Showing posts with label DEPOSIT RM 3000. Show all posts
Showing posts with label DEPOSIT RM 3000. Show all posts
Thursday, May 4, 2017
3687) JANJI KOSONG KERJA KAPAL - HARIAN METRO - 4/5/2017
“Saya hanya mahu mendapatkan kerja yang lebih baik untuk membantu keluarga. Mereka juga sanggup hantar saya ke Klang dari Taiping kerana mahu meraikan saya yang akan dapat kerja baru. “Tetapi, saya pula ditipu sebuah akademi yang sebelum itu menjanjikan jaminan kerja 100 peratus. Saya perlu bayar RM3,000 untuk mendapatkan kerja sebagai kakitangan perkapalan, tetapi sudah lebih setahun ia hanya janji kosong,” kata Azrul Mohd Hassim. Katanya, pada Februari tahun lalu, dia menghadiri latihan di sebuah syarikat di Klang kerana tertarik dengan promosi untuk bekerja di atas kapal dengan gaji lumayan. Dia bersama beberapa rakan menyertai latihan selepas dijanjikan peluang kerja selepas tamat latihan, tetapi perlu membayar RM3,000 termasuk deposit untuk mengesahkan tempat. “Saya pinjam wang ahli keluarga kerana hasrat yang tinggi, kalau saya senang, saya akan bayar balik semua duit itu. “Tetapi selepas latihan tamat, saya tidak dapat kerja seperti dijanjikan, sebaliknya perlu tambah lagi wang untuk masuk ke kursus seterusnya,” katanya pada sidang media bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan. Harian Metro semalam melaporkan pendedahan PPIM mengenai wujudnya pihak tertentu yang mengenakan bayaran sebagai imbuhan untuk mendapatkan kerja tertentu termasuk bidang perkapalan. Ia diiklankan di laman sosial seperti Facebook dengan tawaran lumayan selain bekerja di atas kapal mewah dan belayar ke beberapa lokasi terkemuka. Menurut Nadzim, dalam aduan terbaru, lebih 20 pengadu ditipu sebuah syarikat akademi perkapalan yang mengenakan bayaran antara RM3,000 hingga RM8,000 untuk mengikuti latihan dan bekerja di Klang, Selangor. Katanya, berdasarkan semakan awal, pihaknya mendapati wujud unsur penipuan kerana syarikat itu mengumpan pemohon dengan tawaran gaji sehingga ASD2,000 (RM9,000) sebulan. “Apa yang dijanjikan kepada pemohon ialah 100 peratus jaminan kerja, tetapi perlu bayar dulu, baru dapat. Ada yang sudah tamat latihan dari tahun lalu dan sampai sekarang tidak ada perkembangan,” katanya. Justeru, katanya, PPIM meminta pihak berwajib mengambil tindakan tegas termasuk menyekat promosi syarikat terbabit yang dibuat di Facebook bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(292)
-
▼
July
(34)
- AKTIVITI | MESYUARAT GERAKAN PENGGUNA NEGERI WPKL ...
- AKTIVITI | PPIM ADAKAN PERJUMPAAN BERSAMA PRESMA -...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TNB - PPIM - 29...
- AKTIVITI | PPIM ATUR PERTEMUAN MPP UiTM CAWANGAN S...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-62: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN PONDOK POLIS TRX - PPI...
- AKTIVITI | SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN PERTANIAN D...
- AKTIVITI | MESYUARAT SEKRETARIAT PROGRAM ANTI-SCAM...
- AKTIVITI | MAJLIS MEEM KENDURIAN - PPIM - 18/07/2026
- AKTIVITI | SESI PERKONGSIAN ILMU METAFIK DAN RAWAT...
- AKTIVITI | KURSUS SUKARELAWAN TASKFORCE GABUNGAN N...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-61: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- YB TEMERLOH & PROF RIDHUAN TEE: KENAPA SEKOLAH WAW...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN TOQQI BERSAMA DATUK SERI TAZ...
- PPIM TERIMA SUMBANGAN BUKU “THE SILENT ROAR: A COV...
- AKTIVITI | MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA PEMBUKAAN KED...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA KUALA LUMPU...
- PODCAST PPIM | ISU-ISU RAKYAT YANG PERLU TINDAKAN ...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA ...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA TUAN JOHARI SKIM GRE...
- AKTIVITI | PERBINCANGAN STRATEGIK PPIM BERSAMA JAB...
- AKTIVITI | PERTEMUAN BERSAMA DATUK SERI JOHARI ABD...
- PELBAGAI PIHAK DIGESA BANTU DUA BERADIK PENIAGA CE...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA DUA BERADIK PENIAGA ...
- AKTIVITI | SIDANG MEJA BULAT NGO GERAK MERDEKA - P...
- BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TA...
- BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TA...
- BUDI DIESEL BERHARGA RM2.10 SELITER KURANGKAN KETI...
- BUDI DIESEL MINIMUMKAN KETIRISAN, PASTIKAN AGIHAN ...
- KAJI SEMULA PENDEKATAN TANGANI JENAYAH ELAK HUKUMA...
- TERTIPU URUSAN JUAL BELI TANAH, MERANA TANGGUNG RU...
- MANGSA PENIPUAN HARTANAH TUNTUT KEADILAN - UTUSAN ...
- ISU KELDAI AKAUN: PPIM GESA KAJI SEMULA PENDEKATAN...
- CUKUP-CUKUP MEMANGSAKAN MANGSA!!! RAKYAT KECEWA ME...
-
▼
July
(34)
