KUALA LUMPUR 26 April – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini bersetuju menubuhkan Badan Bertindak Melayu Islam (Bertindak) untuk menyeru semua umat Islam bangkit menentang kebiadaban pertubuhan haram Hindraf. Bertindak yang diketuai peguam dan aktivis, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Hindraf sering mencabar dan menghina kedaulatan agama Islam di negara ini tanpa memikirkan soal sensitiviti umatnya. “Sudah banyak kali mereka memalukan Islam dan terbaharu, mempertikaikan keputusan kerajaan memberi taraf penduduk tetap kepada pendakwah kontroversi, Dr. Zakir Naik yang dikatakan sebagai ancaman keselamatan negara. “Sehubungan itu, Bertindak juga mahu mencabar Hindraf menerusi desakan kepada kerajaan untuk menyemak semula taraf kewarganegaraan ahli-ahlinya sama ada mengikut Perlembagaan atau sebaliknya berdasarkan Perkara 17 dan Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang akhbar di sini. Yang turut hadir, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup. Selain Perkasa dan MJMM, NGO lain yang turut terlibat menubuhkan Bertindak antaranya Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Dalam pada itu, Mohd. Khairul Azam menyatakan cabaran itu dibuat berdasarkan ahli-ahli Hindraf tergolong dalam 1.75 juta penduduk Malaysia bukan Melayu yang diberi taraf kewarganegaraan dari 1957 hingga 1970. Jelas beliau, dalam tempoh tersebut, sesiapa yang diberi taraf kewarganegaraan perlu melakukan upacara angkat sumpah dan difahamkan mereka tidak menjalankan prosedur tersebut.
Showing posts with label 23 NGO. Show all posts

Thursday, April 27, 2017
3657) 23 NGO TUBUH BADAN BERTINDAK TENTANG HINDRAF - UTUSAN MALAYSIA - 27/4/2017

Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(288)
-
▼
July
(30)
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-62: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN PONDOK POLIS TRX - PPI...
- AKTIVITI | SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN PERTANIAN D...
- AKTIVITI | MESYUARAT SEKRETARIAT PROGRAM ANTI-SCAM...
- AKTIVITI | MAJLIS MEEM KENDURIAN - PPIM - 18/07/2026
- AKTIVITI | SESI PERKONGSIAN ILMU METAFIK DAN RAWAT...
- AKTIVITI | KURSUS SUKARELAWAN TASKFORCE GABUNGAN N...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-61: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- YB TEMERLOH & PROF RIDHUAN TEE: KENAPA SEKOLAH WAW...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN TOQQI BERSAMA DATUK SERI TAZ...
- PPIM TERIMA SUMBANGAN BUKU “THE SILENT ROAR: A COV...
- AKTIVITI | MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA PEMBUKAAN KED...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA KUALA LUMPU...
- PODCAST PPIM | ISU-ISU RAKYAT YANG PERLU TINDAKAN ...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA ...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA TUAN JOHARI SKIM GRE...
- AKTIVITI | PERBINCANGAN STRATEGIK PPIM BERSAMA JAB...
- AKTIVITI | PERTEMUAN BERSAMA DATUK SERI JOHARI ABD...
- PELBAGAI PIHAK DIGESA BANTU DUA BERADIK PENIAGA CE...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA DUA BERADIK PENIAGA ...
- AKTIVITI | SIDANG MEJA BULAT NGO GERAK MERDEKA - P...
- BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TA...

- BUDI DIESEL BERHARGA RM2.10 SELITER KURANGKAN KETI...
- BUDI DIESEL MINIMUMKAN KETIRISAN, PASTIKAN AGIHAN ...
- KAJI SEMULA PENDEKATAN TANGANI JENAYAH ELAK HUKUMA...
- TERTIPU URUSAN JUAL BELI TANAH, MERANA TANGGUNG RU...
- MANGSA PENIPUAN HARTANAH TUNTUT KEADILAN - UTUSAN ...
- ISU KELDAI AKAUN: PPIM GESA KAJI SEMULA PENDEKATAN...
- CUKUP-CUKUP MEMANGSAKAN MANGSA!!! RAKYAT KECEWA ME...
-
▼
July
(30)