Friday, December 30, 2016

3312) MEMBANTERAS KETERER PAKEJ PERKAHWINAN DAN JIKA DIDAPATI BERSALAH / BERMASALAH AKAN DISENARAIKAN HITAM – NANYANG – 29/12/2016

nanyang 29.12.2016



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3311) TELITI SEMULA SILIBUS IPTS – HARIAN METRO – 30/12/2016

                harian metro 30.12.2016
Kerajaan digesa memperkenalkan kurikulum bersesuaian di institusi pengajian tinggi swasta dalam usaha mengekang elemen radikalisme dalam kalangan mahasiswa negara ini.
Ketua Sekretariat Persatuan Anak Muda Islam Malaysia ( AMIM ) Yusuf Azmi berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas mengenai kebimbangan ibu bapa susulan isu Universiti Islam Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) seperti disiarkan di Harian Metro,16 Disember lalu.
” Katanya rata-rata mahukan kerajaan meneliti sebaik-baiknya isi kandungan pengajaran di universiti kerana ia adalah ruang anak muda menimba ilmu dan membentuk kecenderungan terhadap situasi semasa dunia ketika ini.




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3310) KELENTONG SAMPAI RM 1 JUTA – HARIAN METRO – 29/12/2016

                   metro 0 metro 29.12.2016
Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima lebih 20 aduan penipuan penyedia makanan dan perunding perkahwinan membabitkan kerugian berjumlah RM1 juta.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kes berkenaan dilaporkan berlaku sepanjang tahun ini di sekitar Lembah Klang.
 Berikutan itu, Nadzim mencadangkan supaya pengguna atau bakal pengantin supaya memilih penyedia makanan berdaftar dengan Koperasi Kerjasama Katerer Berhad.
“Sehingga kini, kira-kira 100 penyedia makanan berdaftar dengan koperasi berkenaan. Semua (penyedia makanan) berdaftar mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Semalam, Harian Metro menyiarkan kisah pengantin baru terpaksa menghidangkan pucuk paku, ayam masak merah dan nasi putih yang dibeli dari tiga restoran berhampiran Country Homes selepas hidangan istimewa dijanjikan perunding perkahwinan tidak tiba



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3309) 20 BAKAL PENGANTIN RUGI RM1 JUTA – UTUSAN MALAYSIA – 29/12/2016

                        utusan malaysia 29.12.2016
KUALA LUMPUR 28 Dis. – Lebih 20 bakal pengantin di Lembah Klang ditipu penyedia makanan atau perancang perkahwinan melibatkan kerugian lebih RM1 juta ketika mereka ingin mengadakan majlis perkahwinan pada tahun ini.



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3308) SIKAP CUAI DOKTOR BERI TANGGAPAN BURUK KEPADA BIDANG PERUBATAN NEGARA – KOSMO – 29/12/2016

                  kosmo 29.12.2016
Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia [PPIM],Muhammad Yusuf Azmi berkata,kejadian seumpama itu tidak seharusnya berlaku memandangkan nama Putrajaya pada hospital itu cukup gah dan amat dikenali di seluruh pelusuk dunia sebagai pusat pentadbiran Malaysia.
“Perkara [kecuaian] ini amat serius kerana melibatkan kematian.
“Kesilapan oleh pihak Hospital Putrajaya yang salah memberikan ubat sehingga tangan mangsa bengkak kehitaman dan bernanah tidak sepatutnya berlaku,”katanya kepada Kosmo!di sini semalam.



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3307) PENIPUAN PAKEJ KATERING BABITKAN KERUGIAN RM1 JUTA – BERITA HARIAN – 29/12/2016

                 berita harian 29.12.2016
Menjanjikan pakej murah dengan pelbagai kelainan antara taktik digunakan sesetengah syarikat katering bagi menarik perhatian bakal pengantin sebelum melarikan bayaran deposit yang diterima.
Dalam sesetengah kes,penipuan hanya disedari mangsa beberapa hari sebelum majlis persandingan sehingga jemputan hanya hadir dan pulang membawa cenderahati tanpa menjamah hidangan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia [PPIM], Datuk Nadzim Johan,berkata pihaknya menrima lebih 20 aduan penipuan khidmat katering membabitkan kerugian hampir RM 1 juta di sekitar lembah Klang sepanjang tahun ini.



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Thursday, December 29, 2016

3306) PUNCA JUDI GAGAL DIBANTERAS – UTUSAN MALAYSIA – 26/12/2016

UTUSAN MALAYSIA 26.12.2016
KUALA LUMPUR 25 Dis. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesyaki kegagalan membanteras premis judi yang berleluasa di Selangor dan juga ibu kota berpunca daripadanya wujudnya halangan daripada pihak ketiga.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, ekoran itu, pihaknya mahu pegawai tertinggi negeri berkenaan turun padang untuk melihat dan memantau sekiranya wujud kekangan ke atas penjawat awam dalam menjalankan tugas mereka.
Kata beliau, sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan lebih drastik dan menunjukkan kesungguhan untuk membanteras masalah berkenaan de­ngan menutup semua premis judi yang wujud ketika ini.
“Pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya perlu memandang serius perkara ini dan jangan memalukan perkhidmatan awam dengan menunjukkan kelemahan tidak sepatutnya kerana premis judi yang ber­operasi ini boleh dibanteras.
“Cukuplah memberi fokus kepada benda yang tidak masuk akal sedangkan banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian dan menyalahi undang-undang sedang berlaku. Mereka harus ingat ini adalah masalah rakyat dan jika dibiarkan akan menyumbang kepada masalah negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar ini baru-baru ini me­laporkan seba­nyak 1,500 premis judi ti­dak berlesen didakwa masih beroperasi di Selangor dan Kuala Lumpur meskipun Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pelbagai operasi serbuan dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan arahan kepada semua Ketua Polis Negeri untuk melancarkan ‘peperangan’ terhadap pengusaha mesin judi pada Oktober 2014.
Daripada jumlah itu, lebih 800 premis beroperasi tanpa lesen di Selangor manakala selebihnya di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali berkata, pihaknya tidak menafikan kemungkinan wujud perjanjian belakang tabir dalam kalangan pihak tertentu sehingga menyebabkan premis judi terus tumbuh seperti cen­dawan selepas hujan.
Katanya, perjanjian dan ra­suah antara pengusaha pihak itu menjadi punca premis judi masih beroperasi dan sukar dihapuskan walaupun pernah diserbu sebelum ini oleh PBT dan PDRM.
“Tindakan pembanterasan premis judi daripada terus berleluasa ini memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak terutama PDRM dan PBT kerana kewujudannya hanya memberi kesan negatif seperti keruntuhan rumah tangga dan pembunuhan kerana kaki judi sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mendapatkan wang,” katanya.



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Wednesday, December 28, 2016

3305) TEMURAMAH BERSAMA EN MUHAMMAD YUSUF AZMI DI DALAM PROGRAM PPIM PRIHATIN YANG MEMBINCANGKAN TAJUK PENIPUAN ONLINE - 28/12/2016





3304) SIDANG MEDIA : WEDDING PLANNER LARI KENDURI HANCUR - 28/12/2016















3303) SIDANG MEDIA : PEMBEKAL IPHONE TIPU AGEN - 28/12/2016












3302) TUNTUT BELA KEMATIAN IBU – KOSMO – 28/12/2016

kosmo 28.12.2016
KUALA LUMPUR – Lima beradik dari Taman Lingkaran Nur, Kajang, Selangor menggesa pihak Kementerian Kesihatan memberikan penjelasan konkrit dan memberikan pembelaan atas kematian ibu mereka tahun lalu akibat kecuaian pihak Hospital Putrajaya.
Kecuaian itu didakwa membabitkan sikap tidak profesional pasukan doktor dan kakitangan hospital kerajaan berkenaan ketika mangsa, Allahyarham Hapipah Md. Taha,65. menerima rawatan di situ sepanjang dua bulan.
Anak bongsu daripada lima beradik berkenaan, Muhammad Hakimi Abd. Razak, 26, berkata, ibunya dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan susulan penyakit kencing tidak lawas pada September tahun lalu.
Dia mendakwa, pegawai perubatan yang bertugas kemudian telah memberikan suntikan sejenis cecair ‘anti-coktail’ pada tangan kanan ibunya.
“Akibat suntikan itu, tangan ibu saya membengkak kehitaman dan bernanah sehingga mengelupas ke pangkal lengan.
“Tahap kesihatan ibu turut menurun akibat jangkitan paru-paru selain terdapat luka pada punggung setelah terlantar selama 10 hari di hospital itu,” katanya kepada Kosmo! di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini baru-baru ini.
Artikel Penuh: http://ift.tt/2iDkJra
Hakcipta terpelihara



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3301) MAHATHIR CEMBURU KEJAYAAN NAJIB – UTUSAN MALAYSIA – 28/12/2016

utusan malaysia 2 28.12.2016
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata,rakyat sangat menyukai program BR1M yang dilaksanakan kerajaan sejak tahun 2012 itu.
Katanya,selama ini belum ada Perdana Menteri termasuk Dr. Mahathir sendiri pernah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan seumpama itu pada rakyat.
” Jika Dr. Mahathir mengatakan pemberian BR1M itu adalah rasuah, saya nasihatkan penyokong partinya atau pembangkang lain tidak menerima bantuan tersebut.
” Kerajaan melakukan sebaik mungkin bagi mebantu meringankan kos sara hidup rakyat.Dr.Mahathir sepatutnya tidak boleh mengeluarkan kenyataan begitu,”katanya.



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3300) PIHAK BERWAJIB PERLU SIASAT SIAPA ORANG KETIGA – UTUSAN MALAYSIA – 28/12/2016

utusan malaysia 28.12.2016
KUALA LUMPUR 27 Dis. – Kerajaan digesa membuka kertas siasatan secara terperinci mengenai orang ketiga yang menjadi halangan pihak berkuasa untuk membanteras premis judi tidak berlesen di Selangor dan juga ibu kota.
Ketua Aktivis Persa­tuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Da­tuk Nadzim Johan berkata, siasatan se­cara menyeluruh perlu dilakukan segera bagi mengenalpasti pihak yang menjadi orang ketiga atau pelindung kepada sindiket premis judi tersebut.
Katanya, kewujudan premis judi secara jelas ini membuktikan mereka mampu beroperasi se­perti biasa tanpa perlu bim­bang terhadap tindakan pe­nguatkuasaan oleh pihak ber­wajib.
“Sebagaimana kita sedia maklum, premis judi ini hanya beroperasi secara tetap di sesebuah kawasan maka adalah tidak logik sekiranya sehingga hari ini pihak berkuasa gagal mengesan dan mengambil tindakan terhadap premis judi yang tidak berdaftar ini.
“Satu lagi faktor yang perlu diambil kira iaitu peranan orang ketiga dan bagaimana mereka berjaya ‘menutup’ ma­ta pihak berkuasa se­hingga seolah-olah ke­wujudan mereka tidak diketahui,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tegas Nadzim, pihaknya mengesyaki bahawa kegagalan membanteras premis judi di lokasi-lokasi tersebut adalah berpunca kerana wujudnya halangan daripada pihak ketiga.
Menurut beliau, kegagalan melakukan tindakan habis-ha­bisan akan hanya memusnahkan masya­rakat dan negara.
“Judi meru­pakan salah satu musuh negara yang perlu dibanteras secepat mungkin bagi mengelakkan lebih ramai masyarakat yang terjebak dengan gejala judi.
“Jika premis ini dibiarkan beroperasi tanpa ada pemantau yang tegas, tidak mustahil bilangan premis judi yang tidak berdaftar akan terus meningkat saban hari.
“Ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkat­an masalah sosial dalam kala­ngan rakyat Malaysia,” jelasnya.




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Tuesday, December 27, 2016

3299) PPIM: BETTER TO STEAL THAN TO TURN TO AH LONG - FREE MALAYSIA TODAY - 27/12/2016



PETALING JAYA: Those in financial difficulties are better off stealing than borrowing from loan sharks (Ah Long), Islamic consumers association Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) said today.
This was not encouragement to steal, said PPIM chief activist Nadzim Johan, but merely to show that these illegal moneylenders must be avoided at all costs.
Nadzim said it was better to steal than to borrow from loan sharks because failure to repay them had serious consequences on the lives and safety of the borrowers and their families.
“We hope consumers will not be involved with Ah Long, because it will have lasting consequences. Find another way. Stealing is possible; borrowing from the banks can be hard, and there is no other institution willing to help.
“What else can you do when your electricity is cut, your car is to be repossessed and you want to feed your children?
“Stealing is the last resort. Borrow from your family members if you have no choice, or steal. It’s better than borrowing from the Ah Long,” Nadzim told FMT.
Nadzim was commenting on a statement from civil activist Peter Tan in the Oriental Daily that estimated over 35% of Malaysians had turned to loan sharks at the year’s end due to the high cost of education and to celebrate Chinese New Year.
Nadzim said in the past five years, PPIM had seen more than 12,000 borrowers failing to settle their debts with loan sharks.
“In our five years’ of work to resolve cases of those who have turned to Ah Long, over 12,000 or 30% of borrowers failed to pay them back.
“This year alone, there were 3,000 borrowers, with 600 failing to pay back. Even those who could found it difficult to repay the full amount and some had outstanding debts,” he said.
Over 70% of the borrowers were Malays, from all classes, he said.
“They do not borrow much, only RM1,000. But because they do not pay it back, the interest increases the amount owed up to 10 times in no time.
“Many of them are civil servants, including military and police officers,” Nadzim said.



PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL