Tuesday, January 23, 2024

PPIM TIADA KAITAN DENGAN QUANTUM METAL - KOSMO - 22/01/2024

 

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memaklumkan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan mahupun kerjasama dengan Quantum Metal Sdn. Bhd. (QMSB).

PPIM tampil menjelaskan perkara tersebut susulan video tular memaparkan temu bual individu yang mendakwa daripada pihak mereka bersama pengasas QMSB.

“Video tersebut adalah bersifat peribadi dan tindakan itu membelakangi prinsip PPIM. Sekali lagi ditekankan PPIM menafikan sebarang penglibatan bersama QMSB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, PPIM berkata, pihaknya kini sedang mengambil tindakan ke atas individu terbabit kerana mencetuskan tanggapan yang tidak benar.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Bank Negara Malaysia menegaskan sebarang dakwaan bahawa aktiviti QSMB diluluskan dan dilesenkan olehnya, secara langsung atau tidak langsung, adalah tidak benar. – KOSMO! ONLINE

Artikel oleh: Kosmo

PPIM TIADA KAITAN DENGAN QUANTUM METAL

https://www.kosmo.com.my/2024/01/22/ppim-tiada-sebarang-kaitan-dengan-quantum-metal/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...