Showing posts with label BERSATU PADU. Show all posts
Showing posts with label BERSATU PADU. Show all posts

Thursday, October 13, 2022

MUSLIM PERLU BERSATU TANGANI MASALAH: PPIM - HARIAN METRO - 13/10/2022

 

Artikel oleh: Harian Metro

MUSLIM PERLU BERSATU TANGANI MASALAH: PPIM

PPIM SAMBUT BAIK IDEA PENYATUAN PARTI MELAYU ISLAM, GUNA KELEBIHAN MASING-MASING BANGUNKAN NEGARA - MALAKAT TRIBUNE - 12/10/2022

 

KUALA LUMPUR – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyambut baik saranan Pas yang mahu menyatukan parti-parti Melayu Islam berjuang bersama-sama dalam arena politik negara.

Nadzim dalam satu kenyataan berkata, beliau amat bersetuju jika parti besar orang Melayu Islam bergabung dan kembali memerintah negara.

“Jika kita mahu berjaya, mahu kekal menjadi pentadbir di negara yang bertuah penuh barokah ini, kita sebagai umat Islam harus bersatu, tidak ada jalan lain.

“Sejarah membuktikan umat Islam negara ini tidak pernah mengenepikan hak bukan Islam malah kebebasan beragama, berniaga dan hidup aman damai bersama di Malaysia antara perkara yang amat kita banggakan di rantau ini,”tegasnya.

Tambah Nadzim lagi, situasi politik negara kini tidak sedikitpun membantu masalah dihadapi rakyat seperti krisis ekonomi, kesukaran mendapat pekerjaan, ditekan oleh pemimpin zalim dan diselebungi rasa takut kehilangan negara sendiri.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PPIM sentiasa menyokong usaha mana-mana pihak yang mahu bekerjasama dan menolak kerakusan mengejar kuasa dan tamak.

“PPIM akan menyatakan sokongan dari masa ke semasa kepada calon tertentu yang dilihat mampu membawa isu rakyat dan tidak mementingkan diri.

“Lihatlah negara kita kini, apa nasib rakyat jika pemimpin di atas sana terus bercakaran dan mencari kesalahan serta kelemahan sesama mereka.

“Apa salahnya mereka bergabung dan berganding bahu menggunakan kelebihan masing-masing demi masa depan negara yang lebih baik,” ujarnya lagi.


Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM SAMBUT BAIK IDEA PENYATUAN PARTI MELAYU ISLAM, GUNA KELEBIHAN MASING-MASING BANGUNKAN NEGARA

https://www.malakattribunenews.com/2022/10/ppim-sambut-baik-idea-penyatuan-parti-melayu-islam-guna-kelebihan-masing-masing-bangunkan-negara/

SAMPAI MASANYA KITA BERSATU - PPIM - HARIAN METRO - 12/10/2022

 

Kuala Lumpur: Umat Islam di negara ini perlu bersatu bagi memastikan setiap permasalahan rakyat dapat ditangani dengan baik dan lancar.

Untuk itu, sudah sampai masanya mesej penyatuan terutama dalam kalangan pemimpin Melayu perlu dijadikan agenda utama bagi memastikan ia menjadi kenyataan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, umat Islam perlu menyahut seruan penyatuan tanpa berbelah bagi jika mahu terus mentadbir dan membantu seramai mungkin umat Melayu di negara ini.

"Kami di PPIM amat bersetuju jika kuasa besar orang Melayu, orang Islam bergabung dan kembali memerintah negara kita.

"Sejarah membuktikan umat Islam negara ini tidak pernah mengenepikan hak bukan Islam malah kebebasan beragama, berniaga dan hidup aman damai bersama di Malaysia antara perkara yang amat kita banggakan di rantau ini.

"Tidak ada pemimpin negara lain boleh menyatupadukan rakyat pelbagai agama berbilang kaum seperti yang kita lakukan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nadzim berkata, PPIM sentiasa menyokong usaha mana-mana pihak yang mahu bekerjasama dan menolak kerakusan mengejar kuasa dan tamak.

"Kita akan menyatakan sokongan dari semasa ke semasa kepada calon tertentu yang dilihat mampu membawa isu rakyat dan tidak mementingkan diri.

"Lihatlah negara kita kini, apa nasib rakyat jika pemimpin di atas sana terus bercakaran dan mencari kesalahan serta kelemahan sesama mereka, lebih elok mereka bergabung dan berganding bahu menggunakan kelebihan masing-masing demi masa depan negara yang lebih baik," katanya.

Nadzim berkata situasi politik negara kini tidak membantu masalah rakyat seperti krisis ekonomi, kesukaran mendapat pekerjaan, dan diselubungi rasa takut kehilangan negara sendiri.


Artikel oleh: Harian Metro

SAMPAI MASANYA KITA BERSATU - PPIM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/891641/sampai-masanya-kita-bersatu-ppim

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL