

Diharapkan dengan adanya FaszzFood ini mampu mendapat sambutan daripada pengguna kerana produk ini menerapkan unsur-unsur halal dan toyyiban.


Artikel oleh: BMF Media TV

FASZZFOOD - PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN HALAL DAN PATUH SYARIAH

https://bmfmediatv.com/2020/04/15/faszzfood-perkhidmatan-penghantaran-makanan-halal-dan-patuh-syariah/

5867) TVPPIM | FASZZ FOOD MAKANAN HALAL ONLINE - TVPPIM - 16/04/2020


Wednesday, April 15, 2020

5866) HALAL-CERTIFIED RIDE HAILING OPERATOR FASZZ TECHNOLOGY TO DELIVER SYED-BRANDED FOOD FROM TODAY - MALAY MAIL - 15/04/2020


KUALA LUMPUR, Apr 15 — Halal-certified ride hailing operator Faszz Technology (M) Sdn Bhd will be delivering Syed-branded food products in Klang Valley from today.
With its fleet of 30 riders, the service will cover Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya, Ampang and here from 10am to 7pm daily.
In a statement, Faszz Technology founder Datuk Ishak Mohd Ishtiaq said the service provided would be in line with the ‘Halalan-Toyyiban’ guideline issued by the Malaysian Department of Islamic Development (Jakim).
“This guideline serves as an assurance that both aspects of halalan and  are integrated into the service offerings that shall fulfil the condition, situation and on the final delivery of the service.”
“We will ensure that the service rendered by our riders is in compliance to these guidelines, adhering to the food safety and cleanliness whilst observing the delivery time standard,” he said in a statement.
The delivery service by Faszz Technology will be in line with the ‘Halalan-Toyyiban’ guidelines issued by the Malaysian Department of Islamic Development (Jakim). — Courtesy photo from Faszz Technology
The delivery service by Faszz Technology will be in line with the ‘Halalan-Toyyiban’ guidelines issued by the Malaysian Department of Islamic Development (Jakim). — Courtesy photo from Faszz Technology
Syed Food Industry provides a wide range of local delicacies such as the Bukhara Briyani.
Its executive chairman Datuk Syed Jamarulkhan said the partnership was very important as it provided customers with an option to subscribe to a halal-certified delivery service and provided by a company that was recognised by Jakim.
“The service rendered by Faszz Technology will then ensure the food is halal all the way from our kitchen to the customer’s plate,” he said.
Malaysian Muslim Consumers Association president Datuk Nadzim Johan said the service was timely with the coming Ramadan.
“The service placed great emphasis on cleanliness and this is important in light of the Covid-19 situation.”

FaszzFood delivery service can be made by calling or WhatAapp text at +6017 626 8289 where the users can select the menu available.
The one-stop Halal portal www.faszzfood.com will be available from April 20.

It is an e-commerce site that accepts all major e-wallets, debit cards and credit cards while the enhanced mobile application version of FaszzFood will be available for Android devices users from May 5 and iOS apps from May 15.

Article by: Malay Mail
HALAL-CERTIFIED RIDE HAILING OPERATOR FASZZ TECHNOLOGY TO DELIVER SYED-BRANDED FOOD FROM TODAY 

5865) AKTIVITI | MAJLIS PELANCARAN PENGHANTARAN MAKANAN HALAL & PATUH SHARIAH FASZZ FOOD - PPIM - 15/04/2020

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri Majlis Pelancaran Perkhidmatan Penghantaran Makanan Halal & Patuh Shariah Faszz Food di Restoran Syed Bistro, Petaling Jaya.

Faszz Food telah mendapat pengiktirafan dan sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kategori logistik penghantaran makanan.




PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL