Tuesday, March 17, 2020

5801) COVID-19: WUJUDKAN PLATFORM SUPAYA PENGGUNA BOLEH BUAT SEMAKAN - ISMAWEB - 16/03/2020


BANGI, 21 Rejab 1441H, Isnin – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan kerajaan mewujudkan satu platform yang membolehkan pengguna membuat semakan mengenai perkembangan terkini penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, antara yang boleh dilakukan kerajaan termasuklah mewujudkan talian hotline atau talian kecemasan.

“Pengguna ini mudah terpengaruh. Kita harap pengguna mendengar berita dari sumber yang sahih atau berhubung dengan Kementerian Kesihatan.

“Kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan menghentikan berita tidak sahih ini. Wujudkan juga satu pusat yang membolehkan pengguna membuat semakan sama ada berita itu betul ataupun tidak,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.

Terdahulu tular infografik yang dikongsi netizen melalui Facebook dan Whatsapp dengan tanda pagar #Malaysialockdown pada Isnin 16 Mac 2020 (pada hari ini), 8 hingga 10 malam.

Infografik COVID-19 Hour itu menyuruh rakyat Malaysia supaya berada di kediaman masing-masing selain menyebut beberapa larangan iaitu jangan keluar dari rumah, jangan keluar ke tempat awam seperti pasar raya dan restoran serta sembahyang dan berdoa.

Bahkan turut tular gambar pengguna membeli barang keperluan lebih daripada biasa bagi berdepan dengan wabak COVID-19.

Ismaweb turut menerima aduan daripada pengguna bahawa banyak keperluan kehabisan stok di beberapa pasar raya.

Artikel oleh: ISMAWEB

COVID-19: WUJUDKAN PLATFORM SUPAYA PENGGUNA BOLEH BUAT SEMAKAN

https://www.ismaweb.net/2020/03/16/covid-19-wujudkan-platform-supaya-pengguna-boleh-buat-semakan/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL