Showing posts with label Courts Mammoth. Show all posts
Showing posts with label Courts Mammoth. Show all posts

Monday, May 22, 2017

3739) Perjumpaan Susulan PPIM dengan Courts Mammoth - PPIM - 22/5/2017


22 Mei 2017- Perjumpaan antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diketuai oleh Ketua Aktivis (PPIM) dan Courts Mammoth harini adalah perjumpaan susulan berkenaan kes sikap tidak professional segelintir pengutip hutang yang dilantik oleh Courts Mammoth.
Didalam perjumpaan kali ini, PPIM diberitahu bahawa hapir 52 pegawai pengutip hutang dipanggil untuk siasatan serta diberi amaran dan 19 orang pekerja telah dilucutkan jawatannya atas sikap layanan mereka terhadap pelanggan Courts Mammoth.
Kejayaan ini menunjukkan bahawa setiap pemasalahan mempunyai jalan penyelesaiannya. Kerjasama antara Courts Mammoth amat dihargai oleh PPIM.
WhatsApp Image 2017-05-22 at 11.04.32WhatsApp Image 2017-05-22 at 13.28.54

Friday, May 5, 2017

3690) Perjumpaan dan perbincangan bersama Pengarah Urusan Courts Mammoth - PPIM - 4/5/2017


PPIM-5 Mei 2017 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima puluhan aduan mengenai etika pengutip hutang yang dilantik oleh pihak Pengurusan Courts Mammoth. Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak Courts Mammoth telah berjumpa dan berbincang dengan PPIM berkenaan aduan yang diterima.
Pengarah Urusan Courts Mammoth, En Dolf Posthumus bersama pegawai-pegawainya menmbaca dan meneliti beberapa aduan yang diberikan dan bersetuju untuk mengambil tindakan yang keras terhadap pegawai pengutip hutang yang tidak mengikut etika.
Selain itu, pihak Courts juga akan mengkaji semula sekaligus menggubal semula perkara berkenaan etika kepada syarikat-syarikat pengutip hutang dibawah naungannya.
En Dolf Posthumus juga berjanji agar perkara ini tidak akan berulang lagi pada masa yang akan datang dan beliau sedia bekerjasama secara berterusan dengan PPIM untuk kebaikan pengguna.
PPIM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Courts Mammoth kerana menyambut baik saranan dan nasihat serta memberi kerjasama dalam menyelesaikan masalah kepenggunaan.
WhatsApp Image 2017-05-04 at 8.52.43 PM WhatsApp Image 2017-05-04 at 8.52.45 PM

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL